Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH KOKURIKULUM

DAN HAL EHWAL MURID SMK SG MANIK 2018.

QUE PERKARA
Ketibaan Majlis mengumumkan ketibaan Yang Dihormati Encik Jamily bin Ramna
Tetamu diiringi oleh Yang Berusaha Tuan Haji Shamsuddin bin Tajul Urus dan
Barisan Pentadbir masuk ke dewan.
AIN
Nyanyian Hadirin diminta terus berdiri untuk nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri
Lagu Perak.
*****Nyanyian*****
AIN Hadirin dipersilakan duduk. Terima kasih

Salutasi BismilLahir Rahmanir Rahim.


Assalamu `alaikum Wa Rahmatul Lahiwa Barakatuh.
KAK Salam Sejahtera & Salam Sigma Excellent.
ROOSE
Yang Dihormati Encik Jamily bin Ramna
Penghulu Mukim Sungai Manik
Mewakili

Yang Berhormat Dato Zainol Fadzi bin Paharuddin


Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Manik
Merangkap Penasihat Menteri Besar Perak

Yang Berusaha Tuan Haji Shamsuddin bin Tajul Urus


Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sg Manik

Yang Berusaha En Amiruddin bin Mokhsin,


Pegawai Angkat Sekolah SMK Sungai Manik, PPD Hilir Perak

Yang Dihormati Tuan Inspektor Raden Mohd Azlan bin Raden Perhan
Pegawai Perhubungan Sekolah SMK Sungai Manik

Yang Dihormati En Shafie bin Saad


Yang Dipertua PIBG SMK Sungai Manik

Yang Berusaha En. Ikhwandi bin Taha


Penolong Kanan Pentadbiran

Tn Hj Mohd Mazlan bin Mohd Jamhuri


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Puan Roszanani binti Sabrun


Penolong Kanan Kokurikulum

Hari Anugerah Kokurikulum & HEM 2018 1


Barisan Guru Kanan,

Guru-guru, tuan-tuan, puan-puan dan seterusnya

Para pelajar yang dikasihi sekalian.

AIN Daun layu di tengah gurun,


Nampak jalur pohon cemara,
Tradisi Melayu turun temurun.
Pantun ditutur pembuka bicara.

Sirih pinang di dalam puan,


Buat santapan putera idaman,
Sebagai hidangan puteri rupawan,
Buat cicipan dagang dan taulan,

Selamat datang kami ucapkan,


Buat semua hadirin budiman,
Ke sidang majlis penuh taakulan,
Bersama merapat ukhuwah dan taulan.
Selamat datang ke Majlis Hari Anugerah Kokurikulum dan Hal Ehwal
Ucapan Murid SMK Sg Manik bagi tahun 2018.
Alu-Aluan
Pengacara

KAK Saya Roosezah binti Sabri,


ROOSE
dan saya Nur Faizzatul Ain binti Othman,
AIN akan mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya...

Sarung ketupat berisi inti,


Dibawa budak sambil berlari;
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga majlis bertambah seri.

Terlebih dahulu, kami ingin panjatkan rasa syukur, kerana dengan limpah
dan kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama berhimpun untuk meraikan
kejayaan para pelajar kita dalam bidang kokurikulum dan hal ehwal murid.

Hadirin yang dihormati,


Bacaan Doa
Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
KAK marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang
ROOSE akan dibacakan oleh Ustaz Sukri bin Sulaiman Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Hari Anugerah Kokurikulum & HEM 2018 2


*****BACAAN DOA*****

Aamin, Amin, Ya Robbal ’Aalamiinn..


Semoga pertemuan kita pada hari ini dipelihara,
Dilimpahkan sepenuh manfaat dan keceriaan,
Menambah tautan kemesraan,
Serta, berpisahnya kita nanti, akan diiringi dengan seribu ketenangan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih, kepada


Ustaz Sukri bin Sulaiman atas pimpinan doa sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

AIN Kegiatan kurikulum, sahsiah dan disiplin serta penglibatan kokurikulum di


sekolah seperti unit beruniform, sukan dan permainan, serta kelab dan
persatuan mampu memperkembang potensi dan keperibadian seseorang
murid. Oleh itu, Majlis Anugerah Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid yang
diadakan saban tahun adalah khusus untuk menghargai ketrampilan,
sumbangan dan jasa para pelajar SMK Sg Manik yang telah menjaga nama
baik sekolah serta membantu menaikkan nama sekolah di peringkat daerah,
negeri malah di peringkat kebangsaan.

Menjadi harapan pihak sekolah dengan memberikan pengiktirafan melalui


Majlis Anugerah Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid ini, para pelajar yang
lain akan turut bersemangat untuk mengenal potensi diri dan cuba
menyerlahkan bakat terpendam yang ada dalam diri mereka pada masa akan
datang, seterusnya mengharumkan nama sekolah dengan penglibatan aktiviti
- aktiviti luar bilik darjah yang positif dan berfaedah.

Mari singgah di desa nan indah,


Ucapan Berseri bunga mekar menawan;
Pengetua Nyanyi sudah doa pun sudah,
Mari kita mendengar ucapan.
KAK
ROOSE Majlis mempersilakan Yang Berusaha, Tn Hj Shamsuddin bin Tajul Urus,
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sg Manik, untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan.

*** UCAPAN****

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas ucapan yang


disampaikan sebentar tadi.

Hari Anugerah Kokurikulum & HEM 2018 3


Hadirin-hadirat yang dihormati,
Ucapan
Perasmian Pahlawan Melayu Gagah Perkasa,
Musuh datang habis dibasmi;
AIN Tuan sudah diberi kuasa,
Sudilah kira, pohon merasmi.

Majlis dengan ini mempersilakan Yang Dihormati Encik Jamily bin


Ramna , untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis
Anugerah Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid bagi tahun 2018. Dipersilakan.

*****UCAPAN*****

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Encik Jamily bin Ramna
atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Tayangan
Multimedia Sekarang kita akan menyaksikan tayangan multi media dan para hadirin
dipersilakan mengalih perhatian ke layar di hadapan. Tayangan ini akan
KAK memaparkan aktiviti-aktiviti Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid di SMK Sg
ROOSE Manik bagi sesi 2018.
****TAYANGAN*****

Demikianlah tadi tayangan multi media berkaitan dengan aktiviti


Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid SMK Sg Manik. Untuk makluman
hadirin, tayangan multi media sebentar tadi telah disediakan oleh Pn Syaima
binti Bohori.

Hadirin yang dihormati,


Persembaha
n Sekarang tibalah masa yang dinanti-nanti untuk kita menyaksikan sebuah
1 persembahan nasyid. Persembahan bertajuk Al Quran Asas Kesatuan Ummah
dan Penghayatan Islam yang bakal dipersembahkan oleh kumpulan Daw al
AIN Haqiqa. Dipersilakan.

***Persembahan***

Terima kasih kepada kumpulan Daw al Haqiqa atas persembahan sebentar


tadi.
Berkebaya batik berwarna merah,
Penyampaia Diserikan dengan permata berlian;
nSijil 1 Tibalah masa penyampaian anugerah,
(HEM) Penerima teruja menunggu giliran.

Hari Anugerah Kokurikulum & HEM 2018 4


Hadirin yang dihormati,
KAK
ROOSE Sekarang tibalah masa untuk penyampaian anugerah-anugerah bawah unit
Hal Ehwal Murid. Untuk menyempurnakan acara, dipersilakan En Shafie
bin Saad, Yang Dipertua PIBG diiringi oleh En Ikhwandi bin Taha,
Penolong Kanan Pentadbiran naik ke pentas.

Sesi penyampaian dimulakan dengan penyampaian


Anugerah Jawatankusa Kelas…… (rujuk senarai nama)

*********Penyampaian Anugerah********

Terima kasih diucapkan kepada En Shafie bin Saad & En Ikhwandi bin
Taha.
Hadirin sekalian,
Persembaha
n Sekarang tibalah pula masa untuk kita menyaksikan persembahan kedua.
2 Persembahan pada kali ini bertajuk Ya Maulana dan Standing in the Eyes of
The World. Persembahan menarik ini akan dipersembahkan oleh kumpulan
AIN Melodi Sigma. Dipersilakan.

***Persembahan***

Terima kasih kepada Melodi Sigma atas persembahan sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Penyampaia
nSijil 2 Terbang tinggi si burung helang,
(Koku) Berkicau kenari sambil berterbangan;
Insan cemerlang negara terbilang,
KAK Bakat diserlah tanda kecemerlangan.
ROOSE
Sebagai tanda penghargaan pihak sekolah kepada pelajar yang telah
membantu pengurusan persatuan, kelab sukan dan unit beruniform,
dipersilakan Yang Dihormati En Jamily bin Ramna, Penghulu Mukim
Sungai Manik diiringi oleh Yang Berusaha Tn Hj Shamsuddin bin Tajul
Urus, Pengetua SMK Sg Manik untuk menyempurnakanya.

*****RUJUK SENARAI NAMA PENERIMA*****

Kelab dan Persatuan, Sukan dan Permainan, Unit Uniform…

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Encik Jamily bin Ramna
dan Tn Hj Shamsuddin bin Tajul Urus atas penyampaian sijil sebentar
tadi.

Hari Anugerah Kokurikulum & HEM 2018 5


Penyampaia Sebagai tanda kenang-kenangan pihak sekolah kepada tetamu jemputan
nCenderahat kerana sudi merasmikan majlis pada hari ini, dipersilakan Tn Hj
i Shamsuddin bin Tajul Urus untuk menyampaikan cenderahati kepada
Yang Dihormati Encik Jamily bin Ramna.
KAK
ROOSE *****PENYAMPAIAN CENDERAHATI*****

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Encik Jamily bin Ramna
dan Tn Hj Shamsuddin bin Tajul Urus.

Para hadirin sekalian,


Majlis
Bersurai Kita telah pun berada di penghujung acara. Pihak majlis mengambil
kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan
AIN terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan Majlis
Anugerah Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid SMK Sg Manik bagi tahun
2018 dapat dilangsungkan dengan meriahnya.

Tenang-tenang air di kali,


Tempat mandian putra puteri;
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi.

Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,


WabillahiTaufikWalhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Sekian, wabillahitaufikwalhidayah

Hari Anugerah Kokurikulum & HEM 2018 6

Anda mungkin juga menyukai