Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR 75350 BATU BERENDAM, MELAKA Kod Sekolah : MEA 2088 E-mail : mea2088@pd.jaring.

my TEL FAX : 06-3174376 : 06-3171539

Rujukan : SMKTMU 600-14/2 ( Tarikh : 6 Julai 2011 Semua Ibubapa/Penjaga, SMK Tun Mutahir, Batu Berendam Melaka. Tuan/Puan, PROGRAM JAYA WARIS SMK TUN MUTAHIR 2011 SESI PAGI SIRI 2 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2.

Adalah dimaklumkan pihak sekolah akan mengadakan program tersebut seperti berikut : Tarikh Masa Tempat : : : 8 Julai 2011 (Jumaat) 8.00 pagi hingga 9.30 pagi (3C, 3R, 3V, 3B,3D dan 3H) 10.30 pagi hingga 12.00tgh (5PA1,5PA2, 5SS,5K1,5K2 dan 5PD) Dewan SMK Tun Mutahir

3. Objektif program ini diadakan ialah untuk membincangkan tentang keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Laporan Sahsiah anak tuan / puan dan mengenalpasti prestasi pelajaran serta cara-cara untuk membantu mengatasi masalah pembelajaran dan disiplin anak masing-masing. 4. Oleh yang demikian, kerjasama daripada pihak tuan / puan adalah sangat diharapkan supaya tuan / puan dapat hadir pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan berbincang dengan Guru Tingkatan / Guru Matapelajaran / Guru Disiplin / Guru Kaunseling untuk membantu anak tuan / puan lulus dengan cemerlang khususnya dalam Peperiksaan Akhir Tahun iaitu PMR dan SPM 2011 serta memperbaiki sahsiah anak masing-masing. 5. Kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih. Sekian, terima kasih Saya yang menurut perintah, t.t (HJ ZOLKAPLY BIN YUNUS) Pengetua, SMK Tun Mutahir, 75350 Batu Berendam,Melaka.

Anda mungkin juga menyukai