Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA SAMBUTAN HARI ANUGERAH CEMERLANG

(AKADEMIK)

Mengumumkan ketibaan Yang berusaha ___________________________

Warga dewan diminta berdiri .

___________________________________________________________________

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Sabah Tanah Airku
dan lagu sekolah.

Para hadirin dipersilakan  duduk

___________________________________________________________________

Yang Berusaha _________________, Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran.

Yang Berusaha Puan Wezlyn marshall, yang dipertua PIBG Sk Kelawat.

Yang Berusaha Puan Ng Kiat Fung, guru besar Sk Kelawat, guru-guru yang
dihormati seterusnya para ibubapa yang dimuliakan dan murid yang dikasihi
sekalian.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNYA, dapat kita berkumpul di
dewan sekolah yang indah ini bagi menjayakan Sambutan Hari Anugerah
kecemerlangan SK Kelawat Tuaran bagi sesi 2022/2023. Majlis merakamkan
setingggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu jemputan kita pada hari ini Yang
berusaha Puan Wezlyn marshall, yang dipertua PIBG Sk Kelawat kerana  sudi
hadir dalam Sambutan Hari Anugerah Cemerlang SK Kelawat pada tahun ini.
Selamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin-hadirat
sekalian.  Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini lebih bermakna dan
berseri.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan
bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat.  Untuk itu,
majlis mempersilakan  Ustaz Omar Ali Saptu  untuk memimpin bacaan  doa.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Omar Ali Saptu  atas bacaan doa
sebentar tadi.
__________________________________________________________
Tidak molek, jika ada alu tiada lesungnya
Tidak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tidak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan daripada Ketua pelajar sesi
2022/2023. Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
Dikasihi Adik Amber callysha Benn, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada  Yang Dikasihi Adik Amber
callysha Benn, atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Buah langsat di tepi busut,


Mari dimuat di atas peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Puan Ng Kiat Fung,
guru besar Sk Kelawat Tuaran. Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Yang Berusaha Puan Ng Kiat Fung, guru besar Sk Kelawat, untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada  Yang Berusaha Puan Ng Kiat
Fung, guru besar Sk Kelawat Tuaran, atas kesudian menyampaikan ucapan
sebentar tadi.

Kini tibalah kita kepada acara yang dinantikan iaitu ucapan daripada tetamu
jemputan kita. maka majlis mempersilakan   Yang berusaha Puan Wezlyn marshall,
yang dipertua PIBG Sk Kelawat Tuaran untuk menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan Sambutan Hari Anugerah Cemerlang Sk Kelawat Tuaran bagi sesi
2022/2023. Dengan segala hormatnya dipersilakan. 

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang berusaha Puan Wezlyn
marshall, yang dipertua PIBG Sk Kelawat Tuaran diatas ucapan dan perasmian
sebentar tadi.
__________________________________________________________

Para hadirin yang dihormati sekalian

Majlis seterusnya mempersilakan  Yang Berusaha Puan Ng Kiat Fung, guru besar
Sk Kelawat Tuaran bagi menyampaikan cendrahati kepada  Yang berusaha Puan
Wezlyn marshall, yang dipertua PIBG Sk Kelawat Tuaran. Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar Sk Kelawat Tuaran diatas
penyampaian cendrahati sebentar tadi

___________________________________________________________________

Pakaian dipakai cantik berseri,


Majlis keramaian kita semua,
Majlis kita takkan berseri,
Tanpa persembahan murid semua

Hadirin yang dihormati, Marilah sama-sama kita saksikan persembahan tarian


daripada murid Tahap 2. Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada murid – murid diatas persembahan sebentar tadi.

__________________________________________________________

Kini, tibalah kita ke acara penyampaian Anugerah Akademik terbaik murid


prasekolah dan murid Tahun 1 hingga Tahun 6 Sk Kelawat Tuaran bagi sesi
2022/2023. Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Yang berusaha Puan Wezlyn marshall, yang dipertua PIBG Sk
Kelawat Tuaran  untuk menyampaikan anugerah kepada para murid. 

