Anda di halaman 1dari 5

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PT3 DAN PAT 2019

IQRAM
Tirai majlis kita akan dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya
dan Lagu Sekolah. Para hadirin diminta bersedia.

NYANYIAN LAGU-LAGU
Majlis merakamkan terima kasih kepada semua hadirin atas nyanyian lagu-lagu itu
tadi.
___________________________________________________________________

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

‫ﺒﺴﻡﺍﷲﺍﻠﺭﺤﻤﻥﺍﻠﺭﺤﻴﻡ‬
‫ﺍﻠﺴﻼﻡﻋﻠﻴﮑﻡ وﺭﺤﻤﺔﺍﷲ وﺒﺍﺭﮐﺘﻪ‬
DAN SELAMAT SEJAHTERA ……

Yang Berusaha Pn. Rosidah bt. Harun


Pengetua Sek Men Keb Malim
Yang Berbahagia Dato Mokhtar bin Harun
YDP Pibg SMK Malim

Yang dihormati Pn. Hjh Siti Zam bt. Dahlan


GPK Pentadbiran SMK Malim

Pn. Rohayati Bt Kamaruddin


GPK HEM SMK Malim

Pn. Hjh. Fauziah Bt Said


GPK Kokurikulum SMK Malim

En. Abdullah Bin Suleiman


GPK Pendidikan Khas

Barisan guru kanan mata pelajaran, guru-guru, ibu bapa dan para pelajar yang
dikasihi sekalian.

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan, memohon berkat agar
segala urusan mendapat rahmat dariNYA. Untuk itu, majlis mempersilakan Muhammad
Hafizuddin untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan....

1
BACAAN DOA

Amin amin ya rabbal alamin. Semoga majlis kita pada pagi ini mendapat rahmatNYE.
Insya-allah. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Muhammad Hafizuddin.

(MARINA)
Hadirin yang di hormati,

Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan izinNYA dapat kita bersama-
sama pada hari ini untuk menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan PT3 dan
Peperiksaan Akhir Tahun 2019.

Untuk makluman sidang hadirin, Majlis Anugerah Kecemerlangan ini diadakan bertujuan
untuk memberikan pengiktirafan kepada pelajar SMK Malim dalam peperiksaan PT3 dan
akhir tahun. Selain itu, dengan adanya penganugerahan ini diharapkan dapat
melahirkan ramai lagi pelajar yang cemerlang terutama dalam peperiksaan PT3 dan
SPM.

Terbang berdua burung merpati


Singgah sebentar di hujung dahan
Penyampaian anugerah majlis dirai
Tampak pincang tanpa ucapan

Hadirin yang dihormati,


Majlis kita akan diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, Pn.
Rosidah bt. Harun, Pengetua SMK Malim untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan......

UCAPAN TUAN PENGETUA

Majlis merakamkan terima kasih kepada Pn. Rosidah bt. Harun atas ucapan yang
disampaikan itu tadi.

2
IQRAM
UCAPAN PERASMI

Kenanga subur di pinggir halaman


Harum baunya menambat hati
Ucapan dinanti penuh debaran
Tanda majlis selamat dirasmi

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis dengan hormat dan bangga menjemput dan mempersilakan Yang dihormati
Dato Mokhtar b. Harun, YDP PIBG SMK Malim untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan PT3 dan Peperiksaan Akhir
Tahun 2019. Dipersilakan..

UCAPAN PERASMIAN

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Dato Mokhtar b. Harun, YDP PIBG
SMK Malim yang telah sudi merasmikan majlis kita pada hari ini.

PENYAMPAIAN ANUGERAH

Cempaka subur di pinggir halaman


Bau harum bersemi dihati
Anugerah dinanti penuh debaran
Tanda hati ikhlas dihargai

Hadirin yang dihormati,

Kini tibalah kita ke acara penyampaian anugerah kecemerlangan bagi peperiksaan akhir
tahun dan peperiksaan PT3 bagi tahun 2019.

3
PARA PELAJAR PENERIMA ANUGERAH DIMINTA BERSEDIA

Untuk itu, dipersilakan Pn. Hjh Siti Zam bt. Dahlan mengiringi Pn. Rosidah bt. Harun,
Pengetua SMK Malim tampil ke pentas untuk menyempurnakan acara penyampaian
anugerah untuk sesi yang pertama. Dipersilakan....

Senarai pelajar

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Rosidah dan Puan Hjh Siti Zam atas kesudian
menyempurnakan acara penyampaian anugerah itu tadi.

YDP PIBG

Hadirin yang dihormati sekalian majlis kita akan diteruskan lagi dengan mempersilakan
sekali lagi Puan Rosidah bt Harun mengiringi Dato Mokhtar b. Harun YDP PIBG SMK
Malim tampil ke pentas untuk menyempurnakan acara penyampaian anugerah yang
seterusnya. Dipersilakan....

MARINA

Panitia Cemerlang / Lulus 100% PT3 bagi tahun 2019

Dijemput Ketua Panitia serta ahli untuk tampil menerima penghargaan

Panitia yang meningkat GPS berbanding 2018

Seterusnya, anugerah kecemerlangan bagi pelajar cemerlang PT3

SENARAI akan dimulakan dengan....

Terima kasih diucapkan kepada Dato Mokhtar dan Pn. Rosidah atas kesudian
menyempurnakan acara penyampaian anugerah itu tadi.

IQRAM

Hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya penyampaian anugerah itu tadi, maka tamatlah sudah majlis
Anugerah Kecemerlangan. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan
kepada semua individu sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam menjayakan majlis ini.

4
Kenari bertamu datang bertandang
Terbang hinggap di dahan meranti
Sama-sama berumur panjang
Di majlis nan lain bertemu lagi

Kalau ada jarum yang patah


Jangan disimpan di dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Mohon kami harap diampuni

Dengan ini, majlis mempersilakan Pn. Rosidah dan barisan pentadbir mengiringi Dato
Mokhtar b. Harun serta dif-dif jemputan ke Bilik Ibnu Sina untuk menikmati jamuan.

Sekian .wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum wbr ..

Majlis diserahkan semula kepada guru bertugas.....


_______________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai