Anda di halaman 1dari 5

Para hadirin sekalian.

Majlis akan dimulakan sebentar lagi. Sukacita sekiranya para hadirin mengambil tempat masing-masing.

Terima kasih

Para hadirin diminta untuk berdiri. **** tunggu signal dari atas ****

Mengumumkan ketibaan jemputan khas Yang Dihormati ……………, ……………………..

Hadirin sekalian,

PERARAKAN MASUK KE DEWAN PARA PELAJAR TING 5 SFC, dan diikuti oleh para jemputan khas
yang diringi oleh Pengetua SFC, bersama dengan barisan guru SFC……...

Hadirin dipersilakan untuk terus berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu Negaraku, lagu Sabah Tanah
Airku dan lagu Sekolah.

Hadirin dipersilakan duduk.

Bismillahhirraahmaannirrahim. Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

YANG Berbahagia Datuk Hajah Aminah Ambrose


Presiden Alumni SMK SFC

Yang Berusaha, Pn Chong Shat Muai


Pengetua SM St Francis Convent

Yang Dihormati Pn. Farhana Mardhiah Abdullah


Penolong Pegawai Pendidikan Daerah KK

Yg Dihormati Pn. Mary Gomez


Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah

Yg Dihormati Pn Alison Creena Wong


Wakil YDP PIBG SMK SFC

Para ibubapa dan ahli keluarga, para guru, para pelajar yang diraikan serta sidang hadirin sekalian.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan diatas kehadiran Yg Dihormati ………………… kerana


sudi bersama-sama memeriahkan upacara Majlis Konvokesyen Ting 5 SFC 2015. Syukur kita ke hadrat
Tuhan kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya maka upacara pada pagi ini dapat dilangsungkan.

Bagi memulakan majlis kita pada hari ini, majlis menjemput wakil pelajar tingkatan 5,
…………………… untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

Terima Kasih diucapkan kepada …………………. atas ucapan itu tadi.

Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Chong Shat Muai, Pengetua SFC untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan beliau.
Dengan segala hormatnya dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Pn Pengetua di atas ucapan alu-aluan sebentar tadi

Para hadirin sekalian.

Majlis diteruskan dengan mempersilakan Yang Berbahagia Datuk Hajah Aminah Ambrose untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis konvokesyen pelajar tingkatan 5 SFC 2015. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan

Majlis merakamkan ucapan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk
diatas ucapan dan merasmikan majlis yg penuh gemilang ini.

Sebagai tanda penghargaan, majlis menjemput Pengetua Sekolah, Pn Chong Shat Muai untuk
menyampaikan cenderakenangan kepada Yang Berbahagia Datuk Hajah Aminah Ambrose selaku perasmi
kita pada pagi ini. Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Pn Pengetua dan juga Yg Berbahagia Datuk

Para hadirin yang dihormati sekalian

Kita telah sampai ke kemuncak majlis pada hari ini iaitu upacara penyampaian profil kepada para
graduan. Dengan ini,

dijemput wakil pelajar tingkatan 5 Pendidikan Seni Visual AUDREY MATURIN untuk menyampaikan
ucapannya.

Dipersilakan

Terima kasih AUDREY MATURIN

Majlis menjemput guru kelas bagi tingkatan 5 Pendidikan Seni Visual PN NUR SYUHAIDA AB
HALIM untuk menyampaikan watikah

Dengan segala hormatnya, dipersilakan

Terima kasih cikgu

Seterusnya, dijemput wakil pelajar tingkatan 5 Perdagangan VALERINA VALERIAN untuk


menyampaikan ucapannya.

Dipersilakan

Terima kasih VALERINA VALERIAN

Majlis menjemput guru kelas bagi tingkatan 5 Perdagangan EN. MADZLAN KANAN untuk
menyampaikan watikah

Dengan segala hormatnya, dipersilakan

Terima kasih cikgu

Majlis diteruskan dengan menjemput wakil pelajar tingkatan 5 Sains Teknologi NUR HANIS SYAHIRA
untuk menyampaikan ucapannya.
Dipersilakan

Terima kasih NUR HANIS SYAHIRA

Majlis menjemput guru kelas bagi tingkatan 5 Sains Teknologi EN RAHMAN RAMLI untuk
menyampaikan watikah

Dengan segala hormatnya, dipersilakan

Terima kasih cikgu

Majlis mempersilakan wakil pelajar tingkatan 5 Sains Tulen 2 IVY JIMLI untuk menyampaikan
ucapannya.
Dipersilakan

Terima kasih IVY JIMLI

Majlis menjemput guru kelas bagi tingkatan 5 Sains Tulen 2 PN FELICITY FLAVIANNEY untuk
menyampaikan watikah

Dengan segala hormatnya, dipersilakan

Terima kasih cikgu

Seterusnya, dijemput wakil pelajar tingkatan 5 Sains Tulen 1 VANESSA LYA untuk menyampaikan
ucapannya.

Dipersilakan

Terima kasih VANESSA LYA

Majlis menjemput guru kelas bagi tingkatan 5 Sains Tulen 1 EN SAW SEONG MOH untuk
menyampaikan watikah

Dengan segala hormatnya, dipersilakan

Terima kasih cikgu

Untuk menyempurnakan majlis, dengan segala hormatnya majlis menjemput Yang Berbahagia Datuk
Hajah Aminah Ambrose dengan diiringi oleh Pengetua, Puan Chong Shat Muai untuk menyampaikan
profil kepada para graduan.

Majlis mempersilakan.

Mengumumkan nama-nama pelajar bagi tingkatan 5 Pendidikan Seni Visual/ 5 Perdagangan/ 5 Sains
Teknologi/ 5 Sains Tulen 2/ 5 Sains Tulen 1… (BACA SENARAI NAMA)

Majlis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk Hajah Aminah Ambrose di
atas kesudiannya untuk menyampaikan profil sebentar tadi.

Para hadirin sekalian.

Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Pengetua SMKSFC bagi tahun 2015.
Pemenang bagi anugerah ini telah memperoleh pencapaian yang amat membanggakan. Antara
pencapaian pelajar ini adalah: ***baca pencapaian***

Dengan ini majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn Chong Shat Muai, Pengetua SFC dengan
diiringi oleh Pn Goh Moi Hui, PK Pentadbiran untuk menyampaikan anugerah kepada pelajar yang
berjaya.

Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan


Para hadirin sekalian,

Penerima bagi Anugerah Pengetua SFC 2015 dianugerahkan kepada ………………………. daripada
kelas 5…………….

Majlis ingin mempelawa ibu bapa ……………………. bersama-sama untuk naik ke pentas

Majlis merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada adik …………………. di atas penganugerahan ini.
Majlis juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Pn Pengetua kerana sudi
menyampaikan anugerah itu tadi.

Seterusnya merupakan penyampaian bagi Anugerah Kecemerlangan KoKurikulum SMKSFC tahun 2015

Berikut merupakan pencapaian pemenang anugerah pada kali ini. ***Baca pencapaian***

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Dihormati ……………………, dengan
diiringi oleh Pn Kuani Bt Kunat, PK Kokurikulum untuk menyampaikan anugerah kepada pelajar
berbakat ini.

Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan


Para hadirin sekalian,

Penerima bagi Anugerah Kecemerlangan KoKurikulum SMKSFC 2015 dianugerahkan kepada


…………………… daripada kelas 5………………

Majlis dengan segala hormatnya mempelawa ibu bapa …………… bersama-sama untuk naik ke pentas

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada adik ……………. di atas penganugerahan.

Ucapan terima kasih kepada Yang Dihormati ……………… kerana sudi menyampaikan anugerah itu
tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian

Anda diminta untuk berdiri bagi sama-sama menyanyikan Lagu Daughters of St. Francis

Sekian sahaja majlis kita pada hari yang berbahagia ini. Sekali lagi majlis merakamkan ucapan jutaan
terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk Hajah Aminah Ambrose serta para jemputan khas di atas
kesudian bersama-sama menyempurnakan majlis pada hari ini
Dan tidak ketinggalan juga, ucapan terima kasih ditujukan kepada semua hadirin terutamanya para
ibubapa yang sudi hadir meraikan majlis gemilang pada kali ini. Kepada para pelajar, sekalung
TAHNIAH diucapkan dan selamat maju jaya dalam menduduki peperiksaan SPM dan jua apa-apa bidang
yang diceburi pada masa hadapan.

Dengan ini, Pihak majlis menjemput para jemputan khas, para ibubapa dan para guru untuk menikmati
jamuan yang telah disediakan. Selamat menjamu selera.

Sekian. Wabillahit taufiq walhidayah wassalaamualaikum wmt

Perhatian kepada semua pelajar dan guru2 kelas, sesi fotografi akan diadakan selepas ini. Para pelajar
diminta untuk mengambil tempat bagi sesi fotografi ini.

Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai