Anda di halaman 1dari 20

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, saya bagi pihak majlis mengalu-alukan

kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SK Rt


Kemiding bagi tahun 2016.

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin
diminta mengambil tempat di dalam dewan.

Bagi melancarkan perjalanan majlis tuan-tuan dan puan-puan diingatkan supaya


mematikan telefon bimbit atau menetapkannya kepada mod senyap.

Ketibaan Perasmi

Mengumumkan ketibaan tetamu jemputan yang dihormati YDP PIBG SKRK En.
Desmond Ak Paulus diiringi Guru Besar SK Rantau Kemiding En. Mohd Amin Bin
Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran En. Harry Panggai, PK Kokurikulum
Pn. Samsiah Jamaie, Pk HEM Pn, Lia Ak Kaya dan para tetamu jemputan.
Dipersilakan duduk.

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku dikuti lagu Sarawak Tanah Airku,
tetamu jemputan dan para hadirin diminta berdiri.

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.


Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis

Bismillahirahmannirrahim, Asslammualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1


malaysia salam perpaduan.

Yang dihormati En. Desmond Ak Paulus YDP PIBG Sk Rt Kemiding,


Yang berusaha En. Mohd Amin Bin Abdullah Guru Besar SK Rt Kemiding,
Yang dihormati En. Harry Panggai Ak Ramba Penolong Kanan 1,
Yang dihormati Pn. Samsiah Bt Jamaie Penolong Kanan KOkurikulm
Yang dihormati Pn. Lia ak Kaya Penolong Kanan HEM

Guru-guru SKRK, murid-murid,


Seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari pulau muara
Pemanis kata selamat dating
Awal bismillah pembuka bicara

Hari ini menanam jagung,


Dibawa ke perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung
Meraikan majlis penuh ceria

Selamat datang ke:

Majlis Anugerah Kecemerlangan SK RT kemiding 2016


Saya Khatijah bt Ibrahim

Akan mengacara majlis ini sehingga selesai ke penghujungnya.

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambal berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga majlis bertambah seri
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah
dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk
meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang pelajaran.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin
sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada Yang
Dihormati YDP Pibg En. Desmond Ak Paulus,
kerana sudi meluangkan masa dan memilih untuk menghadirkan diri ke majlis kami ini
walaupun banyak urusan rasmi lain yang lebih memerlukan perhatian dan kehadiran
beliau. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa
untuk memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita
semua diberkati Allah. Insya Allah.

Sebagai pembuka tirai majlis ini, majlis ingin menjemput Ketua Pengawas murid 2016
SK Rt Kemiding, Adik Reynald Saleh sebagai wakil semua murid Tahun 6 untuk
menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada guru-guru dan seluruh
warga SK Rt Kemiding. Dipersilakan.

Pihak majlis mengucapkan ribuan t/ kasih di atas ucapan adik reynald sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput yang dihormati En. Desmond Ak Paulus
selaku Yang Dipertua Ibu Bapa dan Guru-guru Sk RK untuk menyampaikan ucapan,
dipersilakan.

..
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang dihormati En. Desmond Ak
Paulus selaku YDP PIBG di atas ucapan itu tadi.

Kalau tuan pikat kenari


Jangan patahkan bantang jerami
Kepada tuan sembah diberi
Mohon rasmikan majlis kami

Majlis dengan ini mempersilakan Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha


Guru Besar Sk Rt Kemiding , untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar bagi seisi 2016. Majlis dengan
segala hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
Yang Berusaha En. Mohd Amin Bin Abdullah Guru Besar SKRK atas ucapan dan
perasmian majlis kita pada hari ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini, marilah bersama-sama kita menyaksikan
persembahan nyanyian daripada adik catherina Donny yang bertajuk Flash light
yang dibawa oleh Jessy J Dipersilakan.

************(Persembahan).

Terima Kasih kita ucapkan kepada adik catherina Donny di atas persembahan yang
sangat menarik itu tadi untuk makluman semua adik Catherina merupakan wakil
sekolah kita yang pernah mendapat Johan pertandingan nyanyian di peringkat
daerah kanowit dan tempat ke tiga di peringkat bahagian Sibu.

Hadirin yang dihormati,


Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan berterusan. Usaha
yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh
itu, murid-murid yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ini akan
menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.
Acara yang seterusnya adalah penyampaian sijil graduasi dan hadiah pra sekolah.

Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang dihormati Pn. Caroline Gregory Guru Pra
Sekolah SKRK mengiringi Yang Berusaha En. Harry Panggai , ke atas pentas untuk
menyampaikan sijil dan hadiah. Dipersilakan.

SENARAI PENERIMA IKUT URUTAN

Penerima bagi kategori

Terima kasih diucapkan kepada Yang dihormati En. Harry Panggai Ak Ramba kerana
telah menyempurnakan penyampaian Sijil graduasi dan hadiah kepada murid-murid
pra sekolah.
Acara yang seterusnya adalah penyampaian sijil dan hadiah untuk bahagian
akademik, untuk itu bagi menyampaikan sijil dan hadiah tersebut dijemput Yang
Berusaha En Mohd Amin Bin Abdullah Guru Besar SKRK dan diiringi oleh YDP PIBG
En. Desmond Paulus, dipersilakan.

BACA SENARAI NAMA IKUT URUTAN.

Bagi kedudukan dalam kelas untuk penggal 1

Tahun 1tempat ketiga.disandang oleh adik


Tahun 2..temapat ketigadisandang oleh adik.

Untuk penggal kedua


Bagi kedudukan dalam kelas 2016 untuk penggal 1

Tahun 1tempat ketiga.disandang oleh adik


Tahun 2..temapat ketigadisandang oleh adik.

Selesai bahagian kedudukan kelas, kita beralih pula ke bahagian peningkatan


prestasi akademik,

Tahun 1.dijemput adik..


Tahun 6.

Mohon Guru Besar dan YDP PIBG untuk menunggu di atas pentas untuk
menyampaikan hadiah seterusnya bagi Pencapaian Subjek Terbaik

Tahun 1 , bagi subjek BM 1 dijemput adik Casmira cheriya Christopher, BM 2 tiada


calon kerana tahun 1 tidak menduduki pep kertas 2 begitu juga dengan kertas BI 2,

seterusnya bagi subjek BI 1, Matematik dan Sains pula dijemput adik Andora Dania
Jonathan,

Tahun 2
Utk penerima pencapaian subjek BM 1, BI 2 MT dan SN disandang oleh adik
Filbert Sengalang Peter.
Tahun 3 untuk penerima terbaik subjek,
Penerima bagi subjek BM 1 di sandang oleh adik Jessy Rossa Ak Randi, bagi BM 2
tiada calon kerana tiada murid yang mencapai sasaran yang ditetapkan.

Manakala bagi subjek BI 1, MT dan Sains disandang oleh adik Vasanendra Velverina
Welly.

Tahun 4, bagi pencapaian terbaik subjek bm 1 bm 2, dan Sains disandang oleh adik
Joseph Raweng, subjek lain tiada calon , tiada murid yang melepasi sasaran yg
ditetapkan.

Tahun 5, bagi penerima pencapaian terbaik subjek BM 1 dan 2 ialah adik Catherina
Donny,

Adik felixcian Kanyan Peter bagi subjek BI 1, MT dan Sains.

bagi subjek kertas BI 2 tiada calon sebab tidak ada yang melepasi sasaran yg
ditetapkan.

Tahun 6 pula , diijemput adik Cyprian Paker Ak Jemat bagi subjek BM 1,


seterusnya adik Louisa Pamela Raymond bagi subjek BM2, BI1, BI 2 dan Matematik.

Bagi subjek Sains pula ada dua penerima iaitu adik Camilla Kennet dan diikuti adik
Nurulnajminisha Mohd Amin.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha En. Mohd Amin Bin Abdullah Guru
Besar Sk Rantau Kemiding dan Yang dihormati YDP PIBG SKRK En. Desmond Ak
Paulus kerana sudi menyampaikan sijil dan hadiah itu tadi

..
Seterusnya bagi menyampaikan cenderahati berbentuk fail yang mengandungi
a) Cetakan Sijil Keputusan Pentaksiran Sekolah
b) Cetakan Keputusan PAJSK
c) Cetakan Keputusan Ujian Aptitud
d) Slip Keputusan UPSR
e) Dan Sijil tamat Sekolah tahun 6.

Dengan ini Majlis ingin menjemput Yang dihormati Pn Lia AK Kaya PK HEM SKRK
diiringi oleh En. Edwin Unjong Guru Tahun 6 untuk menyampaikan cenderahati
tersebut. Dipersilakan.

Penerima T6 bagi yang menerima cenderahati tersebut ialah: rujuk senarai,,,,,

Terima kasih kita ucapkan kepada PK Hem SKRK, PN. Lia dan Guru kelas Tahun 6
cikgu Edwin unjong di atas kesudian menyampaikan cenderaharitersebut. Mohon
Cikgu Edwin dan PK Hem kita cikgu Lia untuk menunggu sebentar di pentas bagi
acara seterusnya.

Bagi menyampaikan Insentif PIBG kepada murid yang mendapat A dalam UPSR
2016, majlis sekali lagi ingin menjemput Yang dihormati YDP Pibg En. Desmond Ak
Paulus diiringi oleh Yang Berusaha En. Mohd Amin Bin Abdullah, Yang dhormati Pn.
Lia Ak Kaya, PK HEM SKRK dan Guru Tahun 6 En. Edwin Ak Unjong, dipersilakan.

Senarai penerima adalah seperti berikut:

Adik Avril deksus Ak Fabian mendapat 1 A dalam BM kefahaman


Adik Dainna Mentie Ak Alexander mendapat 1 A dalam BM Kefahaman
Adik Christine Eve Ak Maurice mendapat 1 A dalam BM Penulisan
Adik Sebastian Ujang mendapat 1 A dalam BM Kefahaman

Adik Cyprian Paker Ak Jemat mendapat 2A, 1 A dalam BM Kefahaman 1 A dalam BM


penulisan.
Adik Nurulnajminisha Bt Mohd Amin juga mendapat 2A, 1A dalam BM kefahaman
dan 1 A dalam BI Kefahaman.
Adik Renald Ak Saleh juga mendapat 2 A, 1 A dalam BM Kefahaman dan 1 A dalam
matematik.
Seterusnya bagi penerima terbaik UPSR iaitu bagi yang mendapat keputusan 3 A
dalam UPSR ialah

Adik Camilla Kennet 3A dalam kertas BMKfhaman , BMPenulisan dan matematik,


Louisa Pamela Ak Raymond 3 A dalam kertas BMKfhman , BM Penulisan dan BI
kefahaman.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah Khas iaitu mencapai lonjakan
dalam UPSR, dijemput Adik Victoria Jane Ak Austin, tahniah dan syabas kita
ucapkan kepada semua murid tahun 6 di atas usaha gigih dalam menempuh UPSR
2016. Majlis juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang dihormati YDP Pibg
En. Desmond Ak Paulus diiringi oleh Yang Berusaha En. Mohd Amin Bin Abdullah,
Yang dihormati Pn. Lia Ak Kaya, PK HEM SKRK dan Guru Tahun 6 En. Edwin Ak
Unjong, di atas kesudian menyampaikan insentif dan hadiah itu tadi.

Majlis penyampaian hadiah dan sijil akan berehat buat seketika bagi memberi laluan
kepada persembahan murid-murid pra sekolah. Dipersilakan.

Tepukan gemuruh untuk anak-anak pra sekolah yang telah membuat pesembahan
sebentar tadi di bawah bimbingan Pn. Caroline guru pra sekolah dan Cik Allana
Anelise Entili.

Majlis disambung semula dengan menjemput Yang dihormati Pn. Lia Ak Kaya PK HEM
SKRK dan diiringi PK Kokurikulum SKRK Pn. Samsiah Jamaie bagi menyampaikan sijil
penghargaan kepada ketua kelas dan penolong ketua kels sesi 2016.
Dipersilakan.

Untuk itu dijemput penolong Ketua kelas dari tahun 1 adikrujuk lamp.

Manakala Ketua kelas dari tahun 1 dijemput adik..


Seterusnya majlis akan menyampaikan sijil penghargaan bagi pengawas sekolah sesi
2016,

Dijemput adik rjuk lampiran no 1-15.

Bagi penolong Ketua pengawas sesi 2016 adik Camilla Kenet dan seterusnya Ketua
Pengawas 2016 adik Renald AK Saleh.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang dihormati Pn. Lia Ak Kaya
PK HEM SKRK dan Penolong Kanan 1 SK RK EN. Harry Panggai Ak Ramba di atas
kesudian menyampaikan sijil penghargaan itu tadi, untuk itu juga majlis memohon PK
1 SKRK En. Harry Panggai untuk menunggu sebentar di atas pentas bagi acara
setersnya.

Bagi menyampaikan sijil penghargaan kehadiran terbaik 2016, dengan ini majlis ingin
menjemput Naib YDP PIBG SKRK En. Douglas Ak diiringi Penolong
Kanan 1 SKRK En. Harry Panggai Ak Ramba bagi menyampikan sijil penghargaan
tersebut. Majlis mempersilakan.

Bagi kehadiran terbaik kelas tahun .rujuk

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada NYDP PIBG SK Rantau Kmding, En
Douglas Ak. Dan PK1 En. Harry Panggai di atas kesudian menyampaikan sijil
penghargaan tersebut. Sekali lagi majlis memohon jasa baik PK1 , En. Harry
Panggai untuk menunggu sebentar di atas pentas bagi menyempurnakan acara
seterusnya,
Bagi Anugerah KOkurikulum, Majlis dengan ini ingin menjemput Yang dihormati PK
KOkurikulum SK RT Kmdg Pn. Samsiah Jamaie dan diiringi oleh PK 1 En, Harry
Panggai Ak Ramba untuk menyampaikan sijil penyertaaan aktiviti KK 2016,
dipersilakan.

Sijil penghargaan ini diberikan kepada murid yang pernah mewakili sekolah dalam
pertandingan tarian peringkat daerah yang mendapat no 3 di SK Ng Machan dan
mendapat anugerah khas peringkat bahagian sibu dalam tarian sesi 2016, dijemput

Adik.rujuk.

Seterusnya, sijil penghargaan bagi murid yang pernah mewakili nyanyian solo dalam
MSSR dan peringkat bahagian iaitu dijemput

Adik Catherina AK Donny untuk makluman hadirin beliau mendapat Johan dalam
pertandingan nyanyian peringkat daerah dan mendapat tempat ke 3 dalam
pertandingan peringkat bahagian sibu.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil penghargaan bagi Olahraga MSSR
acara balapan dan padang.
Di jemput adik.

Adik Jenifer ak Asan, yang pernah mewakili sekolah ke peringkat daerah


sehinggalah ke perinkat bahagian, serta mendapat Johan dalam petandingan lontar
peluru.

Manakala bagi pertandingan bercerita Bahasa Melayu pula sijil penghargaan


diberikan kepada
A. Avinda Ak Fabian
B. Adik Jessy Rossa Ak Randi.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang dihormati PK kokurikulum SK
Rantau Kmding, Pn. Samsiah Jamaie Dan PK1 En. Harry Panggai di atas kesudian
menyampaikan sijil penghargaan tersebut. Sekali lagi majlis memohon jasa baik , PK
kokurilulum , Pn Samsiah Jamaie dan PK 1, En. Harry Panggai untuk menunggu di
atas pentas bagi menyempurnakan acara seterusnya.

Dengan ini majlis ingin menjemput Yang Berusaha En. Mohd Amin Bin Abdullah ,
Guru besar SK RT Kmdg diiringi oleh Yang dihormati ,YDP pibg En. Desmond Ak
Paulus, Yang hormati Penolong Kanan 1 En. Harry Panggai Ak Ramba dan Yang
dihormati PK kokurikulum Pn. Samsiah Jamaie.majlis mempersilakan.

Bagi Sijil Anugerah Nilam peringkat Gangsa

Dijemput

1. Adik ..rujuk no

Seterusnya sijil penyertaan bagi ahli Kelab Dr. muda untuk tahun 6,

Dijemput adik Camilla Kennet, adik Reynald Saleh, adik Cyprian Paker dan penerima
anugerah lencana pingat perak Peringkat Kebangsaan adik nurulnajminisha bt Mohd
Amin, untuk makluman hadirin semua, ahli Kelab Dr. Muda yang lulus ujian Lencana
akan dianugerahkan sijil penghargaan daripada KPM dan KKM.

Majlis dengan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang berusaha En. Mohd
Amin Bin Abdullah, diiringi oleh Yang dihormat ,YDP pibg En. Desmond Ak Paulus,
Yang hormati Penolong Kanan 1 En. Harry Panggai Ak Ramba dan Yang dihormati PK
kokurikulum Pn. Samsiah Jamaie di atas kesudian menyampaikan sijil penghargaan
itu tadi.

Bersyukur kini kami panjatkan


Majlis anugerah telah disempurnakan
Sekalung penghargaan kami hulurkan
Segulung tahniah kami ucapkan
Majlis kita pada hari ini dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada murid
Tahun 6 dengan lagu mereka ..yang
didendangkan olehmajlis
mempersilakan.

Sungguh merdu nyanyian itu tadi, diharap segala kenangan manis dan pahit
sepanjang murid T6 berada SK RT kemiding akan menjadi pengalaman yang paling
indah dalam hidup kalian. Kami warga SK RT kemiding sentiasa mendoakan anak-anak
Sk RT kemiding Berjaya dalam hidup jangan mudah berputus asa, tingkatkan jati
diri jika melangkah ke alam sekolah menengah dan jadilah manusia yang berguna
suatu hari nanti insyaAllah.

Dengan berakhirnya acara tadi . maka tiba masanya untuk kami selaku pengendali
majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon
ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami
mengendalikan majlis ini.

Majlis berakhir penuh syafaat


Menjadi ingatan sepanjang zaman
Amalan sepakat membawa berkat
Hidup beramal bertunjang iman.

Kalau ada jarum yang patah


Banyak kain tidak berjahit
Kalau ada silap dan salah
Jangan jadikan kenangan pahit

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu
wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.

Sekian wabillahi taufikwalhidayah assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh


Bacaan Doa
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia, salam Perak
Aman Jaya dan Salam SK Kota Setia Terus Maju.

Kuntum melati tumbuh melata


Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Sayang selasih berisi minyak,


Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.

Yang Berbahagia Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul Samad,


Isteri Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani dan ahli BAKTI

Yang Berusaha En Abdul Karim b. Munok


Guru Besar SK Kota Setia

Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK Kota Setia

Yang Berusaha Cik Noorsalmi bt Shaari


Penolong Kanan Pentadbiran SK Kota Setia

Yang Berusaha Pn. Rozita bt Abas


Penolong Kanan Hal-ehwal Murid

Yang Berusaha En. Kamarulnizam b. Marzuki


Penolong Kanan Kokurikulum

Ketua-ketua Jabatan,

Guru-Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

Dif-dif jemputan

Para ibu bapa, guru-guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.
Selamat datang ke :

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah, SK Kota Setia tahun 2013.
Saya Harif Fadzilah b. Othman

Dan saya Norsyuhada bt. Humari

Izinkan kami mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya
maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan kejayaan anak-anak kita
dalam bidang pelajaran.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian kerana sudi
menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada Yang Berbahagia Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul
Samat kerana sudi meluangkan masa menghadirkan diri ke majlis kami ini. Ucapan terima kasih juga
kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada anak-anak dan
pihak sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati Allah. Insya Allah.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah
tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Ahmad b. Awang. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

Syuhada

Persembahan Tahun 4 dan Tahun 5


Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Ahmad b.
Awang atas bacaan doa itu tadi.

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Dari Kota Setia ke negeri Perlis,


Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Dengan itu pihak majlis mempersilakan Murid-murid tahun 4 dan tahun 5 membuat persembahan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

************(Persembahan)

Terima kasih kepada murid-murid tahun 4 dan tahun 5 yang membuat persebahan sebentar tadi.
Untuk makluman hadirin sekalian, Kumpulan ini dibawah bimbingan Pn. Ida rohayu bt. Husin dan Cik
Norsalmi bt. Shaari.

Majlis diteruskan dengan menjemput yang dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor, YDP PIBG
untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

************(Ucapan YDP.)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd
Nor selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa Dan Guru-guru Sekolah Kebangsaan Kota Setia atas
ucapan tersebut.

Kini, majlis mempersilakan pula Yang Berusaha En. Abdul Karim b. Munok, Guru Besar SK Kota Setia
untuk menyampaikan ucapan . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

************(Ucapan GB.)

Terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan tadi.

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berbahagia Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul Samat, isteri
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan ahli BAKTI untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan & Graduasi Prasekolah bagi seisi 2013 SK
Kota Setia. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

***********(Ucapan Perasmi)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia
Datin, atas ucapan dan perasmian majlis itu tadi.
Diharapkan dengan ucapan sebentar tadi dapat memberi semangat dan dorongan kepada kita untuk
bersama-sama membantu pihak sekolah bagi melahirkan modal insan yang berguna kepada agama,
bangsa dan negara. Bak kata pepatah Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.

Hadirin yang dihormati,


Sebagai tanda ucapan terima kasih pihak sekolah kepada Yang Berbahagia Datin Hajjah Rohkiah bt.
Abdul Samat, majlis menjemput Tuan Guru Besar En. Abdul Karim b. Munok, diiringi Cik Noorsalmi
bt. Shaari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran naik ke pentas bagi menyampaikan cederahati kepada
perasmi.

Sekali lagi dijemput Yang Berbahagia Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul Samat untuk naik ke pentas
bagi menerima cenderahati dari pihak sekolah.

Terima kasih tuan guru besar yang sudi menyampaikan cenderahati.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini, marilah bersama-sama kita menyaksikan persembahan
daripada murid-murid Tahap 1. Dipersilakan.

************(Persembahan).

Hariff

Penyampaian sijil dan hadiah prasekolah

Terima kasih kepada murid-murid tahap 1 yang telah membuat persembahan sebentar tadi. Kumpulan
ini dibimbing oleh Pn. Norsyuhada bt. Humari

Hadirin yang dihormati,

Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih yang berterusan. Usaha yang tidak
mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang
berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ia akan menjadi pencetus semangat untuk terus
berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.

Berkat rimbunnya si pokok jati,


Tempat burung selalu bertemu;
Sekali hidup biarlah bererti,
Isikan akal dengan ilmu

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil graduasi kepada murid-murid prasekolah.

Untuk itu majlis menjemput Yang Berbahagia Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul Samatdengan
diiringi oleh Cik Noorsalmi bt. Shaari untuk menyampaikan sijil graduasi kepada murid-murid
Prasekolah.
Dipersilakan.
. (Penyampaian hadiah)
1. Sijil tamat Prasekolah 2013

Terima kasih Yang Berbahagia Datin kerana telah menyempurnakan penyampaian sijil graduasi
kepada murid-murid prasekolah.

Majlis seterusnya adalah Anugerah Prasekolah. Untuk itu dijemput Yang Dihormati En. Mohd Azahari
b. Hj Mohd Nor, Yang Dipertu PIBG SK Kota Setia dengan diiringi oleh En. Kamarulnizam b. Marzuki,
PK Kokurikulum.
Dipersilakan.
1. Anugerah Tunjang terbaik
2. Anugerah Kehadiran tertinggi
3. Anugerah Penabung terbanyak
4. Anugerah Pelajar cemerlang prasekolah

Syuhada
Penyampaian hadiah akademik

Terima kasih En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor kerana telah menyempurnakan penyampaian hadiah
untuk murid-murid prasekolah.

Acara yang seterusnya adalah penyampaian hadiah akademik kepada murid-murid.

Untuk itu majlis menjemput .. diiringi oleh


ke atas pentas untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.
(Penyampaian hadiah)

1. Hadiah akademik terbaik


2. Hadiah dan sijil lonjakan prestasi
3. Hadiah matapelajaran terbaik

Hariff

Persembahan prasekolah

Terima Kasih ..................................................................... kerana sudi menyampaikan hadiah.

Majlis penyampaian hadiah dihentikan buat seketika bagi menikmati satu persembahan
iaitu Persembahan murid-murid Prasekolah. Dipersilakan.

.. (Persembahan)
Tepukan yang gemuruh untuk anak-anak kita yang telah membuat persembahan sebentar tadi.
Kumpulan ini dibawah bimbingan Pn. Rosnani bt. Saad dan Pn. Siti Hajar bt. Timar, dibantu oleh ibu
Zaleha dan ibu Rumiyati.

Majlis Anugerah Kemerlangan SK Kota Setia diteruskan lagi dengan penyampaian sijil kepada murid-
murid.

Untuk itu dijemput ........................................................................ untuk menyampaikan sijil kepada murid-


murid yang banyak membantu pihak sekolah. Dipersilakan.

.......................................... (penyampaian hadiah)


1. Sijil Pengawas sekolah
2. Sijil Pengawas Pusat Sumber
3. Sijil Ketua & penolong ketua kelas
4. Sijil Pengawas kedai buku
5. Sijil Kehadiran Cemerlang 2013

Syuhada

Anugerah Khas
Terima Kasih ..................................................................... kerana sudi menyampaikan hadiah.

Majlis Anugerah Kemerlangan SK Kota Setia diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Khas.

Dijemput .............................................................................. untuk menyampaikan Anugerah tersebut.


Dipersilakan.

.......................................... (penyampaian Anugerah)


1. Tokoh Akademik
2. Tokoh Kokurikulum
3. Anugerah Sahsiah Terpuji
4. Tokoh Nilam

Terima Kasih ............................................................. kerana sudi menyampaikan Anugerah.

Majlis Anugerah Kecemerlangan diteruskan lagi dengan satu persembahan khas yang akan
dipersembahkan oleh murid-murid tahun 6. Dipersilakan....

. (Persembahan)

Hariff

Penutup
Tepukan yang gemuruh untuk anak-anak kita yang telah membuat persembahan sebentar tadi.
Persembahan tersebut mungkin merupakan persembahan terakhir mereka di sekolah ini kerana mulai
tahun hadapan mereka akan melangkah ke sekolah menengah. Kumpulan ini dibimbing oleh Pn.
Norafilah bt. Yahya.

Hadirin yang dihormati....

Selesai sudah Majlis Anugerah Kemerlang & Graduasi Prasekolah SK Kota Setia pada kali ini....ucapan
tahniah buat adik-adik yang telah berjaya...diharapkan kecemerlangan ini akan diteruskan lagi di
tahun yang akan datang....

Buat anak-anak yang berjaya terimalah serangkap pantun dari cikgu...

Bintang tujuh sinar berseri,


Bulan purnama datang menerpa;
Ajaran guru hendaklah dicari,
Mana yang dapat janganlah lupa.

Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf dari meja pengacara sekiranya ada terkasar bahasa,
terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya, yang terbaik itu
datangnya daripada Allah s.w.t. yang kekurangan itu adalah kelemahan kami.

Kalau ada sumur di ladang


Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Tahun hadapan kita berjumpa lagi

Sekian, tarima kasih.....


assalammualaikum

Anda mungkin juga menyukai