Anda di halaman 1dari 5

Tarikh : 25 November 2015

Masa : 9.00 hingg 9.40 pagi


Tajuk : Kenderaan Darat
Tunjang Utama : Komunikasi Bahasa Malaysia
Standard Kandungan : BM 2.1 Berinteraksi dengan mesra.
Standard Pembelajara : BM 2.1.4 Berinteraksi dengan sopan dan bertatasusila.
Kesepaduan Tunjang : BM 3.5.1 Membatang dua sukukata untuk menjadi perkataan.
BM 3.5.4 Membatang tiga suku kata terbuka untuk menjadi perkataan.
BM 3.5.5 Membatang suku kata tertutup untuk menjadi perkataan.
BM 4.2.6 Menyalin perkataan dengan cara yang betul.
ST 4.2.1 Membilang objek 1 – 10.
ST 4.2.3 Memadan bilangan objek dengan symbol nombor 1 – 10.
KTI 2.4.5 Membuat pergerakan bebas dengan cara yang betul.
Objektif
Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. Menyatakan dan mengeja kenderaan darat dengan betul.
2. Membilang dan mengetahui bilangan kenderaan darat yang dipelajari.
3. Mengenal serta mengetahui tayar sesuatu kenderaan darat dengan betul.
4. Menyanyikan lagu “Bapaku pulang dari kota” mengikut irama yang betul.
Konsep Utama : Kenderaan Darat.
Penerapan Nilai : Yakin, bersyukur, bekerjasama
Alat Bantu
Mengajar : Model / replika kenderaan darat, pita rakaman / audio (bunyi-bunyi
kenderaan darat), senikata lagu, lembaran kerja dan kad perkataan.

LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN:

Pendahuluan: 5 minit
Isi Kandungan: Bunyi Kenderaan

1. Guru memperdengarkan pelbagai jenis bunyi kenderaan darat kepada kelas. (Beca,
motosikal, kereta, bas dan lori)
2. Guru bersoaljawab dengan murid tentang bunyi-bunyi yang diperdengarkan
3. Guru meneguhkan jawapan murid.
Perkembangan :

Fasa 1 (10 minit) - Isi Kandungan: Ejaan


Mengenal jenis-jenis kenderaan darat.

1. Guru menunjukkan gambar kenderaan darat sambil memgemukakan pertanyaan kepada


murid.
2. Guru meminta murid mengeja huruf dan perkataan, nama-nama kenderaan darat yang
diperlihatkan menerusi gambar.
3. Guru memperbetulkan kesalahan ejaan murid serta membimbing murid mengeja dengan
betul.
4. Guru bersoaljawab dengan murid tentang kegunaan kenderaan darat, mengikut jenis.
5. Guru meneguhkan jawapan murid.

Fasa 2 ( 10 minit) - Pengiraan


Fasa 2 dijalankan setelah murid menguasai fasa 1.

1. Guru meminta murid membilang / mengira bilangan kenderaan yang dipelajari hari ini.
2. Guru meminta pula murid mengira kompenan-kompenan pada kenderaan seperti tayar, pintu,
dan sebagaiya.
3. Guru memilih murid secara rawak, kemudian meminta mereka memilih nombor yang sama
dengan angka / jumlah kompenan dan bilangan kenderaan.
4. Guru meminta murid menyebut nombor secara kelas (beramai-ramai) sambil meneguhkan
sebutan murid.

Fasa 3 (10 minit) - Penilaian


Lembaran Kerja: Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.
1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid, kemudian memberi penerangan tentang
lembaran kerja tersebut.
2. Murid-murid menjawab soalan-soalan pada lembaran kerja, mengikut masa yang ditetapkan.

Penutup
Menyanyikan lagu “Bapaku pulang dari kota”
1. Guru mempamerkan senikata lagu yang ditulis pada papan gulung / kad manila, kemudian
memperdengarkan lagu kepada murid.
2. Guru meminta murid menyanyi bersama-sama mengikut lagu yang diperdengarkan.
3. Guru meminta murid menyanyi sambil membuat pergerakan yang dibuat oleh guru.
4. Guru membuat rumusan pelajaran hari ini.
Tajuk Tugasan:
Buat satu susunan langkah yang sesuai bagi pengajaran dan pembembelajaran salah satu dari
standard pembelajaran Bahasa Malaysia 4+ Tahun (rujuk KSPK) dengan menggunakan bahan
mengajar MONTESSORI.

Standard Pembelajaran: 1.1.1 mengecam bunyi haiwan.


Objektif pembelajaran: Pada akhir pelajaran kanak-kanak dapat:
1. Mengecam dan membezakan bunyi-bunyi haiwan.
2. Memadankan haiwan dengan bunyi yang betul.

LANGKAH PENGAJARAN

Pendahuluan:
1. Guru memperdengarkan bunyi pelbagai jenis haiwan menggunakan pita rakaman.
2. Guru bersoaljawab dengan kanak-kanak tentang bunyi-bunyi pelbagai jenis haiwan yang
diperdengarkan.

Perkembangan:

Fasa 1
Mengenal haiwan

1. Guru mempamerkan gambar pelbagai jenis haiwan kepada kanak-kanak.


2. Guru memperdengarkan semula bunyi-bunyi haiwan, kemudian memilih kanak-kanak secara
rawak dan meminta mereka meneka nama haiwan dalam gambar berdasarkan bunyi-bunyi
yang diperdengarkan.
3. Guru menunjuk gambar haiwan, kemudian meminta kanak-kanak membunyikan bunyi
haiwan yang ditunjuk.

Fasa 2
Fasa 2 dijalankan setelah kanak-kanak menguasai Fasa 1

1. Guru menayangkan video pergerakan dan aksi pelbagai jenis haiwan, dan meminta kanak-
kanak melihat dengan teliti tayangan video tersebut.
2. Guru membahagikan kanak-kanak kepada beberapa kumpulan, kemudian mengagihkan kad
haiwan (kuda, harimau, gajah, lembu, anjing dan kucing) kepada setiap kumpulan.
3. Guru meminta kanak-kanak melakonkan aksi dan bunyi haiwan mengikut kad haiwan yang
dimiliki oleh kumpulan masing-masing.
4. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada kanak-kanak. (Bentuk gambar haiwan: titik, titik),
Kemudian memberi penerangan tentang latihan tersebut.
5. Kanak-kanak menyiapkan latihan menyambung titik-titik membentuk gambar haiwan.

Penutup:
1. Guru memperdengarkan lagu “bunyi haiwan”, kemudian meminta kanak-kanak bernyanyi
bersama-sama lagu tersebut sambil mempamerkankan gambar haiwan masing-masing yang
telah dilukis.

Anda mungkin juga menyukai