Anda di halaman 1dari 5

Majlis Penyerahan Keputusan PT3 2016

19 Disember 2016
Dewan Terbuka SMK DatoKamaruddin
Aturcara Majlis :
10.00
10.20
10.30
11.00
11.30

Bil
1

Pagi
Pagi
Pagi
Tgh
Tgh

:
:
:
:
:

Ucapan alu-aluan juruacara


Bacaan doa
Ucapan Pn Pengetua
Penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang
Penyerahan keputusan peperiksaan kepada semua pelajar

Agenda
Pengumum
an

Teks

Catatan

Untuk makluman hadirin sekalian, majlis akan


bermula sebentar sahaja lagi. Oleh itu, semua
pelajar diminta mengambil tempat dan
memenuhkan kerusi di bahagian
hadapan.Berikut diumumkan beberapa etika
yang harus dipatuhi bagi memastikan
kelancaran majlis.

Sila pastikan telefon bimbit berada dalam


mod senyap atau tidak diaktifkan.

Para pelajar diminta agar terus berada di


dewan sehingga majlis rasmi kita pada
hari ini selesai

Pergerakan keluar pelajar daripada majlis


mestilah dengan kebenaran guru.

# Mohon kerjasama yang baik dari semua


pelajar. Terima kasih

Solutasi

Dengan lafaz suci Bismillahirrahmanirrahim


Assalammualaikum WBT, salam sejahtera dan
salam perak excellent diucapkan kepada
Yang Berusaha ,
Pengetua SMK DatoKamaruddin

Yang Berusaha, Tn Hj Mukhtar b Md Salleh,Pen


Kanan Pentadbiran
Yang Berusaha, Pn Hjh Norihan bt Othman, Pen
Kanan Hal Ehwal Murid
Yang Berusaha, Pn Hjh Mazidah bt Hj Adnan,
Penolong Kanan Kokurikulum
guru-guru kanan mata pelajaran,penyelaras
tingkatan 3, guru cemerlang, rakan kaunselor,
rakan-rakan guru tingkatan 3 , dan para pelajar
tingkatan 3 yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah dengan keizinanNya, pada pagi
ini dapat kita berkumpul semula di dewan ini
setelah hampir sebulan menamatkan sesi
persekolahan 2016. Rasa syukur yang tidak
terhingga juga dirafakkan pada Yang Maha Esa,
atas nikmat kesihatan yang diberikan, lantas
dihimpun dan dipertemukan kita semua pada
pagi ini, bagi menjayakan kemurnian agenda
Majlis Penyerahan Keputusan PT3 SMK
DatoKamaruddin bagi tahun 2016.

Bacaan Doa

Bagi memberkati acara dan agenda , marilah


kita semua selaku insan kerdil sifat dan upaya,
menadah tangan bermunajat, memohon berkat
agar segala urusan mendapat rahmat dariNya.
Untuk itu, majlis mempersilakan
Saudara
Bagi memimpin bacaan doa.
Dipersilakan
..................................................................
Aamin, Ya Robbal Aalamiinn.
Semoga pertemuan kita pada pagi ini dipelihara
dan dilimpahkan sepenuh manfaat dan
keceriaan. Majlis merakamkan setinggi ucapan
terima kasih.

Ucapan
Puan
Pengetua

Santun berhikmah adat melayu,


Warisan amalan sejak dahulu,
Pohon keizinan barang sewaktu,
Ucapan pengetua amat dialu,
Hadirin sekalian,bingkisan ucapan pada pagi ini
dimulakan dengan ucapan aluan dari teraju
sekolah yang amat kita hormati iaitu
Majlis setulus hati mempersilakan.
............................................................................
.........
Majlis setulus hati merakamkan aprisiasi dan
terima kasih atas ucapan dan kata2 nasihat
yang disampaikan sebentar tadi.

Penyampai
an Hadiah
kepada
pelajar
cemerlang

Berbakul indah, berhias pulasan


Gemilau dengan bepermata berlian
Tibalah masa penyerahan slip keputusan
Penerima teruja menunggu giliran
Warga dewan yang dirahmati ALLAH sekalian,
Majlis pada hari ini akan mengumumkan dan
memberi penghargaan kepada para pelajar
yang memperolehi kecemerlangan dalam
peperiksaan PT3, 2016.Justeru adalah menjadi
harapan kami warga pendidik agar pencapaian
pada hari ini menjadi tonggak bagi memulakan
anjakan paradigma dan pencetus revolusi
dalam diri para pelajar apabila berada di
menengah atas nanti. Sesungguhnya kami
warga pendidik amat berbangga dengan
pencapaian yang kalian tunjukkan.

Bagi tujuan penyerahan slip keputusan dan


penyampaian hadiah , saya mempersilakan
pengetua SMK Dato Kamaruddin dengan
diiringi oleh
untuk menyampaikan slip keputusan dan

hadiah kepada pelajar cemerlang PT3 2016.


Majlis dimulakan dengan mengumumkan
penerima anugerah pelajar yang memperolehi
keputusan straight A dalam PT3 2016.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada
penerima yang pertama, berikan tepukan
kepada :
( Rujuk lampiran)

Kategori seterusnya adalah penyerahan slip


keputusan kepada pelajar yang memperolehi
keputusan 6A dan keatas.
( Rujuk Lampiran)

Selesai
penyerahan
anugerah

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


atas kesudian menyampaikan slip keputusan
dan hadiah kepada pelajar cemerlang sebentar
tadi. Tahniah dan syabas juga diucapkan
kepada pelajar2 yang memperolehi keputusan
yang cemerlang.
Bertanam Lada berbatas Rimbun,
Tumbuh di kali lebat buahnya
Berkat usaha disulam tekun
Sumur digali terbitlah airnya

Bagi yang kurang Berjaya, jangan berputus asa,


perjalanan dalam menuntut ilmu masih jauh,
teruskan berusaha, yakin bahawa ALLAH SWT
tidak akan mengubah nasib hambanya,
melainkan hambanya itu sendiri berusaha
mengubah nasib dirinya.
Akhir kata,
Oraklah langkahmu wahai anak2 sedaka

sekalian
Medan ilmu, medan jihad kita
Teruskan perjuangan,
Jangan mudah terhalang.
# Selepas ini pelajar pelajar yang belum
menerima keputusan, boleh lah mendapatkan
keputusan anda daripada guru tingkatan
masing2.

Penutup

Sekalung ucapan terima kasih kepada semua


yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung dalam menjayakan majlis ini.
Yg baik itu adalah dari ALLAH, dan yg buruk itu
adalah dari kelemahan diri kami sendiri.
Sekian, wabillahitaufiq walhidayah,
wassalamualaikum wbt

Anda mungkin juga menyukai