Anda di halaman 1dari 9

MAJLIS KONVOKESYEN PRA SEKOLAH KOLEJ VOKASIONAL GERIK 2024

HARI : SELASA
TARIKH : 30/1/2024
MASA : 09.30AM – 12.30 PM
TEMPAT : RESTORAN RAFFLESIA LA EATRY, KOLEJ VOKASIONAL GERIK

SALUTASI
Yang Berusaha,
 Puan Hajah Noor Azizah bt Musa ( Pengarah Kolej Vokasional Gerik)
 Tn. Hj. Mohamad Ramli bin Salleh ( Timbalan Pengarah Akademik )
 Tn. Hj. Sirusmini bin Sidik ( Timbalan Pengarah Sokongan Akademik)
 Puan Norazfida Hanim binti Hj Mohamad Arif ( Ketua Jaminan Kualiti )

Yang Dihormati,
 Ustaz Mohmad Fadlillah Bin Mamat ( Ketua Jabatan Pendidikan Umum )
 _______________________________ ( Guru Prasekolah Kolej Vokasional Gerik )
 Ketua-ketua Jabatan
 Ketua-ketua Program
 Jawatankuasa Pelaksana Program
 Barisan Pensyarah
 Ibu Bapa dan Penjaga
 Para graduan
 serta anak-anak pelajar yang dikasihi sekalian
TEKS MC MAJLIS KONVOKESYEN PRA SEKOLAH KOLEJ VOKASIONAL GERIK 2024
MASA/CUE TEKS CATATAN
General Mohon perhatian.
**semua hadirin
mengambil Semua hadirin diminta untuk mengambil tempat duduk kerana majlis akan 09.50 am
tempat duduk di dimulakan sebentar sahaja lagi.
restoran
**pelajar dan VIP Kerjasama hadirin amatlah dihargai. Terima kasih.
ready utk
perarakan masuk

Perarakan masuk Mengumumkan perarakan para graduan dan barisan akademik masuk ke dalam 10.00 am
graduan dan restoran.
tetamu jemputan *perarakan masuk.

Hadirin dipersilakan duduk.

Aluan MC Sirih berlipat sirih pinang, 10.10 am


Sirih dari pulau mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Hari ini menanam jagung,


Dibawa ke Perlis Bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan anak-anak penuh ceria.
Yang Berusaha,
 Puan Hajah Noor Azizah bt Musa ( Pengarah Kolej Vokasional Gerik)
 Tn. Hj. Mohamad Ramli bin Salleh (Tim. Pengarah Akademik )
 Tn. Hj. Sirusmini bin Sidik (Tim. Pengarah Sokongan
Akademik)
 Puan Norazfida Hanim binti Hj Mohamad Arif ( Ketua Jaminan Kualiti )

Yang Dihormati,
 Ustaz Mohmad Fadlillah bin Mamat (Ketua Jabatan Pendidikan Umum)
 Pn. ________________________ (Guru Prasekolaj Kolej Vokasional
Gerik)
 Jawatankuasa Pelaksana Program
 Barisan Pensyarah
 Ibu Bapa dan Penjaga
 Para graduan yang diraikan
 Serta anak-anak pelajar yang dikasihi sekalian

Alhamdulillahi robbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa asyrofil anbiyai wal


mursaliin, wa ‘ala alihi wa sohbihi ajma’iin.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, dan Salam
Malaysia Madani.

Majlis mengucapkan selamat datang kepada semua hadirin ke Majlis


Konvokesyen Pra Sekolah Kolej Vokasional Gerik bagi tahun 2024.

Terlebih dahulu bagi pihak majlis, kami amat berbesar hati dan mengalu-alukan
kehadiran semua hadirin ke majlis yang penuh barakah ini. Semoga dengan
kesudian hadirin meluangkan masa pada majlis kali ini membolehkan kita duduk
berkumpul dalam ikatan kekeluargaan di samping mendoakan kejayaan para
graduan yang berjaya menamatkan pengajian pra sekolah di kolej vokasional
gerik.

