Anda di halaman 1dari 6

SAMBUTAN HARI KANAK KANAK 2022

CUE / ANN CATATAN

Guru-guru dan murid-murid mengambil tempat

Sirih berlipat sirih pinang,


sirih dari pulau mutiara,
pemanis kata selamat datang,
awal bismillah pembuka bicara

- Yang berusaha,
En Awang Bin Mahali, Guru Besar SK Karamunting
En Mohd Aris Bin Arshad, Penolong Kanan Kokurikulum
Puan Nurazie Bt Intang, Penolong Kanan HEM
Encik Habib Abdul Rahman Bin Habib Mahmud,
Penolong Kanan Pentadbiran
Puan Sabaria Bt Abidin, Penolong Kanan Petang SK
Karamunting

Guru guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis

Hari ini menanam jagung


Dibawa ke Perlis bersama peria
Hari ini kita berkampung
Meraikan hari kanak-kanak penuh ceria

- Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana


dengan izin Nya dapat kita bersama-sama berkumpul

1
SAMBUTAN HARI KANAK KANAK 2022

pada pagi ini untuk meraikan Sambutan Hari Kanak


Kanak Peringkat Sekolah Tahun 2022

Bacaan doa & Nyanyian Lagu

Menadah tangan tanda kerendahan


Lafaz bismillah memperkukuhkan tautan
Doa dipohon penuh pengharapan
Agar majlis mendapat keberkatan

Bagi memberkati majlis, dijemput Ustaz Ismail Bin Alias untuk


memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan

Amin amin Ya Rabbal alamin, terima kasih atas bacaan doa


sebentar tadi.

Hadirin sekalian, majlis akan diteruskan dengan nyanyian 3


buah lagu. Oleh itu, hadirin di persilakan untuk berdiri untuk
bersama sama menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Sabah Tanah
Airku dan Lagu Sekolah.

Dipersilakan,
Hadirin dipersilakan duduk.

Ucapan Penyelaras Program, Ucapan Wakil Murid & Ucapan


Guru Besar.
Hadirin sekalian,
Bukan keris tanpa ulunya
Bukan majlis jika tanpa ucapannya,

- majlis akan diteruskan dengan menjemput Penyelaras


Program Sambutan Hari Kanak-kanak 2022, Puan Rose
Merah Bt Abu Bakar untuk menyampaikan ucapan alu

2
SAMBUTAN HARI KANAK KANAK 2022

aluan. Dipersilakan.
- Terima kasih atas ucapan sebentar tadi.
- Seterusnya majlis berbesar hati menjemput adik
________________ untuk menyampaikan ucapan wakil
murid.
- Terima kasih diucapkan kepada adik_______________
atas ucapan wakil murid SKKS sebentar tadi,
- Hadirin sekalian, majlis akan diteruskan dengan ucapan
perasmian yang akan disempurnakan oleh Guru Besar
SK Karamunting. Encik Awang Bin Mahali, Dengan
segala hormatnya, dipersilakan.
- Guru Besar diminta untuk terus berada di atas pentas
bagi menyempurnakan gimik perasmian. Di jemput para
pentadbir untuk bersama sama menyempurnakan gimik
perasmian Sambutan Hari Kanak Kanak.
- Terima kasih atas ucapan dan perasmian sebentar tadi.
- Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan sebentar
tadi
PERSEMBAHAN PRA SEKOLAH & PERTANDINGAN
PAKAIAN BERAGAM.

- Hadirin yang dikasihi sekalian,


- Sekarang tibalah acara yang dinantikan iaitu
persembahan pembuka dari murid murid cilik pra sekolah.
- Majlis dengan ini menjemput murid murid pra sekolah
Dipersilakan….

- Begitulah persembahan comel yang telah diserikan oleh


murid murid Pra Sekolah SK karamunting. Tahniah
diucapkan kepada guru pembimbing dan murid murid pra.

- Hadirin sekalian, majlis akan diteruskan dengan


pertandingan Pakaian beragam yang bertemakan Kerjaya
“When I grow up”. Ayuh sama sama kita berikan tepukan

3
SAMBUTAN HARI KANAK KANAK 2022

kepada peserta Pertandingan Pakaian Beragam, When I


grow up.

- (Cabutan bertuah)
Persembahan Khas “Ikon Inspirasi Kerjaya”
Dari Kedah ke Kuala Perlis
Singgah bersantai di tepi jeti
Persembahan pembukaan memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur di hati.
- Hadirin sekalian, majlis akan diserikan dengan
persembahan Khas Ikon Inspirasi Kerjaya,
- Majlis mempersilakan…
PENYAMPAIAN HADIAH ANUGERAH MURID TERBAIK
- Majlis kita akan diteruskan dengan penyampaian hadiah
bagi Anugerah Murid Terbaik. Dengan ini majlis
menjemput ____________________________________
untuk menyampaikan hadiah
Terima kasih kepada ____________________atas kesudian
menyampaikan hadiah.Diteruskan dengan sesi bergambar
bersama sama murid.
Persembahan Tahap 1

- Hadirin sekalian, majlis akan diteruskan lagi dengan


persembahan dari murid murid tahap 1.
- Dengan persembahan Action song dari Murid Tahun 1,
persembahan lagu rakyat kanak kanak dari murid Tahun
2, dan persembahan ___________________________
dari murid murid tahun 3.
- Ayuh sama sama kita berikan tepukan yang gemuruh
kepada murid murid tahap 1.
- Dipersilakan.
- Begitulah persembahan yang sungguh hebat dari
kesemua murid murid tahap 1 dan diucapkan tahniah
Syabas kepada guru guru pembimbing persembahan

4
SAMBUTAN HARI KANAK KANAK 2022

sebentar tadi.
UPACARA SAMBUTAN HARI LAHIR
- Hadirin sekalian, majlis akan diteruskan dengan upcara
simbolik pemotongan kek sempena sambutan hari kanak
kanak tahun 2022. Majlis menjemput
_______________________ untuk menyempurnkan
upacara pemotongan kek bersama sama pemenang
pertandingan fesyen beragam.
Penyampaian Hadiah Anugerah SAHSIAH TERBAIK.

- Majlis kita akan diteruskan dengan penyampaian hadiah


bagi Anugerah Sahsiah Terbaik. Dengan ini majlis
menjemput ____________________________________
untuk menyampaikan hadiah
Terima kasih kepada ____________________atas kesudian
menyampaikan hadiah.Diteruskan dengan sesi bergambar
bersama sama murid.
Persembahan Tahap 2

- Hadirin sekalian, majlis akan diteruskan lagi dengan


persembahan dari murid murid tahap 2
- Ayuh sama sama kita berikan tepukan yang gemuruh
kepada murid murid tahap 2
- Dipersilakan.
Begitulah persembahan yang sungguh hebat dari kesemua
murid murid tahap 2 dan diucapkan tahniah Syabas kepada guru
guru pembimbing persembahan sebentar tadi.
Penyampaian Hadiah Anugerah TOKOH MURID.

- Majlis kita akan diteruskan dengan penyampaian hadiah


bagi Anugerah Tokoh Murid. Dengan ini majlis
menjemput ____________________________________
untuk menyampaikan hadiah
Terima kasih kepada ____________________atas kesudian
5
SAMBUTAN HARI KANAK KANAK 2022

menyampaikan hadiah.Diteruskan dengan sesi bergambar


bersama sama murid.

(cabutan bertuah)
PENUTUP
Hadirin sekalian, dengan berakhirnya penyampaian sebentar
tadi, maka berakhirlah majlis kita pada petang ini.
Akhir sekali, mohon maaf andai ada salah dan silap. Sekali lagi
diucapkan, Selamat Hari Kanak Kanak kepada semua murid
murid SK Karamunting yang dikasihi sekalian. Moga semua
murid murid dapat membesar dengan sihat dan berjaya di dunia
dan akhirat. InsyaAllah

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai