Anda di halaman 1dari 13

SKRIP EMCEE

HARI ANUGERAH HEM DAN KOKURIKULUM 2019


SMKA SULTAN MUHAMMAD, SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
ACARA SKRIP TINDAKAN
Pengumuman Mohon perhatian, majlis akan bermula sebentar sahaja
lagi. Oleh itu, para hadirin diminta mengambil tempat Khairul
duduk. Saya umumkan etika yang harus dipatuhi bagi
kelancaran majlis.
1. Para hadirin dipohon berdiri semasa ketibaan tetamu
kehormat diumumkan.
2. Berdiri semasa nyanyian lagu Negaraku, lagu
Negeri Melaka dan Lagu Sekolah.
3. Menghormati bacaan doa.
4. Duduk di kerusi yang telah ditetapkan.
5.Tidak keluar masuk dewan setelah mengambil
tempat duduk.
6. Penerima anugerah dipohon naik ke pentas dari
sebelah kanan dan turun ke sebelah kiri.

Ketibaan Dijemput kepada para tetamu jemputan dan guru - Khai


tetamu guru untuk mengambil tempat yang telah disediakan.
jemputan dan
para guru
mengambil
tempat

Paluan Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Azlina


Kompang Dr. Mohd Rizal Tan Sri Abdul Razak, Pengarah
Kampus, Universtiti Multimedia Melaka dengan
diiringi oleh, Pn.Hjh Hatina bt Yaakob.

Pemeriksaan Majlis menjemput Puan Pengetua, Pn. Hjh Hatina bt Azlina

1
Perbarisan Yaakob untuk mengiringi Yang Berbahagia Dr. Mohd
Unit Rizal Tan Sri Abdul Razak, Pengarah Kampus,
Beruniform Universtiti Multimedia Melaka untuk melakukan
pemeriksaan perbarisan kawad kehormat.

Ketibaan Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Khairul


VVIP Dr. Mohd Rizal Tan Sri Abdul Razak, Pengarah
dan Selawat Kampus, Universtiti Multimedia Melaka dengan
diiringi oleh, Pn.Hjh Hatina bt Yaakob masuk ke
dalam dewan.

Nyanyian lagu Sidang hadirin sekalian, marilah kita bersama - sama Arina
Negaraku, menyanyikan lagu Negaraku Melaka Maju Jaya dan
Melaka Maju Lagu Sekolah.
Jaya dan Lagu
Sekolah Sidang hadirin dipersilakan duduk.

Ucapan Aluan Mencari timba si anak dara, Khairul


Pengerusi Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Hinggap minum di tepi kali, Arina


Penat si helang membelah angkasa ,
Pelajar cemerlang sama dirai,
Agar terlaksana wawasan negara.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

2
Salam Sejahtera, Salam Melaka Berwibawa, Pintar,
Hijau dan Bersih. Majlis dengan penuh rasa hormat
dan bangganya mengalu-alukan kehadiran:
1. Yang Dr. Mohd Rizal Tan Sri Abdul Razak,
Pengarah Kampus, Universtiti Multimedia
Melaka.
2. Yang Berusaha, Puan Hjh Hatina bt Yaakob,
Pengetua SMKA SULTAN MUHAMMAD,
Sekolah Kluster Kecemerlangan.
3. Yang Berusaha, Tn. Hj. Ahmad Hamizi bin Abu
Hassan, Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan
Pendidikan Negeri Melaka.
4. Yang Berusaha Tn. Hj. Jamsari bin Mariman
Timbalan Pengarah Pendidikan Pembangunan
Bakat Murid,
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.
5. Yang Berusaha, En. Mohd Farid bin Ishak,
Timbalan Unit Pembelajaran,
Pejabat Pendidikan Melaka Tengah.
6. Yang Berbahagia, Insp. Mohd Shukri bin
Hamzah, Pegawai Perhubungan Sekolah, IPD
Melaka Tengah.
7. Para Jurulatih
8. Para Guru Pembimbing
9. Guru - guru dan para pelajar yang dikasihi
sekalian.

Sidang hadirin, pada pagi yang penuh barakah ini,


warga SMKA Sultan Muhammad berasa amat bertuah

3
kerana dapat menjayakan Majlis Penyampaian Hadiah
Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum tahun 2019.
Khairul

Majlis ini amat bersesuaian dengan misi sekolah untuk


melahirkan modal insan yang seimbang dari segala
aspek sahsiah, rohani dan jasmani. Untuk pengetahuan
semua, ini merupakan majlis yang melibatkan dua unit
serentak. Saban tahun, satu kerjasama antara unit hal
ehwal murid dan kokurikulum dalam pengelolaan
majlis Anugerah Kecemerlangan HEM dan
Kokurikulum 2019.  Pada petang ini, para pelajar
SMKA Sultan Muhammad yang menunjukkan
ketokohan dalam pelbagai bidang mencakupi
kepemimpinan, keperibadian dan kokurikulum akan
diberikan anugerah sebagai bukti penghargaan dari
pihak sekolah. Bukan itu sahaja, jasa guru-guru yang
banyak membantu memajukan sekolah juga tidak
dilupakan.

Bacaan ayat Sebelum memulakan majlis pada pagi ini, dijemput Arina
Al-Quran Saudara Ahmad Asyraf bin Azraie
untuk mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran
nur Karim. Dipersilakan.

BACAAN AL - QURAN
Terima kasih diucapkan kepada Saudara Ahmad
Asyraf atas bacaan ayat - ayat suci Al-Quran sebentar
tadi.

Ucapan Sidang hadirin yang dihormati, Arina


Pengetua Bertonggakkan adat yang datang disambut, yang pergi
diiringi maka majlis dengan bangganya menjemput

4
Pn. Hjh Hatina binti Yaakob, Pengetua merangkap
Pengerusi Majlis Anugerah Kecemerlangan HEM dan
Kokurikulum SMKA Sultan Muhammad, untuk
menyampaikan ucapan aluan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Demikianlah tadi ucapan aluan yang telah Khairul


disampaikan oleh Puan Pengetua. Majlis merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Ucapan Kini, sampailah masanya untuk kita mendengar Khairul


Perasmi ucapan perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan
HEM dan Kokurikulum SMKA Sultan Muhammad,
Sekolah Kluster Kecemerlangan bagi tahun 2019

Majlis dengan segala hormat mempersilakan Yang


Berbahagia Dr. Mohd Rizal Tan Sri Abdul Razak,
Pengarah Kampus, Universtiti
Multimedia Melaka untuk menyampaikan ucapan
beliau seterusnya merasmikan Majlis Anugerah
Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum SMKA
Sultan Muhammad. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

UCAPAN PERASMI

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada Yang Berbahaiga Dr. Mohd Rizal

5
kerana sudi menyampaikan ucapannya yang penuh
bermakna dan seterusnya merasmikan majlis pada
pagi ini.

Persembahan Seterusnya majlis diteruskan dengan tayangan


Multimedia multimedia yang memaparkan kejayaan para pelajar
SMKA Sultan Muhammad dalam pelbagai bidang
HEM dan Kokurikulum bagi tahun 2019.

Penyampaian Sidang hadirin sekalian, kini tibalah saat yang A. Pengetua


Anugerah dinantikan, penyampaian Anugerah Kecemerlangan B. Pengetua
HEM HEM dan Kokurikulum bagi tahun 2019. Bagi C. Hj. Zakaria
menyempurnakan acara, pihak majlis berbesar hati D. Hj. Zakaria
menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Pn. E. Hj. Zakaria
Hjh Hatina bt Yaakob dengan diiringi oleh Tn. F. Hj. Zakaria

Hj. Ibrahim bin Md Noor untuk naik ke atas pentas


bagi menyampaikan Anugerah Hal Ehwal Murid
tahun 2019. Dengan segala hormatnya, majlis
menjemput dan mempersilakan.

Penyampaian Anugerah HEM dimulakan dengan :


( Rujuk Senarai Nama )

Terima kasih diucapkan kepada Puan Pengetua di atas


kesudian untuk menyampaikan anugerah sebentar.

Anugerah D, E, F

Kini, majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian


Anugerah HEM bagi kategori seterusnya :

6
Dengan ini, dijemput Pen. Kanan HEM SMKA Sultan
Muhammad, Ustaz Hj. Zakaria bin Ismail dengan
diiringi oleh Cikgu Abdul Karim bin Hamzah, GKMP
Kemanusiaan.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Penyampaian Anugerah HEM dimulakan dengan :


( Rujuk Senarai Nama )

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Hj. Zakaria di


atas kesudian untuk menyampaikan anugerah
sebentar.

Persembahan Seterusnya, majlis menampilkan slot persembahan Khairul


Nasyid pelajar. Dijemput, Kumpulan Nasyid Soutul Azim,
untuk membuat persembahan. Untuk pengetahuan *usai
semua, Soutul Azim juga telah mewakili Negeri persembahan,
Melaka dalam Karnival Pertandingan Nasyid tunggu mereka
Peringkat Kebangsaan tahun 2019. Marilah kita beredar,
bersama-sama menghayati persembahan nasyid ucapkan
mereka. tahniah dan
terima kasih

PERSEMBAHAN NASYID

Demikianlah tadi persembahan hebat dari Soutul


Azim. Kumpulan nasyid ini dipimpin oleh Ustazah
Noraini bt Kasim dan Ustazah Azlin Aizat bt Abdul

7
Jalil.

Penyampaian Indah latar berbukit bukau Khairul


Anugerah Dari jauh berbalam cerah
Kokurikulum Ucapan pintar persembahan memukau
Menyusul pula bingkisan anugerah

Pemilihan penerima anugerah dilakukan berdasarkan


penyertaan aktif para guru dan pelajar dalam keempat-
empat bidang iaitu, kelab dan persatuan, sukan dan
permainan, unit beruniform dan pertandingan ko
akademik.

Majlis dengan sukacitanya menjemput Penolong Arina


Kanan Kokurikulum Smka Sultan Muhammad
Pn. Zaiton binti Ismail dengan diiringi oleh Cikgu
Amir bin Mohd GKMP Bahasa
Untuk menyampaikan hadiah. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Acara penyampaian sijil penghargaan dan hadiah Arina


untuk Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum bagi
tahun 2019 akan dimulakan dengan :

( rujuk senarai penerima hadiah )

Majlis dengan sukacitanya menjemput Penolong


Kanan Kokurikulum Smka Sultan Muhammad
Pn. Zaiton binti Ismail dengan diiringi oleh Cikgu
Amir bin Mohd GKMP Bahasa
Untuk menyampaikan hadiah. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

8
TERIMA KASIH diucapkan kepada Pn.Zaiton binti
Ismail di atas kesudian menyampaikan anugerah
sebentar tadi.

Seterusnya dijemput YDP PIBG SMKA SULTAN


MUHAMMAD Yang Berbahagia Dato Amzah Bin
Osman untuk menyampaikan anugerah yang
seterusnya dengan diiringi Cikgu Abd. Karim bin
Hamzah GKMP Kemanusiaan.. Dengan segala
hormatnya dipersilakan .

* ANUGERAH SUKAN DAN PERMAINAN


Rujuk Senarai

Terima kasih kepada Dato Amzah bin Osman atas


kesudian beliau untuk menyampaikan anugerah
sebentar itu tadi .

Majlis dengan ini berbesar hati menjemput Dr.Mohd


Rizal Tan Sri Abdul Razak,Pengarah
Kampus,Universiti Multimedia Melaka Dengan
Diiringi Oleh Puan Pengetua Dan YDP PIBG SMKA
SULTAN MUHAMMAD utuk menyampaikan
anugerah-anugerah khas yang seterusnya.

9
1. ANUGERAH GURU PEMBIMBING
2. ANUGERAH JURULATIH
3. ANUGERAH FAIL PENGURUSAN
KOKURIKULUM TERBAIK
4. ANUGERAH KHAS KOKURIKULUM 2019
5. ANUGERAH JASAMU DIKENANG
6. ANUGERAH TOKOH HEM 2019
7. ANUGERAH TOKOH KOKURIKULUM 2019

Penyampaian Anugerah seterusnya adalah anugera hTokoh


Anugerah JASAMU DIKENANG.Beliau merupakan guru
Jasamu penyelaras kokurikulum yang telahpun berpindah ke
Dikenang SABK TAHFIZ CHENDERAH, JASIN melaka .
Sebagai menghargai jasa beliau. Dengan ini, Majlis
menjemput Cikgu Norisham Bin sulaiman untuk naik
ke atas pentas bagi menerima hadiah penghargaan.

Penyampaian Pasukan Inovasi STEM, SMKA Sultan Muhammad Azlina


Anugerah Melaka telah ke Banda Aceh Indonesia bagi menyertai
Khas 4th International Art Creativity Engineering Exhibition
Kokurikulum atau I + Aceh 2019 di Universitas Ubudiyah Indonesia
Aceh. Sebanyak 42 pasukan daripada pelbagai negara
seperti Indonesia, Malaysia, India, Filipina, Korea
Selatan, Jepun, Amerika Syarikat dan lain - lain lagi
telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang
dianjur bersama oleh badan dunia ‘World Invention

10
Intellectual Properties Association ( WIIPA ) ini.
Pasukan Inovasi STEM Sultan Muhammad yang
diwakili oleh pelajar - pelajar tingkatan 1 iaitu :

 Muhammad Razin bin Abdullah


 Arif Daniel bin Isa Gerard
 Arif Hakimi bin Sazali

Di bawah bimbingan guru iaitu En. Hairulamir bin


Ahmad telah mempertaruhkan hasil inovasi bertajuk
“LDSC COMPOSITE” berjaya menggondol 3
anugerah iaitu Anugerah Emas oleh I + Aceh,
Anugerah Semi - Grand oleh Korea Invention News
( KIN ) dan Anugerah Outstanding Leader oleh Asia
Invention Association ( AIA ).

Dengan ini majlis menjemput Cikgu Hairul amir bin


ahmad dan Ahli pasukan Inovasi STEM untuk naik ke
atas pentas bagi menerima hadiah penghargaan

Penyampaian ANUGERAH TOKOH HEM (Keseluruhan)


Anugerah Anugerah yang akan disampaikan seterusnya ialah,
Tokoh HEM Anugerah Tokoh HEM, dengan ini dijemput Saudara
dan Umar Al-Faruq bin Mohammed Faridz untuk naik ke
Kokurikulum atas pentas.

BACAAN BIODATA PENERIMA ANUGERAH

Dengan ini, diumumkan, Penerima Anugerah Tokoh


Hal Ehwal Murid bagi tahun 2019, duianugerahkan

11
kepada UMAR AL FARUQ BIN MOHAMMED
FARIDZ. Tahniah diucapkan.

ANUGERAH TOKOH KOKURIKULUM


(Keseluruhan)
Anugerah yang akan disampaikan seterusnya ialah,
Anugerah Tokoh KOKURIKULUM, dengan ini
dijemput Saudara MUHAMMAD WASIL BIN
PEEYEE untuk naik ke atas pentas.

BACAAN BIODATA PENERIMA ANUGERAH

Dengan ini, diumumkan, Penerima Anugerah Tokoh


KOkurikulum bagi tahun 2019, duianugerahkan
kepada MUHAMMAD WASIL BIN PEEYEE

Tahniah diucapkan.

Penyampaian Majlis mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak


Cenderamata terhingga kepada Yang Berbahagia Dr. Mohd Rizal
Tan Sri Abdul Razak kerana sudi menyampaikan
anugerah. Sebagai tanda terima kasih, dijemput Puan
Pengetua, Pn. Hjh Hatina binti Yaakob untuk
menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia
Dr. Mohd Rizal di atas kesudian untuk hadir
menyerikan majlis pada petang ini. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan

12
Bacaan Doa Sebelum mengakhiri majlis, dipersilakan
Saudara Farhan Aidil bin Faisal untuk membacakan
doa penutup. Dengan ini, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, setiap


Pengerusi pertemuan pasti ada perpisahan, itu adat itu lumrah
Majlis kehidupan, begitulah rentetan perjalanan, walau sukar
untuk ditelan, tapi kaki tetap mengorak jalan, selagi
hayat dikandung badan.

Hari Anugerah Kecemerlangan HEM dan


Kokurikulum 2019 hampir sampai ke penghujungnya.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan
kepada semua warga kerja yang terlibat dalam
menjayakan majlis ini. Bagi pihak ahli jawatankuasa
pengelola dan seluruh warga SMKA Sultan
Muhammad, saya memohon kemaafan jika terdapat
sebarang kesilapan sepanjang majlis ini berlangsung.

Tuan Puteri pergi ke Rasah


Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

Sekian, wabillahi taufiq walhidayah,


Assalamualaikum w.b.k.t.h

13

Anda mungkin juga menyukai