Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN PINOLOBU

W.D.T 95
89157 KOTA BELUD, SABAH
TEL: 088-968649 FAX : 088-966010
KOD SEKOLAH: XBA5365
Emel : skpkbnet@gmail.com

________________________________________________________________________________________

Rujukan : XBA5365/SKPKB/500-2015(01)
Tarikh : 05 Oktober 2015

Kepada :

EN. EWON BENEDICT


Setiausaha Politik Kepada
Timbalan Ketua Menteri,
Menteri Pertanian dan Industeri Makanan,
Negeri Sabah.

Tuan,

JEMPUTAN MERASMIKAN TEMASYA SUKAN SK. PINOLOBU KOTA BELUD TAHUN 2015.

Perkara di atas adalah dirujuk.

02. Saya selaku Guru Besar di sekolah ini amat berbesar hati menjemput tuan untuk hadir menyaksikan dan seterusnya
merasmikan Temasya Sukan SK. Pinolobu, Kota Belud Tahun 2015 yang akan di adakan pada ketetapan yang berikut:

Tarikh : 29 Oktober 2015 (Bersamaan Hari Khamis)


Masa : 10.00 pagi
Tempat : Padang Kampung Pinolobu, Kota Belud.

03. Bersama surat ini disertakan Aturcara pada hari tersebut untuk rujukan dan perhatian tuan.

04. Oleh yang demikian, seluruh warga sekolah dan masyarakat Kg. Pinolobu amat-amat berharap agar tuan dapat
memenuhi jemputan kami ini yang sudah tentu akan memeriahkan lagi suasana dan perjalanan temasya sukan pada kali
ini. Di atas perhatian tuan tentang perkara ini, kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian dan terima kasih,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………
( KUKUNG EMANG )
Guru Besar,
SK. Pinolobu, Kota Belud.
MAJLIS PERASMIAN DAN PENUTUPAN.

10.00am : Ketibaan Perasmi (En. Ewon Benedict)


: Lintas hormat semua peserta sukan dan Pertunjukkan Perbarisan
Pasukan Perbarisan Sekolah
: Ucapan Guru Besar.
: Ucapan Perasmian dan Penutupan.
: Penyampaian Penghargaan kepada perasmi.
: Persembahan murid-murid SK. Pinolobu
: Persembahan PIBG.

11.00 am : ACARA SUKAN BALAPAN DISAMBUNG.

 4 x 100 meter Tahap 2 (L/P)


 4 X 100 PIBG (Bapa-bapa & Ibu-ibu)
 4 X 100 meter terbuka (L/P)

11.45 am : Penyampaian Hadiah.

 Pemenang Kumpulan
 Acara Terbuka
 Olahragawan & Olahragawati 2015.
 Jamuan untuk VIP

2.00 pm : ACARA DIJANGKA SELESAI.

Anda mungkin juga menyukai