Anda di halaman 1dari 6

Rancangan Mengajar Harian Sekolah Menengah

Pendekatan Pembelajaran Berpusatkan Murid

Kemahiran
MENDENGAR DAN BERTUTUR
bahasa
Tingkatan 1
Masa 60 minit
Tema/Tajuk Kepentingan Menjaga Alam Sekitar

Standard 1.3 Mendengar dan memahami maklumat, fakta, idea dan hujah
Kandungan dalam pelbagai wacana dan memberikan respons.

Standard 1.3.1 Mendengar dan memahami maklumat, fakta dan idea dalam
Pembelajaran pelbagai wacana dengan memberikan respons secara lisan
dengan betul, tepat dan bermakna.

Objektif
Pengajaran &
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
Pembelajaran
Mempamerkan kebolehan mendengar, bertutur dan menyenarai 3
idea utama dalam rencana yang diberikan dengan tepat dan jelas
mengikut konteks.

Ilmu: Alam Sekitar


Nilai: Keprihatinan dan Rasional
Elemen
Merentas Kemahiran:
Kurikulum a) KBAT - Menganalisis petikan
b) EMK - Nilai murni yang merangkumi aspek kerohanian,
kemanusiaan yang menjadi amalan dalam kehidupan seharian
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
i. Guru memaparkan video pendek berkaitan pencemaran
alam sekitar.
https://www.youtube.c
ii. Sumbangsaran murid berdasarkan video pendek yang om/watch?
telah dipaparkan. v=gJN7Eh3QR2o
a). Apakah punca pencemaran alam sekitar?
b). Kesan pencemaran alam sekitar?

Aktiviti:
Murid dibahagikan dalam kumpulan kecil . Artikel
i. Guru mengedarkan rencana Kertas sebak
Pen marker
ii. Murid membaca rencana yang diberi
iii. Setiap kumpulan akan menggariskan 3 idea utama Peta buih
dalam petikan.
iv. Murid mencari huraian bagi setiap idea utama.
v. Murid membentangkan hasil perbincangan.
vi. Murid bersoal jawab untuk kefahaman.

Penilaian:
ALAM SEKITAR

Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia
banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini
seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-
gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada
kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak
tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan
kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara
sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.

Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita menikmati keselesaan. Kita akan
berasa selasa jika tiada gangguan di persekitaran kita. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan
suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalani kehidupan dalam keadaan cuaca yang baik. Melalui
persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa
gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas marah dan tidak selesa. Aktivti riadah yang dijalankan dalam
keadaan bersih akan meningkatkan tahap kesihatan kita.

Selain itu, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari semasa ke semasa. Penanaman
tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana persekitaran yang sejuk dan nyaman, malah berfungsi untuk
menstabilkan suhu persekitaran. Penanaman pokok-pokok ini juga bertujuan mengurangkan kesan pemanasan
global melalui penyerapan karbon dioksida. Akhirnya, pemanansan global dapat dikawal dan akan dapat
menstabilkan ekosistem persekitaran. Penjagaan sumber-sumber alam sekitar seperti pokok-pokok akan dapat
membendung pelbagai masalah, sebagai contoh hutan mengawal hakisan tanah dan banjir. Hutan juga menjadi
salah satu sumber ekonomi negara kita.

Alam setikar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang mampu membawa penyakit.
Persekitaran yang bersih menghalang haiwan malaria, deman denggi, taun dan hawar. Keadaan ini turut
melindungi makanan kita daripada dicemari oleh vector-vektor penyakit tersebut dan dengan itu, masalah
keracunan makanan dapat dielakkan.

Gangguan daripada serangga di dalam rumah juga dapat dielakkan jika persekitaran dalam keadaan bersih.
Alam setikar yang bersih dapat mengurangkan pembiakan serangga seperti nyamuk, lalat, dan serangga lain yang
berada di dalam rumah. Tanpa serangga tersebut, kita dapat berehat dengan selesa di rumah pada bila-bila masa.
Selain itu, persekitaran yang bersih juga mengelakkan pencemaran bau yang boleh mengganggu keselesaan
hidup kita.

Selain itu, air merupakan sumber asli yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Air sangat diperlukan
oleh tubuh badan manusia sehinggakan manusia boleh hidup bertahan beberapa hari dengan air sahaja tanpa
makanan. Tubuh kita mengandungi lebih kurang 70% air. Sekiranya kehilangan air, hal ini akan mengakibatkan
kita kehilangan tenaga. Air bukan sahaja penting kepada manusia malah kepada hidupan lain seperti haiwan dan
tumbuh-tumbuhan yang turut memerlukan

Persekitaran yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga. Persekitaran yang kotor akan
meyebabkan pembiakan serangga yang dapat mengancam nyawa manusia. Sebagai contoh nyamuk Aedes boleh
menyebabkan demam denggi yang berbahaya. Selain itu, persekitaran yang kotor akan mendatangkan banyak
lalat. Lalat yang membawa kuman akan menghinggap makanan kita, hal ini akan menyebabkan kesihatan
manusia terjejas seperti cirit-birit dan muntah. Oleh itu, penjagaan kebersihan terhadap alam sekitar
adalah penting.
TEMA : ALAM SEKITAR

KEPENTINGA
N
MENJAGA
ALAM
SEKITAR
Lampiran 1

PRAAKTIVIT

FAEDAH-FAEDAH MEMUPUK NILAI-NILAI MURNI DALAM KALANGAN PELAJAR


DAN HALANGAN UNTUK MEMUPUK NILAI TERSEBUT.

Slogan Budi Bahasa Budaya Kita menggambarkan bahawa kerajaan amat


menitikberatkan pengamalan nilai-nilai murni dalam kalangan rakyat di negara kita. Hal ini
kerana, dalam situasi masyarakat berbilang kaum, amalan nilai-nilai murni seperti saling
bertoleransi, dan hormat-menghormati amat penting dipraktikkan. Tanpa nilai-nilai murni ini,
kesejahteraan dan keharmonian masyarakat pasti akan tergugat. Justeru, aktiviti
kemasyarakatan dan sukarela merupakan platform untuk menerapkan nilai-nilai murni
kepada pelajar sama ada di peringkat sekolah atau di institusi pengajian tinggi.

Pendedahan awal terhadap tanggungjawab sosial sangat penting kerana amalan


nilai murni mampu melahirkan insan cemerlang dari segi akademik dan jati diri seperti kata
pepatah Melayu, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Menerusi amalan tersebut, sikap
positif dapat kita bentuk dalam jiwa pelajar termasuklah sikap tidak mementingkan diri
sendiri, saling membantu, dan prihatin terhadap persekitaran. Amalan murni tersebut dapat
mengikat jaringan langsung antara pelajar dengan anggota masyarakat. Pendidikan yang
berhubung dengan amalan ini perlulah diperkukuh dalam semua kapasiti masyarakat tidak
terkecuali ibu bapa kerana amalan dan tingkah laku mereka akan dituruti oleh anak-anak.
Untuk memupuk amalan berkenaan, kita tidak memerlukan mata pelajaran khusus di
sekolah sebaliknya semua anggota masyarakat harus menunjukkan contoh yang baik
dalam kehidupan harian.
Di samping itu, banyak aktiviti luar yang dapat dijalankan untuk memupuk amalan
tersebut misalnya dengan membantu golongan
yang memerlukan pertolongan seperti anak yatim, orang kurang upaya, dan warga emas.
Perkara ini lebih penting kepada pelajar daripada membiarkan mereka berfoya-foya dan
menghabiskan masa di pusat beli-belah. Kesedaran menginsafi nasib golongan yang
memerlukan bantuan dapat
dirasai pelajar sekiranya mereka benar-benar menghayati pelaksanaan aktiviti
kemasyarakatan.
Pada masa ini, kita tidak perlu berkempen untuk menerapkan nilai murni kerana amalan
nilai
tersebut merupakan perkara asas yang wajar disemai dan dipupuk sejak seseorang itu
masih di
dalam buaian. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan utama untuk menerapkan nilai-nilai
murni
dalam diri anak-anak. Menerusi ibu bapa, anak-anak dapat diterapkan nilai cinta akan
negara,
kasih sayang sesama makhluk dan menghormati orang lain. Perkara ini bertambah kukuh
dalam
ingatan apabila pelajar mempelajari hal-hal yang wajar dan tidak wajar dilakukan dalam
hidup
mereka. Sekiranya pelajar sudah berada di peringkat yang lebih tinggi dan fikiran mereka
lebih
terbuka maka sepatutnya perkara positif sudah tertanam dengan kukuh dalam sanubari
mereka.
Apabila mereka melangkah ke alam kehidupan sebenar, mereka akan melakukan sesuatu
berdasarkan amalan nilai murni yang sudah sebati dalam kehidupan mereka.
Perkara yang penting dan wajar kita ingat ialah pemupukan nilai murni dalam kehidupan
seseorang itu mampu mengubah nilai budaya masyarakat yang negatif kepada positif
sekiranya
hal itu disuburkan dalam kehidupan seseorang sejak kecil. Sebagai rakyat negaraini kita
harus
berasa megah dan bangga jika kita berjaya mempertingkatkan amalan nilai murni dalam
kalangan
rakyat terutama yang melibatkan golongan pelajar
ProMAL (PROGRAM MESTI A DAN LULUS) 2014
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada „Pupuk Nilai Murni: Aktiviti
Kemasyarakatan Sukarela Saluran Terbaik Amal Sikap Positif‟,
Berita Harian, 17 November 2009)

Anda mungkin juga menyukai