1. Anugerah Akademik terbaik Prasekolah


1. Reaviera Angelle Rubby
2. Anugerah Akademik terbaik Murid Tahun 1
1. Amir Ahmad Azhad Bin Suhaili
2. Nathaly Alverna Alday
3. Lyeandra Frestylya Lance

3. Anugerah Akademik terbaik Murid Tahun 2


1. Jesse Elister Jackhlee
2. Angel Deepesh Gouli
3. Leoniell Bale Henry
4. Anugerah Akademik terbaik Murid Tahun 3
1. Alyshe Ann Jackson
2. Nad Majuls
3. Edward Wong

5. Anugerah Akademik terbaik Murid Tahun 4


1. Febbie Anne Martin
2. Alvian Bujang
3. Betscee Bella Bevonly

6. Anugerah Akademik terbaik Murid Tahun 5


1. Clavey Ann Clare
2. Chazliara O’livia Nelton
3. Jesse Eamanda Jackhlee

7. Anugerah Akademik terbaik Murid Tahun 6


1. Jean Nora Ahoi
2. Amber Callyscha Benn
3. Shernyta Aleeya Binti Samli

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada   Yang berusaha Puan Wezlyn
marshall, yang dipertua PIBG Sk Kelawat Tuaran atas kesudian menyampaikan
hadiah sebentar tadi.
__________________________________________________________
Hadirin yang dihormati, Majlis diteruskan lagi dengan persembahan koir daripada
murid – murid Sk Kelawat Tuaran. Majlis mempersilakan

Terima kasih diatas persembahan sebentar tadi. Baiklah kita akan teruskan lagi
dengan Acara Cabutan Tiket Nama Bertuah.

Dengan ini majlis menjemput Yang berusaha Yang berusaha Puan Wezlyn
marshall, yang dipertua PIBG Sk Kelawat Tuaran untuk membuat 10 cabutan.
Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha Yang berusaha Puan Wezlyn
marshall, yang dipertua PIBG Sk Kelawat Tuaran diatas cabutan sebentar td.
__________________________________________________________
Penyampaian anugerah diteruskan lagi dengan acara penyampaian Anugerah Ko-
Kurikulum bagi sesi 2022/2023. Untuk itu majlis mempersilakan Yang Berusaha
Puan Ng Kiat Fung, guru besar Sk Kelawat Tuaran untuk menyempurnakan
penyampaian anugerah kepada murid . Dipersilakan.

2. Anugerah Tokoh Murid Perempuan sesi 2022/2023


- Amber Callyscha Benn
3. Anugerah Tokoh Murid Lelaki 2022/2023
- Jefferson Elson
4. Anugerah Tokoh Kokurikulum Perempuan
- Jesse Eamanda Jackhlee
5. Anugerah Tokoh Kokurikulum Lelaki
- Yoell Darrell Yohanes
6. Anugerah Tunas Harapan Sk Kelawat Tuaran 2022/2023
- Clavey Ann Clare Henry
7. Penyampaian Sijil Penghargaan untuk AJK Unit Berunifom Pengakap
- Dengan ini dijemput adik Amber Callysha Benn, pengerusi unit beruniform
pengakap sebagai wakil menerima sijil.

8. Penyampaian Sijil Penghargaan untuk AJK Kelab Sains Dan Matematik

- Dengan ini dijemput adik SHAHZWAN BIN SAMSUDIN, pengerusi kelab


Sains Dan Matematik sebagai wakil menerima sijil.

9. Penyampaian Sijil Penghargaan untuk AJK Kelab Kebudayaan Dan Kesenian.

- Dengan ini dijemput adik JEAN NORA AHOI, pengerusi Kelab Kebudayaan
Dan Kesenian sebagai wakil menerima sijil.

10. Penyampaian Sijil Penghargaan untuk AJK Kelab Bahasa Inggeris.

- Dengan ini dijemput adik SHERNYTA ALEEYA BINTI SAMLI, pengerusi Kelab
Bahasa Inggeris sebagai wakil menerima sijil.

11. Penyampaian Sijil Penghargaan untuk AJK Sukan Dan Permainan Bola
Tampar.
- Dengan ini dijemput adik AMBER CALLYSCHA BENN, pengerusi Sukan Dan
Permainan Bola Tampar sebagai wakil menerima sijil.

12. Penyampaian Sijil Penghargaan untuk AJK Sukan Dan Permainan


Badminton.

- Dengan ini dijemput adik ROWENNA DONALD GEORGE, pengerusi Sukan


Dan Permainan Badminton sebagai wakil menerima sijil.

13. Penyampaian Sijil Penghargaan untuk AJK Sukan Dan Permainan Bola
Sepak.

- Dengan ini dijemput adik EMANUELL NEKSON, pengerusi Sukan Dan


Permainan Bola Sepak sebagai wakil menerima sijil.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada   Yang berusaha Puan Ng Kiat
Fung, guru besar Sk Kelawat Tuaran atas kesudian menyampaikan hadiah dan
sijil sebentar tadi. Baiklah kita akan teruskan lagi dengan Acara Cabutan Tiket
Nama Bertuah.

Dengan ini majlis menjemput Yang berusaha Yang berusaha Pn Lily Balanting,
PK Kokurikulum Sk Kelawat Tuaran untuk membuat 10 cabutan. Majlis
mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha Yang berusaha Pn Lily


Balanting, PK Kokurikulum Sk Kelawat Tuaran diatas cabutan sebentar td.
___________________________________________________________________
Penyampaian anugerah diteruskan lagi dengan acara penyampaian Anugerah Hal
Ehwal Murid bagi sesi 2022/2023. Untuk itu majlis mempersilakan Yang Berusaha
En. Banting Paulus Parut, PK kurikulum Sk Kelawat Tuaran untuk
menyempurnakan penyampaian anugerah kepada murid . Dipersilakan.

14. Anugerah Tokoh Sahsiah Terbaik Perempuan


- Clarey Ann Clare Henry
15. Anugerah Tokoh Sahsiah Terbaik Lelaki
- Jefferson Elson

16. Anugerah Kehadiran Terbaik Sepanjang Tahun


Kelas Tahun 1 – Edwin Wong Jian Sheng
Kelas Tahun 2 – Leoneill Bale Henry
Kelas Tahun 3 – Edward Wong
Kelas Tahun 4 – Fabbie Ann
Kelas Tahun 5 – Clarey Ann Clare Henry
Kelas Tahun 6 – Jeannora Ahoi

17. Anugerah Tokoh Nilam Sk Kelawat Tuaran bagi sesi 2022/2023


- Jesse Eamanda Jackhlee
18. Penyampaian Sijil Penghargaan untuk Pengawas Sekolah Sesi
2022/2023
- Dengan ini dijemput adik Amber Callysha Benn, Ketua Pengawas Sekolah
sebagai wakil menerima sijil.

19. Penyampaian Sijil Penghargaan untuk Pengawas Pusat Sumber Sesi


2022/2023
- Dengan ini dijemput adik __________________, Ketua Pengawas Pusat
Sumber Sekolah sebagai wakil menerima sijil.

20. Penyampaian Sijil Penghargaan diteruskan lagi untuk Ketua Kelas


Dan Penolong Ketua Sesi 2022/2023
- Dengan ini dijemput adik __________________, Ketua Pengawas Pusat
Sumber Sekolah sebagai wakil menerima sijil.

21. Penyampaian Sijil Tamat Prasekolah

- Dengan ini dijemput adik __________________, untuk menerima sijil.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada   En. Banting Paulus Parut, PK
kurikulum Sk Kelawat Tuaran atas kesudian menyampaikan hadiah dan sijil
sebentar tadi.

_____________________________________________________
Hadirin yang Dihormati,
Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah kita sama-sama
menyaksikan persembahan koir daripada murid – murid Sk Kelawat Tuaran.
Majlis mempersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada murid - murid diatas persembahan
sebentar tadi. Baiklah kita akan teruskan lagi dengan Acara Cabutan Tiket
Nama Bertuah.

Dengan ini majlis menjemput Yang berusaha Yang berusaha Pn Jaineh Agus,
PK HEM Sk Kelawat Tuaran untuk membuat ____ cabutan. Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha Yang berusaha Pn Jaineh Agus,
PK HEM Sk Kelawat Tuaran diatas cabutan sebentar td.
___________________________________________________________________________

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para murid yang menerima anugerah pada
hari ini. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk anda terus cemerlang dalam
bidang masing-masing.

 Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung acara

Gugur menguning buah kuini,


Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja

         Sebarang kelemahan harap dimaafi


Segala kerjasama sangat dihargai

Saya  bagi pihak ahli jawatankuasa Sambutan Hari Anugerah Cemerlang bagi sesi
2022/2023 merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang
memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini.

Dijemput kepada Tetamu jemputan dan para ibubapa untuk menikmati juadah yang
telah disediakan.

Dijemput juga kepada murid – murid untuk mengambil makanan di RAMT.

Anda mungkin juga menyukai