Anda di halaman 1dari 8

TEKS UCAPAN

CIK HAJAH SUZANA KHUMARIAH BT ZAINAL ABIDIN PENOLONG PEGAWAI PELAJARAN KANAN UNIT PENGURUSAN AKADEMIK PEJABAT PELAJARAN WILAYAH SENTUL

SEMPENA

PETANDINGAN PESTA PANTUN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH WILAYAH SENTUL

14 MAC 2013

Yang Berusaha, Pn. Zubidah bt Md. Yunos, Penolong Kanan, Sekolah Menengah Sains Seri Puteri Kuala Lumpur

Yang Berusaha, Pn. Noor Asmah bt Shariff, Penyelia Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Wilayah Sentul
1

guru-guru seterusnya pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama bersyukur kehadrat Allah Subhanahuwataala kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya kita dapat bersama-sama pada hari ini dalam Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Pantun sekolah-sekolah

Menengah Wilayah Sentul tahun 2013. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada JK pengelola beserta ahli jawatankuasa atas kesudian menjemput saya untuk meyempurnakan majlis penutup pada hari ini. Marilah kita bersama-sama juga berdoa agar Allah

Subhanahuwataala memberkati usaha kita ini dan melindungi kita semua daripada apa jua kesulitan dan kekurangan.

Hadirin-dan hadirat sekalian,

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua jawatankuasa yang terlibat dalam memastikan kejayaan penganjuran pertandingan pada tahun ini. Saya percaya bahawa penganjuran sebegini banyak menyumbang kepada usaha memupuk semangat kerja berpasukan, toleransi dan muhibbah dalam kalangan pelajar-pelajar khuhsusnya. sekolah-sekolah Menengah Wilayah Sentul. Saya berharap agar semangat berpasukan yang ditonjolkan oleh para pelajar sepanjang berlangsungnya pertandingan ini dapat diterapkan dalam budaya harian sebagai seorang pelajar untuk menjadi individu yang lebih cemerlang.

Hadirin dan hadirat sekalian, Sudah menjadi lumrah dalam apa jua

pertandingan,kemenangan adalah titik noktah yang diharapkan oleh setiap peserta. Namun, sekiranya kemenangan itu diraih dengan kaedah yang tidak sihat
3

misalnya melalui pertelingkahan atau pergaduhan, sudah pasti kejayaan yang sewajarnya menjadi detik manis dalam hidup kita akan bertukar menjadi kenangan pahit. Saya percaya, tiada sesiapa yang ingin bergelar ``Mereka Yang Tertewas. Tetapi bagi saya, apa yang lebih penting ialah berani untuk mencuba, Selain daripada merapatkan silraturrahim antara pelajar pertandingan berbalas pantun ini dapat menyediakan ruang bagi pelajar-pelajar untuk

menampilkan bakat berpantun.Pertandingan pada hari ini juga dapat meningkatkan lagi tahap kesedaran mengenai puisi tradisional Melayu di kalangan pelajar dan menyemai rasa cinta terhadap bahasa dan sastera Melayu.. Seterusnya, para pelajar dapat menggunakan daya fikir dalam berpantun dengan cepat dan tepat serta kritis dan kreatif. Di samping itu, dapat mengaplikasikan kemahiran berbahasa semasa menjual dan menjawab pantun. Bagi saya, kejayaan setiap seorang daripada kita di sini adalah kejayaan untuk wilayah Sentul keseluruhannya. Jadi apalah

salahnya jika kita bersatu hati berganding bahu untuk


4

bersama-sama membawa kejayaan kepada Wilayah Sentul yang kita sayangi ini tanpa mengenepikan semangat persaudaraan. Hadirin dan hadirat sekalian, Akhir kata, saya juga mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan tahniah kepada peserta-peserta dan sekolah yang menjadi johan Kepada yang tidak berjaya, jangan putus asa, cuba lagi pada tahun-tahun hadapan. Kepada anak-anak pelajar, ingatlah bahawa pelajar hari ini merupakan pemimpin pada masa akan datang. Dalam mencapai Wawasan 2020, iaitu

menjadikan negara kita sebagai sebuah negara yang maju, satu komitmen waja dan jitu amat diperlukan dalam kalangan pelajar untuk menimba ilmu dan mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif. Tanamkanlah azam, tekad dan iltizam bagi menggapai impian. Semoga impian menjadi kenyataan. InsyaAllah. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, sekali lagi saya ingin merakamkan penghargaan kepada
5

semua

pihak

yang pesta

terlibat

dalam

penganjuran

pertandingan

pantun

sekolah-sekolah

menengan Wilayah Sentul, khususnya, kepada ahli jawatankuasa penganjur dan pihak tuan rumah. Buat peserta-peserta yang telah mengambil bahagian pula, saya ucapkan tahniah atas keyakinan diri yang tinggi dan sedia bersaing secara sihat dalam pertandingan. Dengan ini, saya dengan sukacitanya menutup secara rasmi pertandingan pesta pantun SekolahSekolah Menengah Wilayah Sentul semoga kita dapat bertemu lagi pada siri pertandingan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai