Anda di halaman 1dari 6

SAMBUTAN HARI KANAK KANAK 2023

CUE / ANN CATATAN

Guru-guru dan murid-murid mengambil tempat

Sirih berlipat sirih pinang,


sirih dari pulau mutiara,
pemanis kata selamat datang,
VARRELENE
awal bismillah pembuka bicara

- Yang berusaha,
En Awang Bin Mahali, Guru Besar SK Karamunting
En Mohd Aris Bin Arshad, Penolong Kanan Pentadbiran
Puan Nurazie Bt Intang, Penolong Kanan HEM
Encik Abdul Rahman bin Baagun Penolong Kanan
Pentadbiran
Puan Sabaria Bt Abidin, Penolong Kanan Petang SK
Karamunting

Guru guru dan murid-murid yang diraikan pada pagi ini

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis

Hari ini menanam jagung


Dibawa ke Perlis bersama peria
Hari ini kita berkampung
Meraikan hari kanak-kanak penuh ceria

- Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana


dengan izin Nya dapat kita bersama-sama berkumpul

1
SAMBUTAN HARI KANAK KANAK 2023

pada pagi ini untuk meraikan Sambutan Hari Kanak


Kanak Peringkat Sekolah bagi Tahun 2023

Bacaan doa & Nyanyian Lagu


HANI

Menadah tangan tanda kerendahan


Lafaz bismillah memperkukuhkan tautan
Doa dipohon penuh pengharapan
Agar majlis mendapat keberkatan

Bagi memberkati majlis, dijemput Ustaz Mohd Alrhaizal untuk


memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan

Amin amin Ya Rabbal alamin, terima kasih atas bacaan doa


sebentar tadi.

Hadirin sekalian, majlis akan diteruskan dengan nyanyian 3


buah lagu. Oleh itu, hadirin di persilakan untuk berdiri untuk
bersama sama menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Sabah Tanah
Airku dan Lagu Sekolah.

Dipersilakan,
Hadirin dipersilakan duduk.

Ucapan Penyelaras Program, Ucapan Wakil Murid & Ucapan


Guru Besar.
Hadirin sekalian,
Bukan keris tanpa ulunya
Bukan majlis jika tanpa ucapannya,

- majlis akan diteruskan dengan menjemput Penyelaras


Program Sambutan Hari Kanak-kanak 2023, Puan Rose
Merah Bt Abu Bakar untuk menyampaikan ucapan alu

2
SAMBUTAN HARI KANAK KANAK 2023

aluan. Dipersilakan.
- Terima kasih atas ucapan sebentar tadi.
- Seterusnya majlis berbesar hati menjemput adik
________________ untuk menyampaikan ucapan wakil
murid.
- Terima kasih diucapkan kepada adik_______________
atas ucapan wakil murid SKKS sebentar tadi,
- Hadirin sekalian, majlis akan diteruskan dengan ucapan
perasmian yang akan disempurnakan oleh Guru Besar
SK Karamunting. Encik Awang Bin Mahali, Dengan
segala hormatnya, dipersilakan.
- Guru Besar diminta untuk terus berada di atas pentas
bagi menyempurnakan gimik perasmian. Di jemput para
pentadbir untuk bersama sama menyempurnakan gimik
perasmian Sambutan Hari Kanak Kanak Tahun 2023.

- Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan dan


perasmian sebentar tadi.
UPACARA POTONG KEK SAMBUTAN HARI KANAK-
KANAK& DOA QUNUT NAZILAH & OUTFIT OF THE DAY hani

- Hadirin yang dikasihi sekalian,


- Acara pembukaan majlis pada pagi ini akan dimulakan
dengan upacara pemotongan kek sempena sambutan
Hari Kanak Kanak. Dengan ini majlis menjemput wakil
murid murid yang lahir pada bulan Disember untuk
berada di atas pentas. Dipersilakan.

- Hadirin sekalian,
“Remember us in your times of joy”
“ingatlah kami dalam waktu gembira kamu”
Begitulah kata -kata seorang saudara Palestine Ketika
ditanya bagaimana kita harus teruskan rutin harian di saat
mereka di Palestine sedang di bedil oleh bom dan
dizalimi hari demi hari. Mereka mengingatkan agar kita
tidak lupa mendoakan mereka walaupun dalam keadaan

3
SAMBUTAN HARI KANAK KANAK 2023

gembira kita.

- Hadirin sekalian, ayuh sama sama kita panjatkan doa


buat saudara dan saudari kita yang berada di negara
Palestine. Moga doa doa kita didengar oleh Yang Maha
Pengasih dan Maha Melindungi agar mereka sentiasa
dalam lindungan Allah swt.
- Dipersilakan wakil anak anak SK Karamunting untuk
mengetuai bacaan doa Qunut Nazilah.
- Terima kasih diucapkan kepada wakil anak anak SK
Karamunting atas bacaan doa qunut nazilah sebentar
tadi. “From the river to the sea, Palestine will be free.
Itulah kata kata yang kita harapkan agar aman buat
Palestine sama sama dapat kita rasai.
- Hadirin sekalian,
- majlis akan diteruskan dengan peragaan Outfit of the day
yang bertemakan Kartun Animasi kanak-kanak.

- (Cabutan bertuah)

- Sesi bergambar guru


Persembahan Khas Tahap 1 varrelene
Dari Kedah ke Kuala Perlis
Singgah bersantai di tepi jeti
Persembahan pembukaan memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur di hati.
- Hadirin sekalian, majlis akan diserikan dengan
persembahan daripada wakil murid-murid tahap 1
- Majlis mempersilakan…
- Begitulah persembahan yang sungguh ceria daripada
wakil murid murid tahap 1 dan diucapkan tahniah Syabas
kepada guru pembimbing, Cikgu Adilah, Ustazah
Syafiqah dan Miss Ayshah atas bimbingan persembahan
sebentar tadi.
PENYAMPAIAN HADIAH ANUGERAH MURID varrelene

4
SAMBUTAN HARI KANAK KANAK 2023

- Majlis kita akan diteruskan dengan penyampaian hadiah


bagi Anugerah Murid untuk pelbagai kategori Dengan ini
majlis menjemput
____________________________________ untuk
menyampaikan hadiah
Terima kasih kepada ____________________atas kesudian
menyampaikan hadiah.Diteruskan dengan sesi bergambar
bersama sama murid.

Penyampaian Hadiah Best Outfit of the day Hanizah

- Majlis kita akan diteruskan dengan penyampaian hadiah


bagi Best Outfit of the day
- Dengan ini majlis menjemput____________ untuk
menyampaikan hadiah.
Terima kasih kepada ____________________atas kesudian
menyampaikan hadiah.Diteruskan dengan sesi bergambar
bersama sama murid.
Persembahan Tahap 2 varrelene

- Hadirin sekalian, majlis akan diteruskan lagi dengan


persembahan dari murid murid tahap 2
- Ayuh sama sama kita berikan tepukan yang gemuruh
kepada murid murid tahap 2
- Dipersilakan.
Begitulah persembahan yang sungguh hebat dari kesemua
murid murid tahap 2 dan diucapkan tahniah Syabas kepada guru
guru pembimbing, Cikgu Shahrul, Cikgu Darwinah dan CIkgu
Zulaiha atas bimbingan persembahan sebentar tadi.
Penyampaian Hadiah Anugerah TOKOH Kanak-Kanak hanizah

- Majlis kita akan diteruskan dengan penyampaian hadiah


bagi Anugerah Tokoh Kanak-Kanak Bagi tahun 2023.

5
SAMBUTAN HARI KANAK KANAK 2023

Dengan ini majlis menjemput


____________________________________ untuk
menyampaikan hadiah
Terima kasih kepada ____________________atas kesudian
menyampaikan hadiah.Diteruskan dengan sesi bergambar
bersama sama murid.

(cabutan bertuah)
PENUTUP varrelene
Hadirin sekalian, dengan berakhirnya penyampaian sebentar
tadi, maka berakhirlah majlis kita pada petang ini.
Akhir sekali, mohon maaf andai ada salah dan silap. Sekali lagi
diucapkan, Selamat Hari Kanak Kanak kepada semua murid
murid SK Karamunting yang dikasihi sekalian. Moga semua
murid murid dapat membesar dengan sihat dan berjaya di dunia
dan akhirat. InsyaAllah

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai