Anda di halaman 1dari 9

TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI PRA SEKOLAH 2019

6/11/2019

queue teks catatan


Hadirin yang dimuliakan,

Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-


tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, diminta
mengambil tempat di dalam dewan.

Bagi melancarkan perjalanan majlis tuan-tuan dan


puan-puan diingatkan supaya mematikan telefon
bimbit atau menetapkannya kepada mod senyap.

Sepanjang persembahan anak-anak prasekolah


nanti, diminta tuan dan puan tidak menghampiri
kawasan hadapan pentas untuk mengambil gambar.
Kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan amat
kami hargai

Mengumumkan Mengumumkan ketibaan Pn.Azlyn Hanyza bt


ketibaan Senawi,YDP PIBG SK Telok Gong diiringi para
tetamu jemputan.

Nyanyian Lagu Diminta semua bersedia untuk nyanyian lagu


Negaraku Negaraku
**
Terima kasih untuk nyanyian itu tadi. Hadirin
dipersilakan duduk.

 Persembahan Tarian Sha La La

Ucapan aluan Assalamualaikum salam sejahtera


Pembuka kata lidah bicara
Izinkan kami mulakan acara
Semoga majlis disambut ceria

Yang dihormati,
Pn.Azlyn Hanyza bt Senawi,
YDP PiBg SK Telok Gong

Yang berusaha,
Puan Hajah Mazanah bt Dawi,
Guru Besar SK Telok Gong

Yang dihormati,
Puan Haslinda bt Othman
Guru PK Pentadbiran SK Telok Gong,

Tn.Hj Mohd Ashar b Sarbini


Guru PK Hal Ehwal Murid SK Telok Gong

Tn. Hj Mohd Isa b Saidi


Guru PK Kokurikulum SK Telok Gong
Pn. Rohana bt Abdullah
Guru PK Petang SK Telok Gong

Yang dikasihi, barisan Jawatankuasa PIBG SK


Telok Gong, Ahli Jawatankuasa Majlis Apresiasi
Prasekolah 2019, Ahli Jawatankuasa Pemuafakatan
Ibu bapa dan penjaga,guru-guru, ibu bapa dan
anak-anak prasekolah sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan


Salam sejahtera. Limpahan syukur ke hadrat Ilahi,
dengan rahmat dan kurnianya maka dapatlah kita
bersama-sama berkumpul di Dewan Sri Kolek ini
bagi meraikan anak-anak kita dalam majlis yang
gilang gemilang ini.

Kompang bergema pusaka bangsa


Dipalu oleh si anak muda
Hadir tuan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

Hadirin budiman, majlis hari ini diadakan untuk


meraikan anak-anak kita sempena tamatnya sesi
persekolahan tahun 2019. Selepas ini, anak- anak
akan melangkah ke alam baru. Semoga majlis ini
dapat menaikkan semangat mereka untuk terus
menunjukkan kecemerlangan dalam bidang
akademik, kokurikulum dan sahsiah.

Bacaan doa Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Hadirin yang dihormati, sebagai memulakan majlis,


majlis dengan segala hormatnya menjemput

Ustaz Muhd Khalil bin Mokhtar

Untuk bacaan doa.

**
Amin amin ya rabbal alamin. Majlis merakamkan
ucapan Terima kasih kepada Ustaz Mohd Khalil bin
Mokhtar Untuk bacaan doa itu tadi. Semoga majlis
pada pagi ini dilimpahi barakah dan rahmat ilahi.

Ucapan
Hadirin yang dihormati,

Emas tempawan buatmu puteri,


Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.
Bagi meneruskan acara, majlis dengan segala
hormatnya menjemput yang berusaha
Puan Hajah Mazanah bt Dawi, Guru Besar SK Telok
Gong untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

**
Terima kasih kepada Puan Mazanah bt Dawi atas
ucapan itu tadi.

Ucapan
perasmian Pergi ke kota beli selasih
Sayang si dara senyum tertawa
Kata azimat simpulan kasih
Sulamkan mesra satukan jiwa

Untuk tidak melengahkan masa, marilah kita sama-


sama mendengar ucapan perasmian majlis apresiasi
pra sekolah SKTelok Gong bagi sesi 2019 daripada

Puan Azlyn Hanyza bt Senawi


YDP PIBG SK Telok Gong

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

**
Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah
majlis kita pada pagi ini. Majlis merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian

Pn.Azlyn Hanyza bt Senawi

Menyampaian ucapan sekaligus merasmikan majlis


kita pada pagi ini.

Penyampaian Masa yang ditunggu kini telah tiba. Majlis kini


Sijil & diteruskan dengan penyampaian sijil graduasi pra
Anugerah Kelas sekolah bagi sesi2019.
Mutiara Kasih
Dimulakan dengan penyampaian sijil kepada Anak-
anak Kelas Mutiara Kasih.

Dijemput

Diiringi

ke pentas untuk menyampaikan sijil graduasi.


Dimulakan dengan adik
1)
2)
Seterusnya, bagi Anugerah Pelajar Terbaik
Prasekolah bagi kelas Mutiara Kasih, majlis
menjemput adik

1)
2)

Bagi kehadiran terbaik sepanjang sesi


persekolahan 2019, anugerah diberikan kepada
1.
2.

**
Terima kasih kepada

atas kesudiaan untuk menyampaikan sijil dan


anugerah kepada anak-anak dari Kelas Mutiara
kasih

Persembahan Majlis kini diteruskan dengan persembahan Murid


Kelas Mutiara dari Kelas Mutiara Sayang dengan Alunan Irama
Sayang Loceng I Love You. Majlis mempersilakan.

**
Kehebatan anak-anak Telok Gong memang tidak
dapat dipertikaikan sejak dari kecil lagi.

Penyampaian Hadirin sekalian,


Sijil dan majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil
Anugerah Kelas graduasi kepada Anak-anak Kelas Mutiara Harapan.
Mutiara
Harapan Dijemput

Diiringi
ke pentas untuk menyampaikan sijil graduasi.
Dimulakan dengan adik
1)
2)

Seterusnya, bagi Anugerah Pelajar Terbaik


Prasekolah bagi kelas Mutiara Harapan, majlis
menjemput adik

1)
2)

Bagi kehadiran terbaik sepanjang sesi


persekolahan 2019, anugerah diberikan kepada
1.
2.

**
Terima kasih kepada
atas kesudiaan untuk menyampaikan sijil dan
anugerah kepada anak-anak dari Kelas Mutiara
Harapan.

Persembahan Hadirin yang dimuliakan,


Kelas Mutiara Majlis kini ditangguhkan untuk menyaksikan bakat
Kasih dan Hati terpendam anak anak daripada kelas Mutiara Kasih
dan Mutiara Hati dengan tarian dan nyanyian lagu
Berhantu yang menjadi siulan anak-anak Telok
Gong. Hutang.

**
Nak cepat kaya jangan hutang. Itu kayap Namanya.
Terima kasih kepada anak-anak dari kelas Mutiara
Kasih dan Mutiara Hati.

Penyampaian Hadirin sekalian,


Sijil dan
Anugerah Kelas majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil
Mutiara Impian graduasi kepada Anak-anak Kelas Mutiara Impian.

Dijemput

Diiringi

ke pentas untuk menyampaikan sijil graduasi.


Dimulakan dengan adik
1)
2)

Seterusnya Anugerah khas bagi anak-anak yang


menunjukkan prestasi cemerlang di dalam kelas
Mutiara impian. Anugerah diberikan kepada

1)
2)

Bagi kehadiran penuh sepanjang sesi persekolahan


2019, anugerah diberikan kepada
1.
2.

**
Terima kasih kepada

atas kesudiaan untuk menyampaikan sijil dan


anugerah kepada anak-anak dari Kelas Mutiara
Hati.
Persembahan Bagi memeriahkan lagi majlis, kini majlis
Kelas Mutiara menjemput anak-anak dari Kelas Mutiara Kasih dan
Kasih dan Hati Hati untuk menghiburkan kita dengan tarian Kiss
Me Kiss Me. Dipersilakan.

**
Comel dan Nakal sekali tarian daripada anak-anak
berbakat ini. Terima kasih kepada anak anak dari
kelas Mutiara Kasih dan Hati

Penyampaian Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil


Sijil dan graduasi kepada Anak-anak Kelas Mutiara Sayang.
Anugerah Kelas
Mutiara Sayang Dijemput

Diiringi

ke pentas untuk menyampaikan sijil graduasi.


Dimulakan dengan adik
1)
2)

Seterusnya bagi Anugerah khas bagi anak-anak


yang menunjukkan prestasi cemerlang di dalam
kelas Mutiara Sayang. Anugerah diberikan kepada

1)
2)

Bagi kehadiran penuh sepanjang sesi persekolahan


2019, anugerah diberikan kepada
1.
2.

**

Terima kasih kepada

atas kesudiaan untuk menyampaikan sijil dan


anugerah kepada anak-anak dari Kelas Mutiara
Sayang.

Persembahan Hadirin sekalian,


Kelas Mutiara
Impian Majlis kini diteruskan lagi dengan persembahan
Action Song bertajuk Skidamarink dan Goodbye
dari kelas Mutiara Impian dan Mutiara Harapan.

**
Terhibur sekali kami di sini menyaksikan kelincahan
dpersembahan mereka. Terima kasih kepada anak-
anak kelas Mutiara Impian dan Mutiara harapan.

Penyampaian Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil


Sijil dan graduasi kepada Anak-anak Kelas Mutiara Kasih.
Anugerah Kelas
Mutiara Hati Dijemput

Diiringi

ke pentas untuk menyampaikan sijil graduasi.


Dimulakan dengan adik
1)
2)

Seterusnya, bagi Anugerah Pelajar Terbaik


Prasekolah bagi kelas Mutiara Hati, majlis
menjemput adik

1)
2)

Bagi kehadiran terbaik sepanjang sesi


persekolahan 2019, anugerah diberikan kepada
1.
2.

**
Terima kasih kepada

atas kesudiaan untuk menyampaikan sijil dan


anugerah kepada anak-anak dari Kelas Mutiara
Hati.

Anugerah Hadirin yang dimuliakan,


Tokoh
Kokorikulum Majlis diteruskan dengan Anugerah kepada Wakil
Terbaik Murid Prasekolah yang telah menyertai Karnival
Prasekolah Kecemerlangan Pendidikan Prasekolah bagi daerah
Klang tahun 2019.

Dijemput

Diiringi

Untuk menyampaikan anugerah tersebut.

1) Bagi pertandingan Kuiz Pendidikan Islam.


Dijemput adik
a)
b)

2) Bagi pertandingan Sudoku KIDS, anugerah


diberikan kepada Muhammad Hasif Afiq bin Mohd
Addeli.

Terima kasih kepada

Atas penyampaian anugerah itu tadi.

Cenderamata Hadirin yang dihormati sekalian,


AJK Sebagai tanda kenangan sempena majlis apresiasi
prasekolah tahun 2019, pihak majlis ingin
menyampaikan sedikit penghargaan dan
cenderamata.

Dijemput

Untuk menyampaikan cenderamata.

Dijemput barisan pentadbir SK Telok Gong untuk


menerima cenderamata.
1)
2)

Dijemput pula ahli jawatankuasa kerja apresiasi


prasekolah SK telok Gong Tahun 2019.
1)
2)

Dijemput pula AJK pemuafakatan ibubapa/penjaga


prasekolah SK Telok Gong tahun 2019.
1)
2)

Cenderamata Hadirin sekalian,


Perasmi Kini dijemput pula

diiringi

Untuk menyampaikan cenderamata kenangan tanda


terima kasih kepada

Kerana telah menyempurnakan perasmian majlis


apresiasi prasekolah SK Telok Gong bagi tahun
2019.
***
Terima kasih kepada

Atas penyampaian cenderamata itu tadi.

Penutup Hadirin sekalian,

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Tibalah


kini ke penghujung acara. Setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada
semua tetamu jemputan, ahli jawatankuasa PIBG,
ahli jawatankuasa majlis graduasi, ibu bapa dan
mereka yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung bagi menjayakan majlis ini.

Semoga majlis ini dapat menjalin hubungan yang


baik antara pihak sekolah, ibu bapa, dan penjaga.
Majlis juga berharap agar anak-anak ini akan terus
maju dalam semua aspek sama ada Pendidikan,
kokurikulum mahupun sahsiah. Dengan penuh
takzim Kami memohon maaf sekiranya ada salah
dan silap sepanjang kami mengendalikan majlis ini.

Wabillahitaufik, walhidayah, assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai