Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN PINOLOBU

W.D.T 95
89157 KOTA BELUD, SABAH
TEL: 088-968649 FAX : 088-966010
KOD SEKOLAH: XBA5365
Emel : skpkbnet@gmail.com

Tarikh : 12 Oktober 2015

Kepada :

SEMUA IBU BAPA,


Murid-murid SK. Pinolobu,
Kota Belud.

Tuan / Puan,

GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN PADANG KG. BUKID, PERSIAPAN TEMASYA SUKAN


TAHUNAN SK. PINOLOBU TAHUN 2015.

Perkara di atas adalah dirujuk.

02. Sukacita dimaklumkan bahawa, SK. Pinolobu, Kota Belud akan mengadakan Temasya Sukan Tahunan pada 28
dan 29 Oktober 2015 akan datang. Sebagai persiapan pelaksanaan Temasya Sukan tersebut, pihak sekolah memohon
bantuan dan khidmat semua ibu bapa untuk bergotong royong membersihkan padang Kg. Bukid sebagai vanue /
tempat Temasya Sukan tersebuT nanti. Untuk makluman semua ibu bapa aktiviti bergotong royong ini akan diadakan
pada ketetapan yang berikut:

Tarikh : 15 Oktober 2015 (Bersamaan hari Khamis)


Masa : 7.30 pagi hingga selesai.
Tempat : Padang Kg. Bukid Rantai, Kota Belud.

 Sila bawa MESIN BIMBIT masing-masing, kerana kerja-kerja yang akan dilakukan ialah memotong rumput
padang.

03. Minyak, minuman dan mee goreng akan disediakan semasa gotong-royong ini nanti. Oleh yang demikian, pihak
sekolah amat mengharapkan perhatian dan kerjasama semua ibu bapa agar dapat bersama-sama semasa aktiviti
gotong-royong ini nanti. Di atas perhatian dan kerjasama semua ibu bapa terhadap perkara ini, pihak sekolah
mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Sekian dan harap maklum.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menurut perintah,

……………………….
( KUKUNG EMANG)
Guru Besar,
SK. Pinolobu,
Kota Belud.

Anda mungkin juga menyukai