Bacaan Doa Hadirin sekalian, 10.15 am


Bunga mawar cantic tersemat,
Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon rahmat
Moga majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah kita sama-sama
mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Saudara Fadhil Arsyad bin
Khairul Anuar.
Majlis mempersilakan. Falya Tafadhal masyqura’
**bacaan doa
Amin. Amin. Amin. Ya Rabbal Alamin. Terima kasih diucapkan kepada
Saudara Fadhil Arsyad bin Khairul Anuar atas pimpinan bacaan doa sebentar
tadi.

Ucapan oleh Guru Tak molek jika ada alu tiada lesungnya 10.25 am
Prasekolah Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.

Haidirin sekalian,
Tirai majlis kita pada pagi ini dimulakan dengan menjemput dan mempersilakan
___________________________ selaku guru Pra Sekolah Kolej Vokasional
Gerik untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*Ucapan Guru Prasekolah.

Terima kasih diucapkan kepada _________________________________ atas


ucapan sebentar tadi.

Ucapan Pergi ke kota beli selasih, 10.35 am


Perasmian Selasih berasal dari Tanjung Batu,
Pengarah
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan doa iringan restu.

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Puan


Hajah Noor Azizah binti Musa untuk menyampaikan ucapan sekaligus
merasmikan majlis Konvokesyen Pra Sekolah Kolej Vokasional Gerik bagi tahun
2024. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

*ucapan perasmian pengarah.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Hajah
Noor Azizah atas ucapan dan perasmian majlis konvokesyen pra sekolah sebentar
tadi.

Persembahan Dari Kedah ke bandar Perlis, 10.55 am


murid 5 tahun. Singgah berdantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul meriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Hadirin sekalian,

Majlis kita pada hari ini akan diserikan lagi dengan persembahan yang akan
disampaikan oleh murid 5 tahun pra sekolah. Dengan segala hormatnya majlis
mempersilakan.

*persembahan

Terima kasih diucapkan kepada anak-anak pelajar 5 tahun atas persembahan yang
menghiburkan itu tadi.

Penyampaian sijil Hadirin sekalian, 11.10 am


para graduan
Kini tibalah masanya untuk acara penyampaian sijil kepada para graduan.

Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Puan


Hajah Noor Azizah binti Musa diiringi Tuan Hj Mohd Ramli bin Salleh
untuk penyampaian sijil. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dipersilakan graduan yang pertama ialah adik __________________________.

*ikut senarai nama

Terima kasih diucapkan kepada Puan Hajah Noor Azizah bt Musa dan Tn Hj
Mohd Ramli bin Salleh atas kesudian menyempurnakan acara penyampaian sijil
itu tadi.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua anak-anak pra


sekolah yang menerima sijil hari ini. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong
untuk terus cemerlang dalam bidang masing-masing.

Sesi Fotografi dan Bersyukur kini kami panjatkan, 11.40 am


Penutup Majlis konvokesyen telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Segulung tahniah kami ucapkan.

Hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya sesi penyampaian sijil itu tadi maka majlis kita sudah sampai
ke penghujung acara. Oleh itu pihak majlis menjemput semua graduan dan
barisan akademik untuk menyempurnakan sesi fotografi di bahagian hadapan
restoran.
Dipersilakan.

*fotografi

Terima kasih diucapkan kepada semua graduan dan barisan akademik untuk
penyempurnaan sesi fotografi itu tadi.

Penutup Hadirin sekalian, 11.50 am

Di kesempatan ini, saya mewakili jawatankuasa pelaksana mengucapkan jutaan


terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung
dalam menjayakan majlis pada hari ini. Terima kasih tidak terhingga juga
diucapkan kepada semua ibu bapa dan penjaga dan semua hadirin yang hadir
pada hari ini. Semoga kejayaan sentiasa mengiringi para graduan dan semua
pelajar.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Saya mewakili seluruh jawatankuasa pelaksana program juga memohon
kemaafan atas kekurangan dan kelemahan kami. Semua hadirin dijemput untuk
hidangan makan tengah hari yang telah disediakan.Sesungguhnya yang baik itu
datang daripada Allah dan yang khilaf itu datang daripada diri kami sendiri.
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai