Anda di halaman 1dari 4

Teks MC

Majlis Apresiasi dan Jamuan Akhir Tahun Tingkatan 5 Tahun 2023

Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim

Hari : Khamis

Tarikh : 04.01.2024

Tempat : Hotel EDC, UUM

MASA PERKARA

8.00pm Kata-kata aluan

Sireh berlipat sireh pinang,


Sireh dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

-SALUTASI-

Yang Berusaha Cikgu Zuraisham Bin Che Azmi, Pengetua SM Sultan Abdul Halim.

Yang dihormati, Cikgu Wan Zainon Binti Ton Harun, Penolong Kanan SM Sultan
Abdul Halim.

Yang dihormati, Cikgu Wan Muhammad Nasri Bin Wan Ab Rahman, Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid, SM Sultan Abdul Halim.

Yang dihormati, Ustaz Mohd Yusfadzillah Bin Mohd Yusoff, Penolong Kanan
Kokurikulum SM Sultan Abdul Halim.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya dapatlah
sama-sama kita berkumpul bagi menjayakan Majlis Apresiasi dan Jamuan Akhir
Tahun Tingkatan 5 SM Sultan Abdul Halim bagi tahun 2023.

8.15pm Bacaan doa

Bagi menambah keberkatan majlis pada hari ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh
…………………………………………………….

Majlis mempersilakan.

-BACAAN DOA-

Amin, amin Ya Rabbal Alamin.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas bacaan doa itu tadi.

8.20pm Ucapan Wakil Pelajar

Tanpa membuang masa, majlis dengan segala hormatnya menjemput


…………………………………………………………………… wakil pelajar
Tingkatan 5 bagi menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

-UCAPAN-

Terima kasih atas ucapan itu tadi.

8.30pm Ucapan Wakil Penyelaras

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput


…………………………………………………………………… wakil penyelaras
Tingkatan 5 bagi menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

-UCAPAN-

Terima kasih atas ucapan itu tadi.


8.45pm Ucapan Pengetua

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Cikgu


Zuraisham Bin Che Azmi untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan

-UCAPAN-

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada di atas ucapan itu tadi.

9.00pm Ucapan Pengetua

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha


……………………………………………………………… menyampaikan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

-UCAPAN-

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada di atas ucapan itu tadi.

9.15pm Jamuan Makan

Tanpa membuang masa, kini sampailah kita ke acara kemuncak iaitu Jamuan Makan
Malam. Dengan itu dijemput sekali lagi saudara ………………………………………
untuk membacakan doa makan.

-Bacaan doa makan -

Dijemput semua menjamu selera.

9.45pm Penyampaian Sijil

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil. Dengan segala hormatnya dijemput
Yang Berusaha ………………………………………………………………………
untuk menyampaikan sijil.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

10.00pm Persembahan Pelajar


Tanpa membuang masa, kini tibalah ke acara yang ditunggu-tunggu iaitu
persembahan daripada pelajar.

Dengan itu, dijemput …………………………………………………….. untuk


membuat persembahan.

10.30pm Majlis bersurai

Hadirin yang dihormati sekalian,

Dengan berakhirnya persembahan sebentar tadi, maka berakhirlah majlis kita pada
hari ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa,


Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disususn maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali.

Kita akhiri majlis kita dengan tasbih kaffarah dan surah Al-Asr

Sekian, wabillahittaufiq walhidah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai