Anda di halaman 1dari 5

1

TEKS PENGACARA MAJLIS DAN PENGENDALIAN MAJLIS GRADUASI


MAAHAD ISLAHIAH ADDINIAH 2017

TENTATIF 1 ( PENDAFTARAN & KETIBAAN TETAMU JEMPUTAN )

Dijemput kepada semua pelajar, guru dan para tetamu jemputan untuk mengambil tempat.

TENTATIF 2 ( PENGUMUMAN KETIBAAN )

Hadirin sekalian,

Mengumumkan ketibaan En. Ting Tai Fook ( Pegawai Khas kepada YAB Menteri Kewangan )
Semua hadrin diminta untuk berdiri.

Hadirin dijemput duduk

TENTATIF 3 ( UCAPAN ALUAN )

Yang Berusaha, En. Ting Tai Fook ( Pegawai Khas kepada YAB Menteri Kewangan )

Yang Berusaha, Tn. Hj. Abdul Rahman bin Ramli ( Pengetua SABK Maahad Islahiah Addiniah)

Yang Berusaha En. A. Hadi Kamil bin Ismail ( Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah Maahad
Islahiah Addiniah )

Yang Berusaha En. Sharif bin Din ( Yang DiPertua PIBG SABK Maahad Islahiah Addiniah )

Barisan penolong-penolong kanan, guru-guru kanan, guru – guru, jawatankuasa LPS, PIBG yang
hadir serta para pelajar dan para graduan yang diraikan sekalian.

Selamat Datang ke Majlis Graduasi Tingkatan 5 dan Makan Malam Asrama bagi Tahun
2017

SABK Maahad Islahiah Addiniah tersergam indah


Dari jauh tampak berseri
Bangunan lama dan baru berganding megah
Pepohon rendang berbanjar-banjar
Dewan Terbuka Muhammad Al Fateh tempat penyatuan
Pentas utama penyaksian anugerah
Para graduan segak menawan
Memakai jubah indah dan tampan
Tersenyum bangga menerima watikah
Hari ini yang penuh keramat
Segala usaha berjuta hikmat
Kepada graduan kami pertaruhkan
2

Selautan hasrat segunung harapan

Hadirin hadirat yang dimuliakan,

Majlis graduasi ini merupakan pengiktirafan tertinggi daripada pihak sekolah kepada putera dan
puteri SABK Maahad Islahiah Addiniah yang berjaya menamatkan pembelajaran di alam
persekolahan selama 5 tahun di sekolah ini, Seramai 60 orang pelajar tingkatan 5 akan di
graduasikan sebentar lagi.

Warga dewan yang dimuliakan,

Majlis graduasi tahun 2017 ini diraikan khusus untuk putera-putera dan puteri-puteri SABK
Maahad Islahiah Addiniah sebagai peransang kepada mereka untuk mencapai kejayaan dalam
segala bidang yang bakal diceburi, terutamanya dalam bidang akademik.

Majlis ini juga diharapkan mampu mengukir kenangan manis dan mencatat nostalgia penuh
bermakna dalam lipatan sejarah para graduan. Diharapkan ia dapat di jadikan obor semangat
kepada para graduan untuk menempa kejayaan yang lebih gemilang pada hari mendatang.

Kepada para bakal graduan SABK Maahad Islahiah Addiniah, di harap sentuhan majlis ini juga
dapat membuatkan anakanda putra dan puteri tidak melupakan jasa dan pengorbanan yang telah
dicurahkan oleh barisan pendidik mithali SABK Maahad Islahiah Addiniah. Kami berharap agar
kalian dapat mencurahkan jasa dan bakti kepada bangsa dan negara sebaik sahaja melangkah
keluar mengakhiri sesi pembelajaran bersekolah di SABK Maahad Islahiah Addiniah.

TENTATIF 4 ( BACAAN DOA )

Duduk bersama satu tujuan,

Indah majlis gilang gemilang,

Kepada Allah doa dipohonkan,

Semoga majlis beroleh keberkatan.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah kita bersama-sama menadah tangan dan
mengaminkan doa. Dijemput, Al Fadil Ustaz Hj. Fakhrurrozy bin Hj. Abdul Wahab untuk
memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya, majlis menjemput dan mempersilakan.

BACAAN DOA

Amin ya Rabbal Alamin, terima kasih diucapkan kepada Al Fadil Ustaz atas pimpinan bacaan doa
sebentar tadi.

TENTATIF 5 ( UCAPAN PERASMIAN )


3

Hadirin hadirat warga dewan yang dimuliakan,

Kini majlis dengan sukacita dan hormatnya mempersilakan Tetamu Kehormat Yang Berusaha
En. Ting Tai Fook ( Pegawai Khas Kepada YAB Menteri Kewangan ), untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya menyempurnakan majlis graduasi SABK Maahad Islahiah Addiniah tahun
2017. Majlis dengan penuh rasa takzim mempersilakan.

(Ucapan En. Ting Tai Fook)

Berilah kami haluan kemudi


Pengubat hati menanti harapan
Ucapan diberi penuh bererti
Amanat tuan jadi pegangan

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tetamu Kehormat atas
ucapan dan amanat itu tadi.

TENTATIF 6 ( PENGISYTIHARAN GRADUASI )

Majlis mempersilakan Tn. Hj. Abdul Rahman bin Ramli, Pengetua SABK Maahad Islahiah
Addiniah mengisytiharkan tujuan majlis dan mengisytiharkan pembukaan majlis graduasi. Dengan
segala hormatnya, majlis mempersilakan.

( Pengetua membuat pengisytiharkan majlis )

“Assalamualaikum w.b.k.t.h dan Salam Sejahtera, Saya Abdul Rahman bin Ramli, Pengetua
SABK Maahad Islahiah Addiniah dengan ini mengisytiharkan pembukaan Majlis Graduasi
Tingkatan 5 tahun 2017. Tujuannya untuk memberi pengiktirafan daripada pihak sekolah
kepada putera dan puteri SABK Maahad Islahiah Addiniah yang berjaya menamatkan
pembelajaran selama 5 tahun di sekolah ini”

( Muzik gamelan dimainkan )

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tn. Hj. Abdul Rahman atas pengisytiharan tujuan
majlis dan mengisytiharkan pembukaan majlis graduasi sebentar tadi.

TENTATIF 6 ( PERARAKAN MASUK GRADUAN )

Mengumumkan perarakan masuk Tuan Pengetua, Tn. Hj. Abdul Rahman bin Ramli, barisan
pendidik dan para graduan.

(Masuk melalui pintu belakang)

(Gamelan dimainkan)
(Kemudian gamelan dimainkan perlahan)
4

Gagah melangkah bak pahlawan


Cekalnya hati memberi harapan
Onak dan duri sebagai teman
Menjunjung ilmu dan kepakaran
Atas bahu terpikul harapan
Dengan tabah menempuh seribu duga
Dengan tabah menyampai ilmu bermakna
Semoga segala harapan jaya dilaksana
Bersama tekad dan semangat yang dijana
Bukan mudah menjulang harapan bangsa
Bukan mudah menjejak mimpi warga Negara

(Gamelan berhenti apabila semua guru duduk)

TENTATIF 7 ( PENYAMPAIAN SIJIL GRADUASI )

Hadirin hadirat warga dewan sekalian,

Beralih kita ke acara seterusnya iaitu penyampaian anugerah dan sijil graduasi kepada graduan-
graduan SABK Maahad Islahiah Addiniah

Sehubungan dengan itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Tn. Hj.
Abdul Rahman bin Ramli bagi menyempurnakan penyampaian anugerah. Majlis dengan penuh
takzim mempersilakan.

(Gamelan dimainkan)

( Senarai Nama Graduan )

TENTATIF 8 ( PENUTUPAN MAJLIS GRADUASI )

Majlis mempersilakan Tn. Hj. Abdul Rahman bin Ramli, Pengetua SABK Maahad Islahiah
Addiniah mengisytiharkan penangguhan Majlis Graduasi Tahun 2017. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

(Pengetua membuat pengisytiharan)

Pengisytiharan penangguhan Majlis Graduasi

“Assalamualaikum.... dan selamat sejahtera. Saya Abdul Rahman bin Ramli, Pengetua SABK
Maahad Islahiah Addiniah dengan ini mengisytiharkan dengan ini mengisytiharkan
penangguhan Majlis Graduasi SABK Maahad Islahiah Addiniah bagi tahun 2017”.

( Muzik Gamelan dimainkan )


5

TENTATIF 8 - PENYERAHAN MAJLIS KEPADA EMCEE MAKAN MALAM ASRAMA

Seterusnya majlis diserahkan kepada Iffah Ulmillah bt Mohamad Nasir untuk majlis seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai