Anda di halaman 1dari 3

SKRIP JURUACARA

HARI PENETAPAN TARGET SPM SMK TTDI JAYA 2023

SLOT TEKS PENGACARA

Alu aluan Pengerusi Melati kuntum tumbuh melata, HASLINA


Majlis Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya mulai pembuka bicara

Yang Berusaha,
Tuan Haji Nordin bin Ahmad Kadri,
Pengetua SMK TTDI Jaya,

Yang dihormati,
Encik Ahmad Nizam bin Mohd Sabri
Yang DiPertua PIBG SMK TTDI Jaya

Puan Jusmaiwati binti Jusoh,


Penolong Kanan Pentadbiran,

Puan Radziah binti Abdullah


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Puan Mardiana binti Mohd Zaki


Penolong Kanan Kokurikulum,

Puan Siti Hamimah binti Muhamad Makpol


Penolong Kanan Petang

Encik Mohd Norhizar bin Umar


Penolong Kanan PPKI

Barisan guru kanan mata pelajaran,


barisan guru-guru yang berdedikasi,
yang dihormati ibu bapa- ibu bapa yang hebat
serta pelajar- pelajar yang dikasihi sekalian

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT


kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita
bersama-sama berkumpul dan menjayakan Hari
Penetapan Target SPM SMK TTDI Jaya tahun 2023

Bacaan Doa Buluh di asah jalinan disemat,


Ustaz YM Raja Zarir Gubahan diolah bawa berangkat,
bin Raja Abdullah Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita


menadah tangan dengan penuh ketakwá an untuk
mengaminkan doa, yang akan dibacakan oleh Al
Fadhil Ustaz Yang Mulia Raja Zarir bin Raja
Abdullah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

-bacaan doa-

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


Ustaz Yang Mulia Raja Zarir bin Raja Abdullah atas
pimpinan bacaan doa itu tadi.  Mudah-mudahan
kita diberi hidayah dan kekuatan untuk
melaksanakan Hari Penetapan Target SPM SMK
TTDI Jaya pada tahun ini dengan jayanya.

- Ucapan Hadirin yang budiman,


pengetua
Sebagai pembuka persada acara, majlis dengan
- Hafiz : segala hormatnya menjemput dan mempersilakan
TAYANGAN Yang Berusaha Tuan Haji Nordin bin Ahmad Kadri,
SLAID Pengetua SMK TTDI Jaya untuk menyampaikan
ucapan. Majlis dengan segala hormatnya
- Pembentangan menjemput dan mempersilakan.
keputusan
SPM 2022 ------ Ucapan Pengetua ------
- target SPM
2023 Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan
- Tayangan slaid terima kasih kepada Tuan Pengetua atas ucapan
program itu tadi.
kecemerlangan
Ceramah motivasi Lebat sekali rumpunan serai,
Putik halia di tepi laman,
Motivasi tinggi perlu disemai,
Penggerak utama menuju kejayaan
Sidang hadirin warga dewan sekalian,

Majlis pagi ini diteruskan dengan sesi ceramah


motivasi yang akan disampaikan oleh Puan
Norafiza binti Mohammad, kaunselor SMK TTDI
Jaya. Dipersilakan.

--------Ceramah motivasi-----

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan


terima kasih kepada Puan Norafiza binti
Mohammad di atas perkongsian yang sangat
bermakna itu tadi. 

Penutup Hadirin sekalian,


- Isi borang
maklum balas Hari Penetapan Target SPM SMK TTDI Jaya tahun
- Persilakan ke 2023 sudah hampir ke penghujungnya.
bilik2 Bagi pihak ahli jawatankuasa pengelola dan
seluruh warga SMK TTDI Jaya, kami menyusun
sepuluh jari, memohon kemaafan jika terdapat
sebarang kesilapan dan keterlanjuran kata
sepanjang majlis ini berlangsung.

Di sini ada satu pengumuman, mohon semua ibu


bapa yang hadir untuk mengisi borang maklum
balas program kita pada hari ini dengan
men”scan” QR code yang disediakan bersama-
sama buku program.

Sekarang dipersilakan pihak pentadbir ke Anjung


Selera dan ibu bapa ke bilik- bilik khas untuk sesi
perjumpaan dengan guru matapelajaran.

Saya akhiri majlis kita dengan Assalamualaikum


wbt dan terima kasih. Majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai