Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

1444 HIJRAH/2022

KETIBAAN Mengumumkan ketibaan tetamu jemputan untuk mengambil


TETAMU tempat.
Dipersilakan.

UCAPAN
ALUAN MC

Assalamualaikum WBT, dan Selamat sejahtera saya ucapkan.

Yang berusaha, Shakeel


Puan Hajah Mariam Binti Muda
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kiaramas

Yang Dihormati,
Ustaz Noh Azzaki bin Zainal
Penolong Pengarah
Unit Pembangunan Adab dan Nilai
Sektor Pendidikan Islam
JPWPKL.

Yang dihormati,
En Mohamed Salim bin Ibrahim
Yang dipertua PIBG Sekolah Kebangsan Kiaramas,

Yang dihormati guru-guru penolong kanan:

Puan Raba`ah binti Kadir,


Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

Puan Zarinom binti Md Noor


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Cik Aliza Alexander


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Seterusnya, guru-guru, serta semua warga SK Kiaramas yang


disayangi sekalian.

Pergi mencari buah bidara,


Terjumpa pula burung tempua;
Salam di beri pembuka bicara,
Selamat Datang untuk semua.
Hadirin sekalian,

Dari
dataran perhimpunan SK Kiaramas, mengalu-alukan kehadiran
hadirin sekalian ke
MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN MAULIDUR
RASUL 1444 HIJRAH bersamaan 2022 Masihi

merangkap perhimpunan rasmi Hari Isnin.

Saya Mohamed Shakeel bin Fahim

Dan saya Putra Adam Hayyqal bin Zulkefli

Izinkan kami mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.

Buah langsat di celah pohon,


BACAAN DOA Enak dimakan si anak rusa;
Tangan diangkat doa dipohon, Putra
Mohon berkat Yang Maha Esa.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dijemput


Muhammad Umar Bin Mohd Nadzir Untuk mengetuai
bacaan doa. Dipersilakan.

(Bacaan Doa)

Amin amin yarabbal alamin.


Terima kasih diucapkan kepada Muhammad Umar Bin
Mohd Nadzir di atas bacaan doa sebentar tadi.

NYANYIAN Majlis perhimpunan kita pada pagi ini diteruskan lagi sesi
LAGU nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Wilayah Persekutuan,
Lagu Sekolah Dan Lagu Sekolahku Sejahtera.
Diminta semua warga SK Kiaramas berdiri dengan tegak dan
menyanyikan lagu bersama-sama.
Shakeel
Negaraku
Wilayah persekutuan
Lagu sekolah
Sekolah ku sejahtera.

Bacaan ikrar Seterusnya di jemput Nur Amiena binti Afrizal selaku


pengawas yang bertugas untuk membacakan visi dan misi
sekolah serta ikrar rukun negara.

Bacaan Visi, Misi dan Ikrar Putra

Terima kasih diucapkan kepada Nur Amiena atas bacaan visi,


misi dan ikrar sebentar tadi.

Diminta murid tahap 1 duduk dengan senyap.


Murid tahap dua dan pengawas sekolah, sila duduk dengan
sopan dan senyap.
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
PENDAHULUAN
Pada pagi ini, kita berhimpun bagi tujuan sambutan
Maulidurrasul peringkat SK Kiaramas bagi tahun 2022
Masihi bersamaan 1444 Hijriah.

Kayu dibelah di tepi paya,


Sampai di baruh gelap gelita,
Lahirnya Rasulullah s.a.w membawa cahaya, Shakeel
Menerangi seluruh alam semesta.

Sampai di baruh gelap gelita,


Suram cahayanya di rumah bonda,
Menerangi seluruh alam semesta,
Dengan berkatnya kelahiran baginda.

Sesungguhnya, kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad


s.a.w. yang merupakan Khatimul Anbia’ dinanti-nantikan
oleh sekalian makhluk. Kelahiran Baginda membawa sinar
cahaya yang menerangi kegelapan jahiliah. Baginda
memandu hati dan jiwa dengan menjunjung Islam sebagai
penunjuk arahnya.

Justeru itu, sambutan Maulidur Rasul 1444 Hijrah ini dengan


tema “’Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”
merupakan satu pembuktian cinta kita terhadap Baginda
Rasulullah s.a.w. yang tidak berbelah bahagi selain
mengamalkan sunnah Baginda dan menjadikan Rasulullah
s.a.w sebagai idola sepanjang zaman.

Marilah kita bersama-sama berselawat ke atas Baginda agar


kita sama-sama mendapat syafaat daripada baginda.
-Selawat-
Hadirin sekalian,
Sambutan ini diisi dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan
oleh Panitia Pendidikan Islam SK Kiaramas. Antaranya
forum, pertandingan eidaie Cilik, kuiz termasuk untuk murid
dan guru bukan beragama islam. Mari kawan-kawan kita
sertai semua aktiviti sebagai tanda cinta kita kepada
Rasulullah s.a.w.
Hadirin yang dihormati sekalian,

UCAPAN GB Tanpa membuang masa, majlis mempersilakan Putra


Puan Hajah Mariam Binti Muda,
Guru Besar
SK kiaramas untuk memberikan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Ucapan Guru Besar)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Hajah


Mariam binti Muda di atas ucapan sebentar tadi.
UCAPAN Makan nasi di tepi bendang,
PERASMI
Bersambal tumis ikan bilis,
Datanglah tuan kami mengundang,
Tampil ke depan merasmi majlis.
Shakeel
Meneruskan acara, Majlis dengan penuh takzimnya
menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati Ustaz Noh
Azzaki bin Zainal,
Penolong Pengarah,
Unit Pembangunan Adab dan Nilai,
Sektor Pendidikan Islam JPWPKL,
untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1444 hijrah 2022
masihi peringkat SK Kiaramas.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan.

(Ucapan Perasmian YDP)

Majlis sekali lagi, menjemput Ustaz Noh Azzaki bin


Zainal untuk melaksanakan gimik pelancaran.
Dipersilakan.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada , Ustaz Noh
Azzaki bin Zainal, di atas ucapan perasmian dan melakukan
gimik pelancaran sebentar tadi.
PERSEMBAHA Hadirin sekalian,
N NASYID
Warna biru sibunga telang;
Dihinggap pula lebah muda,
Saat yang dinanti telahpun datang Putra
Persembahan nasyid akan bermula.

Majlis kita akan diserikan lagi dengan persembahan Nasyid


dari kumpulan Shoutil Mukminin yang bertajuk Rasul
Junjungan.
Dengan itu, majlis mempersilakan.

(Persembahan Nasyid)

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli kumpulan


Shoutul Mukminin. Untuk makluman hadirin sekalian,
persembahan nasyid itu tadi di bawah bimbingan Ustaz Mohd
Amin, Tuan Syed Anwar, juga Puan Che Qamarina dan
Encik Rusdy.

SESI Majlis akan diteruskan dengan penyampaian Piala Pusingan


PENYAMPAIA Kelas Terbersih. Diminta semua ketua kelas bersedia. Mana
N Piala Pusingan tahu, mungkin kelas anda yang akan menang..
Shakeel
Dengan itu, majlis menjemput
Puan Hajah Mariam binti Muda diiringi oleh
Pn Zarinom Binti Md Noor bagi menyampaikan
Piala Pusingan Kelas terbersih minggu lepas.
Dipersilakan.

Kelas terbersih tahap 1 dimenangi oleh kelas _____


Tahap 2, kelas terbersih dimenangan oleh kelas ____

Diminta Puan Hajah Mariam binti Muda kekal sebentar di


atas pentas.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Puan Mariam binti Muda dan Pn Zarinom Binti Md
Noor di atas kesudian menyampaikan Piala Pusingan kelas
tersebersih sebentar tadi.

SESI Majlis meneruskan acara iaitu penyampaian hadiah kepada


PENYAMPAIA para pemenang Pertandingan Senam Sihat Tahun 6 yang telah
N SENAM TARI bertanding pada 12 Oktober yang lalu.

Dengan itu, majlis sekali lagi menjemput Puan Hajah


Mariam binti Muda diiringi oleh Puan Rabaah Binti Putra
Kadir
Bagi menyampaikan hadiah.
Majlis mempersilakan.

Pemenang Pertandingan Senam Sihat


Hadiah saguhati
Dimenangi oleh kelas _______ dan kelas ______

Tempat ketiga dimenangi oleh kelas ______

Johan dimenangi oleh kelas ______

Dan naib johan dimenangi oleh kelas ______

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Puan Hajah Mariam binti Muda dan Puan
Rabaah Binti Kadir di atas kesudian
menyampaikan hadiah kepada para pemenang sebentar tadi.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid tahun 6
yang terlibat.
Hadirin sekalian,
PENYAMPAIAN
CENDERAMATA Kelip-kelip ku sangkan api,
cahayanya bersinar terang-benderang;
HAdiah diberi seikhlas hati,
Sebagai tanda kenang-kenangan.
Shakeel
Seterusnya, majlis menjemput Puan Hajah Mariam

Binti Muda bagi menyampaikan cenderamata

kepada Ustaz Noh Azzaki bin Zainal sebagai


tanda penghargaan. Dipersilakan.

(penyampaian cenderamata)

Dijemput

Ustaz Noh Azzaki bin Zainal untuk menerima


cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan.

(penyampaian cenderamata)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada

Puan Hajah Mariam Binti Muda di atas kesudian

menyampaikan cenderamata sebentar tadi.

Serta majlis merakamkan jutaan terima kasih

kepada Ustaz Noh azzaki bin Zainal kerana sudi hadir bagi
merasmikan majlis pelancaran sambutan Maulidurrasul pada
hari ini.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

PENUTUP
Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata

sebentar tadi, maka majlis sudah sampai ke

penghujungnya. Putra

Inilah yang dikatakan,

umpama belayar telah sampai di pelabuhan

Umpama berkayuh telah sampai di muara

Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Harum baunya Si bunga cengkih

Dibawa orang dari ambon

Buang yang keruh ambil yang jernih

Jari disusun kemaafan dipohon.


Kutanam-tanam padi seladang

Malang nasibku lalang yang jadi

Andai ada masa terluang

Salam hormat berjumpa lagi.

Dikesempatan ini juga, kami seluruh warga kerja

program sambutan Maulidur rasul ingin

merakamkan sekalung penghargaan dan terima

kasih kepada semua yang terlibat secara

langsung atau tidak langsung dalam

menjayakan program ini.

Kami berdua di sini, juga selaku pengerusi majlis

memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan

silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Dijemput Puan Hajah Mariam binti Muda mengiringi


Ustaz Noh Azzaki bin Zainal serta tetamu jemputan ke
kantin untuk menikmati sedikit juadah, jamuan ringan yang
disediakan. Di persilakan.

Sekian, Wibillahitaufiq wal hidayah

wassalamualaikum warah matullahiwabarakatuh.

Majlis bersurai

Anda mungkin juga menyukai