Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARAAN

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2022

“GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA”

BIL PERKARA SKRIP CATATAN


1 PERSEDIAAN Hadirin dipersilakan untuk mengambil tempat duduk ADAM
MAJLIS masing-masing kerana majlis akan dimulakan sebentar
lagi.

Apabila dif-dif jemputan diumumkan untuk berarak


masuk, hadirin diminta untuk memberikan tepukan
yang gemuruh.

2 KETIBAAN Mengumumkan perarakan masuk dif-dif kehormat yang SOFIA


TETAMU paling diraikan pada hari ini,
KEHORMAT/
PERARAKAN Yang Berusaha, Pengetua SMK Tiara Permai, Tn Hj
GURU Azman Bin Ab Kadir

Penolong Kanan Pentadbiran,


En Zainal Bin Cole,

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,


Pn Noora Binti Mohd Noor,

Penolong Kanan Kokurikulum,


Yang Mulia Raja Rosdi Bin Raja Daud,

Penyelaras PPKI,
Pn Nik Huda Nabilla Binti Mustapha dan barisan guru2
PPKI

Seterusnya,

Mempersilakan barisan guru dari Bidang Bahasa,


diketuai oleh Pn Mariani Binti Dollah,

Kemudian,
Barisan guru dari Bidang Sains dan Matematik, diketuai
oleh Pn Adidal Binti Zahari,

Barisan guru dari Bidang Teknik dan Vokasional,


diketuai oleh Pn Siti Normala Binti Hussin,

Dan akhir sekali, barisan guru dari bidang Kemanusiaan


yang diketuai oleh En Zainuddin Bin Zakaria

Untuk masuk ke dalam dewan.


3 NYANYIAN LAGU Hadirin diminta untuk berdiri bagi menyanyikan lagu ADAM
NEGARAKU, Negaraku, lagu Wilayah, dan lagu sekolah. (Queue–
LAGU WILAYAH music play.)
DAN LAGU
SEKOLAH
4 UCAPAN ALU- Hadirin semua dipersilakan duduk. SOFIA
ALUAN
PENGERUSI Ke Pekan Kuala membeli bingka,
MAJLIS Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Kami sembah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim…Assalamualaikum, salam
sejahtera, salam Keluarga Malaysia dan salam Setiara
Sentiasa Juara.

Yang paling diraikan pada hari ini,


barisan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tiara
Permai,

Yang berusaha,
Tuan Haji Azman bin Ab Kadir,
Pengetua SMK Tiara Permai,

Ayahanda Tn Hj Jamaluddin Bin Mohd Kasbi, Yang Di


Pertua PIBG, SMK Tiara Permai,

Encik Zainal Bin Cole,


Guru Penolong Kanan Pentadbiran.

Pn Noora binti Mohd Noor,


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Yang Mulia Raja Rosdi bin Raja Daud,


Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

Yang dihormati,

Barisan guru-guru kanan, Ahli jawatankuasa majlis, dan


rakan-rakan murid yang dikasihi sekalian.

Selamat datang ke MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU


SETIARA 2022 : GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA

5 PEMBUKA Mudik ke hulu mencari palas, ADAM


MAJLIS Buat ketupat di hari raya,
Jasa guru tidak terbalas,
Mendidik kami sehingga berjaya.

Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari


Guru di Malaysia sebagai penghargaan
kepada guru yang bertungkus lumus mendidik anak
bangsa ke arah kejayaan.

Peredaran zaman dan kemajuan teknologi tidak


pernah mengubah tugas dan jasa guru dalam
mendidik dan membekalkan ilmu kepada
seluruh murid.

Sehubungan dengan itu, bagi menggambarkan


pengiktirafan kepada jasa guru, tema Guru Tunjang
Sekolah Sejahtera telah dipilih oleh pihak KPM sebagai
tema sambutan Hari Guru pada tahun 2022.

6 BACAAN DOA Lebat kemiri pohonnya rendah, SOFIA


Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Bagi memberkati majlis kita pada petang ini, majlis


mempersilakan Muhammad Hadif Hazim Bin
Aisharulisham dari 5 STEM untuk memimpin bacaan
doa.

7 BACAAN Amin…Aminn …Ya rabbal alamin ADAM


PERUTUSAN
KPPM Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Hadif Hazim atas pimpinan bacaan doa itu tadi. Mudah-
mudahan majlis kita pada pagi ini mendapat rahmat
hingga ke penghujungnya.

Majlis dimulakan dengan menjemput Yang Mulia Raja


Rosdi Bin Raja Daud untuk membacakan perutusan
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

8 BACAAN Terima kasih diucapkan kepada Yg Mulia Raja Rosdi atas SOFIA
PERUTUSAN kesudian untuk membaca perutusan daripada Ketua
MENTERI Pengarah Pendidikan sebentar tadi.
PELAJARAN
Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan
menjemput Pn Adidal Binti Zahari untuk membacakan
perutusan Menteri Pelajaran. Dipersilakan.

9 UCAPAN WAKIL Terima kasih diucapkan kepada Pn Adidal atas kesudian ADAM
MURID SMK membaca perutusan daripada Menteri Pelajaran
TIARA PERMAI sebentar tadi.

Seterusnya, majlis menjemput wakil murid SMK TIARA


PERMAI, Rajeen Bin Zainul Alam dari 5 STEM untuk
memberikan ucapan sempena Sambutan Hari Guru
peringkat sekolah tahun 2022.

10 UCAPAN NYPD Terima kasih diucapkan kepada wakil murid kita, Rajeen SOFIA
PIBG SMK TIARA Bin Zainul Alam atas ucapan yang telah diberikan.
PERMAI
Berikutnya, majlis dengan segala hormatnya
menjemput Yang Di pertua PIBG SMK TIARA PERMAI,
Ayahnda Tn Hj Jamaluddin Bin Mohd Kasbi untuk
memberikan sepatah dua kata.

Dipersilakan untuk ayahnda naik ke pentas.

11 UCAPAN Ribuan terima kasih diucapkan kepada ayahnda Tn Hj ADAM


PENGETUA SMK Jamaluddin Bin Mohd Kasbi di atas kesudian
TIARA PERMAI memberikan sepatah 2 kata.

Dengan ini, majlis menjemput Pengetua SMK Tiara


Permai, Tn Hj Azman b Ab Kadir untuk naik ke pentas
dan memberikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

12 BACAAN IKRAR Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Tn Hj SOFIA


GURU MALAYSIA Azman B Kadir atas ucapan yang telah diberikan
sebentar tadi.

Hadirin hadirat yang saya hargai,

Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar Guru Malaysia.


Murid-murid diminta kekal senyap di tempat masing-
masing dan para guru diminta untuk naik ke atas
pentas.

Dijemput semula Tn Hj Azman b Ab Kadir, Pengetua


SMK Tiara Permai untuk mengetuai bacaan ikrar.

13 NYANYIAN LAGU Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Azman b Ab Kadir. ADAM


GURU MALAYSIA Guru-guru diminta untuk terus berdiri kerana majlis
akan diteruskan dengan nyanyian Lagu Guru Malaysia
dan Lagu Tema Hari Guru 2022: Guru Tunjang Sekolah
Sejahtera.

14 GIMIK DAN Itulah dia nyanyian Lagu Guru Malaysia dan Lagu tema SOFIA
ACARA Hari Guru 2022, Guru Tunjang Sekolah Sejahtera oleh
MEMOTONG KEK barisan guru yang kita sayangi.
Hadirin yang saya hormati,

Kini upacara memotong kek simbolik penghargaan


kepada guru-guru yang disayangi akan dimulakan.

Majlis menjemput wakil murid, Mohd Irfan dari kelas


4EKONOMI untuk masuk ke dalam dewan sambil
membawa kek.

***gimik****

Hadirin sekalian diminta bertenang, inilah gimik yang


telah kami sediakan khas untuk barisan guru pada hari
ini.

Itu dia kek yang sebenar.

Dijemput Pengetua SMK Tiara Permai, diiringi barisan


Pentadbir untuk memotong kek yang telah disediakan.

15 PERSEMBAHAN ADAM
MULTIMEDIA Barisan guru dipersilakan untuk kembali duduk di
tempat masing-masing.

Baiklah hadirin yang dihormati sekalian,

Kita teruskan majlis dengan persembahan multimedia


sempena sambutan hari guru yang telah disediakan
oleh AJK Multimedia.

16 PERSEMBAHAN Terima kasih diucapkan kepada AJK Multimedia atas SOFIA


TARIAN persembahan multimedia sebentar tadi.

Sehabis merah daun yang sihat,


Dahan melebar bercerita sakan,
Majlis sambutan hari guru mohon berehat,
Persembahan guru kita saksikan.

Hadirin sekalian, apalah maknanya sebuah majlis tanpa


persembahan. Oleh hal yang demikian, marilah kita
menyaksikan persembahan hebat, gabungan antara
murid dan guru SETIARA. Majlis dengan segala
hormatnya dipersilakan.

PENGUMUMAN Selesai sudah persembahan tarian zapin yang sangat ADAM


ANUGERAH mempersonakan daripada Cikgu Shafika Shahul, Cikgu
GURU Fareed Marzuki, Cikgu Amira Rassib, dan Cikgu Harris
Zuki bersama-sama kumpulan Tari Tiaramaatra Setiara.
Terima kasih diucapkan.
Buat pengetahuan semua, koreografi tarian zapin
sebentar tadi telah disusun oleh Wann Nur Farhana
binti Benhar dari kelas 4 Ekonomi, khas buat tontonan
guru-guru Setiara.

Tidak lengkap sambutan hari guru tanpa anugerah guru,


khas buat guru-guru yang kita raikan pada hari ini. Oleh
itu, majlis akan diteruskan lagi dengan pengumuman
anugerah guru.

Majlis menjemput Yang Dipertua PIBG SMK Tiara


Permai, Ayahnda Tn Hj Jamaluddin Bin Mohd Kasbi,
diiringi oleh Naib Yang Dipertua PIBG SMK Tiara Permai,
Pn Zuhaida Binti Dato’ Hj Zainal untuk menyampaikan
anugerah.

1. Anugerah yang pertama, anugerah “Guru Paling


Innovatif” jatuh kepada ***** drum rolls*****

Nama pemenang : Cikgu

2. Seterusnya, bagi anugerah “Guru Paling Tegas“,


pemenang ialah *****drum rolls*****

Nama pemenang: Cikgu

3. Baiklah, anugerah yang seterusnya ialah


anugerah “Guru Paling Awesome“. Pemenang
“Guru Paling Awesome“ jatuh kepada
*****drum rolls*****

Nama pemenang : Cikgu

4. Jangan risau guru-guru yang namanya masih


belum diumumkan, masih ada 2 anugerah yang
dipertandingkan. Kita teruskan dengan
anugerah yang keempat, iaitu anugerah “Guru
Paling Penyayang“. Gelaran “Guru Paling
Penyayang“ jatuh kepada *****drum
rolls*****

Nama Pemenang : Cikgu

5. Baiklah hadirin yang saya hormati, kini tibalah


masa untuk mengumumkan anugerah yang
paling ditunggu-tunggu oleh semua guru
SETIARA, iaitu ( informal : cuba teka anugerah
apa rakan-rakan??? (hala mic pada students))
betuuul. Anugerah “Guru Paling Popular”.
Adakah anda semua sudah sedia untuk
mengetahui pemenangnya??

Baiklah, pemenang ANUGERAH “GURU PALING


POPULAR” SMK TIARA PERMAI UNTUK TAHUN
2022 JATUH KEPADA ***********DRUM
ROLLS*********

Nama Pemenang : CIKGU

PERSEMBAHAN Dari Kedah ke Kuala Perlis, SOFIA


GAMELAN Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan Guru memeriahkan majlis,rin
Semoga hadirin terhibur hati.

Majlis dengan ini mempersembahkan barisan guru


setiara di bawah bimbingan Cikgu Amira Eva Sherin
untuk memulakan persembahan gamelan. Dipersilakan.

MAJLIS RIMUP Itulah dia persembahan penutup yang cukup memukau SOFIA
SAMBUTAN HARI daripada barisan guru yang sangat hebat.
RAYA
Sebelum kami mengakhiri majlis, ingin saya sampaikan
sebuah sajak bertajuk “Pemberi Paling Setia” karya
Cikgu Nur Amira Rassib.

Bukan ayah, tapi pesannya berlegar di fikiran,


Bukan ibu, tapi melahirkan individu berilmu.

Kata orang, dia ibarat lilin yang sentiasa membakar diri,


menerangi gelapnya malam yang lain.

Kata Usman Awang, cukup dia seorang mewakili seribu


buku.

Tapi pada dia, dia hanyalah satu susuk yang berkongsi,


Yang mendengar keluh kesah,
Yang berharap,
Agar apa yang diberikan,
Cukup untuk dijadikan panduan,
Pelita yang menerangi jalan,
Liku-liku hidup yang menerpa.

Dialah guru. “Pemberi Paling Setia”.

Wahai guru. Semoga segala yang kau beri, menjadi


jambatan untuk kau ke Syurga-Nya kelak.

Dengan berakhirnya sajak itu tadi, maka berakhirlah


sudah majlis sambutan hari guru peringkat sekolah
tahun 2022.
Biar penat berdiri;
Jangan penat memberi.

Biar lelah terduduk;


Jangan lelah membentuk.

Biar penat bercakap;


Jangan penat berharap

SELAMAT HARI GURU “TERIMA KASIH CIKGU!”

Akhir kata dari kami, ampun dan maaf kiranya ada salah
dan silap sepanjang pengendalian majlis ini
berlangsung.

Sekian terima kasih dan Assalamualaikum wbt…

Kami serahkan majlis kepada ajk yang seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai