Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

CUE ANN.

KETIBAAN Mengumumkan ketibaan Yang dihormati GB dan Pk

SALUTASI Assalammualaikum w.b.t. Salam Sejahtera.

Yang berusaha,
Pn Rohana Bt Abdullah
Guru Besar SKCSS

Yang dihormati,
Puan Hamidah bt Md Nor
Penolong Kanan Pentadbiran SKCSS

Pn Niziani bt Jusoh
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Barisan guru-guru seterusnya murid-murid yang dikasihi.

Hadirin yang dirahmati,


KATA-KATA ALUAN
PENGACARA Kayu dibelah di tepi paya,
Sampai di baruh gelap gelita,
Lahirnya Rasulullah membawa cahaya,
Menerangi seluruh alam semesta.

Sampai di baruh gelap gelita,


Suram cahayanya di rumah bonda,
Menerangi seluruh alam semesta,
Dengan berkatnya kelahiran baginda.

Sesungguhnya, kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.


yang merupakan Khatimul Anbia’ dinanti-nantikan oleh sekalian
makhluk. Kelahiran Baginda membawa sinar cahaya yang
menerangi kegelapan jahiliah. Baginda memandu hati dan jiwa
dengan menjunjung Islam sebagai penunjuk arahnya.

Justeru, sambutan Maulidur Rasul 1444 Hijrah ini merupakan satu


pembuktian cinta kita terhadap Baginda Rasulullah s.a.w. yang
tidak berbelah bahagi selain mengamalkan sunnah Baginda dan
menjadikan Rasulullah sebagai idola sepanjang zaman.

BACAAN DOA Para guru dan murid yang dihormati,

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, pihak majlis menjemput
dan mempersilakan, Al-Fadhil Ustaz Hakimullah untuk memimpin
bacaan doa. Majlis mempersilakan.

- Amin, amin ya Rabba; ‘alamin. Semoga bacaan doa


sebentar tadi memberikan kelancaran majlis kita pada hari
ini.
TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

CERAMAH Para guru dan murid,


MAULIDUR RASUL
Majlis diteruskan lagi dengan agenda utama majlis dengan
menjemput dan mempersilakan, Al-Fadhil PU Johani untuk tampil
bagi menyampaikan ceramah Maulidur Rasul. Majlis dengan penuh
takzimnya mempersilakan.

- Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz


atas penyampaian ceramah yang sungguh bermanfaat
sebentar tadi. Semoga semua guru dan murid dapat
mengambil ibrah dan tarbiah daripada ceramah yang
disampaikan sebentar tadi.

PERSEMBAHAN Para hadirin yang dikasihi,


NASYID Alangkah molek majlis kita andai diserikan dengan persembahan.
Untuk itu, pihak majlis menjemput dan mempersilakan, Ustaz Wan
Najib bin Wan Anuar untuk menyampaikan persembahan dua buah
lagu iaitu, Ya Rasulullah dan Perkhabaran Yang Pasti. Majlis
mempersilakan.

- Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz atas


persembahan yang menarik sebentar tadi.

PENYAMPAIAN Hadirin dan hadirat yang dihormati,


HADIAH
Kini, tibalah kita ke acara penyampaian cenderahati dan hadiah.
Untuk menyempurnakannya, pihak majlis berbesar hati menjemput
dan mempersilakan Yang Berusaha, Pn Rohana Bt Abdullah, Guru
Besar Sekolah SKCSS diiringi Puan Hamidah dan Pn Niziani,
Penolong Kanan Pentadbiran untuk tampil ke pentas utama.
Dipersilakan.

Seterusnya, dijemput Ustaz Abdul Mahfuz bin Abdul Mubin untuk


tampil menerima cenderahati. Majlis mempersilakan.

Bagi pertandingan perarakan dan sepanduk sempena Sambutan


Maulidur Rasul peringkat SKCSS diumumkan pemenang Tempat
kelima,
Tempat keempat
Tempat ketiga
Naib Johan
Johan

(Penyampaian hadiah pertandingan selawat)

Seterusnya, pihak majlis menjemput dan mempersilakan Kumpulan


Kompang Sekolah Kebangsaan Kota Masai untuk naik ke pentas
bagi menerima cenderahati.

Dan, majlis menjemput Ustaz Wan Muhammad Najib bin Wan


Anuar untuk tampil menerima cenderahati. Dipersilakan.
TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

- Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan


Guru Besar atas kesudian menyampaikan cenderahati dan
hadiah sebentar tadi.

BERSURAI Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Dengan itu, berakhirlah majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat


Sekolah SKCSS pada hari ini. Pihak majlis menjemput dan
mempersilakan para guru dan murid untuk menikmati juadah yang
disediakan. Mohon tindakan guru kelas untuk mengagihkan
makanan kepada murid-murid.

Sekian, Assalammualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai