Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL TAHUN 2023 BERSAMAAN 1445 HIJRAH

CUE & MASA PENGACARA

PERSEDIAAN
MAJLIS Diminta hadirin mengambil tempat masing-masing kerana majlis akan dimulakan
sebentar lagi.
9.30AM

Sidang hadirin yang dihormati,

BACAAN ASMAUL
Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya mengalunkan bacaan ASMAUL
HUSNA, SELAWAT
HUSNA, SELAWAT NURANIYYAH DAN SELAWAT TAFRIJIYYAH dengan bimbingan
NURANIYYAH
daripada Ustazah Fadzilah binti Ibrahim.
DAN SELAWAT
TAFRIJIYYAH
…………………………………………………
9.30 AM
Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan ASMAUL HUSNA, SELAWAT
NURANIYYAH DAN SELAWAT TAFRIJIYYAH itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

KATA-KATA Bismillahhirohmanirrohim…..
ALUAN
Alhamduliahi robbi ‘aalamin. Wassolatu wassalaamu’alaa asyrafil anbiyai wal
9.40AM mursalin. Wa’alaali wasohbihi ajmain. |

- Robbisrohli, Sodri,Wayassirli amri wahlul uqdatam minlisaani yafqohu qauli.

- Robbi yassir wala tuassir ya karim….Robbi tammim bikhoir….

Assalammualaikum w.b.t.

Majlis mengucapkan selamat datang ke sambutan Maulidur Rasul tahun 2023


bersamaan 1445 Hijrah.

Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi,

Dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,

Diucapkan puji-pujian, kepada Allah Rabbul Izzati,

Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi….


TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL TAHUN 2023 BERSAMAAN 1445 HIJRAH

Yang Berusaha,

Ustazah Fadzilah binti Ibrahim

Yang Berbahagia,

Barisan AJK Pengurusan Surau As Sakinah, Kuala Melaka.

Yang dihormati,

Muslimat Masjid Al-Huda,

Muslimat Surau Al-Falah Kg Lawer,

Muslimat Pengajian Al-Barokah Kg Ranggut

Muslimat Surau Al-Ehsan Perumahan Kedah Cement

Muslimat Surau Kg Paya

Muslimat Masjid Al-Falah Kg Padang Kandang’

Muslimat Masjid Al-Istiqamah Kuala Teriang

Dan seterusnya hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan


yang maha Agung kerana dengan limpah dan kurniaNya, maka kita diberikan
luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan dan digerakkan minda
serta deria rasa untuk kita sama-sama berkumpul di Surau As-Sakinah, Kuala
Melaka di pagi yang indah ini, bagi meraikan Sambutan Maulidur Rasul Tahun 2023
bersamaan dengan 1445 Hijrah.

Kayu dibelah di tepi paya,


Sampai di baruh gelap gelita,
Lahirnya Rasulullah membawa cahaya,
Menerangi seluruh alam semesta.

Sampai di baruh gelap gelita,


Suram cahayanya di rumah bonda,
Menerangi seluruh alam semesta,
Dengan berkatnya kelahiran baginda.

Sesungguhnya, kelahiran Junjungan besar Nabi Muhammad S.W.A yang merupakan


Khatimul Anbia’ dinanti-nantikan oleh sekalian makhluk. Kelahiran Baginda
membawa sinar cahaya yang menerangi kegelapan jahiliah. Baginda memandu hati
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL TAHUN 2023 BERSAMAAN 1445 HIJRAH

dan jiwa dengan menjunjung Islam sebagai penunjuk arahnya.

Justeru, sambutan Maulidur Rasul bertujuan untuk menyuburkan rasa cinta dan
kasih kita kepada junjungan Rasullullah S.W.A dan bagi menzahirkan syiar Islam di
samping menguatkan semangat perpaduan dan silaturrahim sesama kita, selaras
dengan tema sambutan Maulidur Rasul tahun 1445 Hijrah iaitu “Perpaduan Teras
Malaysia Madani”.

Hadirin yang dihormati sekalian,

BACAAN AL- Majlis pada pagi ini, dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran yang akan
QURAN & disampaikan oleh Ustazah Hapishah binti Borhan dari Masjid Al-Istiqamah Kuala
TERJEMAHAN Teriang dan akan diterjemahkan oleh Puan Salmah binti Mohamad, dari Surau Al-
Falah Kg Lawer. Majlis mempersilakan……

9.45AM
Sodakollahhul’azim…

Terima kasih diucapkan kepada qari dan penterjemah atas bacaan ayat suci al-
Quran itu tadi.. Untuk makluman hadirin sekalian, bacaan yang diperdengarkan itu
tadi daripada surah ……………………………. Bermula ayat ……. Hingga ayat……………..

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian ,

Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan persembahan berzanji bertajuk ‘’Allahu
Allahu” yang akan disampaikan oleh kumpulan An-Najjah, dari Pengajian Muslimah
BERZANJI Masjid Al-Istiqamah Kuala Teriang… Dengan ini majlis mempersilakan……

9.55AM ………………………………………………..

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan An-Najjah, dari Pengajian Muslimah


Masjid Al-Istiqamah Kuala Teriang atas persembahan yang begitu merdu/
bersemangat.

SAJAK Hadirin sekalian,

10.00AM Persembahan seterusnya, terimalah sebuah sajak yang akan disampaikan oleh
Puan Fauzira binti Mat Dali/ Puan Fazura dari surau Al-Ehsan Perumahan Kedah
Cement. Dengan ini majlis mempersilakan……….

………………………………….. Terima kasih diucapkan kepada Puan Fauzira binti Mat Dali
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL TAHUN 2023 BERSAMAAN 1445 HIJRAH

kerana telah mendeklamasikan sajak dengan begitu baik/ indah sekali.

Hadirin sekalian ,

Majlis kita pada pagi ini diteruskan lagi dengan Persembahan nasyid yang akan
NASYID disampaikan oleh muslimah dari kelas Pengajian Masjid Al-Qadim, Padang
Matsirat. Marilah sama-sama kita mendengar halwa telinga ini.
10.05AM
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada muslimah dari kelas Pengajian
Masjid Al-Qadim, Padang Matsirat atas persembahan/ dendangan nasyid yang
begitu merdu sekali.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian ,

UCAPAN ALUAN Bagi memulakan bingkisan ucapan, dan ,merasmikan Program Maulidur Rasul
DAN PERASMIAN anjuran Pengajian Ummu Sulaim, majlis dengan segala hormat dan sukacitanya
PEMBUKAAN mempersilakan wakil dari Surau As-Sakinah, Kuala Melaka iaitu Encik Bakar bin
PROGRAM Adam.
MAULIDUR
RASUL ………………………………

10.15AM Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Encik Bakar bin Adam kerana sudi
memberikan sedikit ucapan dan merasmikan Program Maulidur Rasul anjuran
Pengajian Ummu Sulaim.

Siddiq, Amanah, tabliq, fatonah,


Sifat terpuji Al -Fadhil Ustaz Haizat bin Saad,
CERAMAH Menjaga pekerti mengamalkan sunnah.
MAULIDUR
RASUL Hadirin dan hadirat sekalian,

10.30-11.30AM BIODATA USTAZ HAIZAT BIN SAAD

Al -Fadhil Ustaz Haizat bin Saad, berasal dari …….

Majlis Maulidur Rasul 1445 Hijarah ini diteruskan lagi dengan ceramah daripada
penceramah jemputan kita. Oleh itu, marilah kita sama-sama meminjamkan
sebentar mata, telinga dan hati kita agar ilmu yang bakal disampaikan dapat kita
hayati dan bermanfaat untuk kita bersama. Sehubungan dengan itu, majlis dengan
penuh takzim mempersilakan, Al-Fadhil Ustaz Haizat bin Saad untuk
menyampaikan ceramah. Dipersilakan.

……………………………………………………………………..
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL TAHUN 2023 BERSAMAAN 1445 HIJRAH

Demikian tadi pengucapan yang telus lagi kudus, penuh dengan pengajaran jua
teladan. Semoga apa yang telah disampaikan tadi, dapat menambah ilmu dan
dijadikan amalan dalam hidup kita seharian. Majlis merakamkan jutaan terima
kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Haizat bin Saad.

Hadirin yang dihormati,

1. Sebagai tanda penghargaan daripada pihak majlis, majlis menjemput


wakil AJK surau As-Sakinah, Encik Bakar bin Adam diiringi oleh Ustazah
Fadzilah binti Ibrahim untuk menyampaikan cenderahati kepada yang
berbahagia Al- Fadhil Ustaz Haizat bin Saad.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Bakar bin Adam di atas
penyampaian cenderamata itu tadi.

PENYAMPAIAN
CENDERAHATI 2. Seterusnya, dijemput Ustazah Fadzilah binti Ibrahim untuk menyampaikan
cenderahati tanda penghargaan dan terima kasih buat Encik Bakar bin
Adam, wakil AJK surau As-Sakinah.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustazah Fadzilah binti Ibrahim
kerana sudi menyampaikan cenderamata itu tadi.

*Majlis juga menjemput Al- Fadhil Ustaz Haizat bin Saad diiringi oleh Encik Bakar
bin Adam untuk menikmati jamuan yang disediakan.

Hadirin dan Hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

TAZKIRAH Bagi memberkati majlis pada pagi/ tengah hari yang penuh barokah ini, majlis
RINGKAS & DOA dengan segala hormatnya mempersilakan Ustazah Fadzilah binti Ibrahim selaku
PENUTUP guru pembimbing kelas pengajian Ummu Sulaim untuk menyampaikan tazkirah
ringkas Maulidur Rasul , membaca doa penutup majlis serta mengetuai bacaan
selawat.

PENYAMPAIAN Hadirin sekalian, Tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua iaitu acara
CENDERAHATI penyampaian hadiah/ cenderahati serta cabutan bertuah.
DAN CABUTAN
BERTUAH Bagi pertandingan perarakan maulidur rasul tempat keempat jatuh kepada
………………………….

Tempat ketiga, tempat kedua, Johan pertandingan perarakan maulidur rasul jatuh
kepada………………………………………
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL TAHUN 2023 BERSAMAAN 1445 HIJRAH

Baik, untuk cabutan bertuah No. 2…..

*Semua tetamu juga akan diberikan cenderahati…

Alhamdulillah, dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderahati dan cabutan


bertuah itu tadi, maka sempurnalah sudah majlis sambutan maulidur rasul kita bagi
tahun 1445 Hijrah.

Bunga Seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai kata tersalah bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Hadirin sekalian,

Majlis kita telah sampai ke penghujungnya. Saya mewakili pihak majlis, ingin
EDARAN MAKAN
mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada semua
TENGAHARI &
pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan majlis
sambutan Maulidur rasul ini.
BERSURAI

Dikesempatan ini juga, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan
silap sepanjang mengacarakan majlis ini.

Pihak majlis menjemput dan mempersilakan semua tetamu/ muslimah untuk


mengambil makanan yang telah disediakan.

Sekian, wabillahhitaufik walhidayah, assalammualaikum wbt……

Anda mungkin juga menyukai