Anda di halaman 1dari 13

MAJLIS TAMAT SEKOLAH DAN APRESIASI KECEMERLANGAN

SK LANGGAR SESI 2022/2023

PENGUMUMAN KETIBAAN:

Mengumumkan Ketibaan Para Dif Kehormat Serta para Tetamu


Jemputan.

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Saya Bagi Pihak Sekolah Mengalu-Alukan Kedatangan Para Tetamu


Jemputan, Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Ke Majlis Tamat Sekolah Dan
Apresiasi Kecemerlangan,SK Langgar,Kota Bharu Sesi 2022/2023,

Untuk Makluman Hadirin Sekalian, Majlis Akan Bermula Sebentar


Sahaja Lagi.

Dijemput Hadirin Sekalian Mengambil Tempat Duduk Masing-Masing.

Majlis Juga Memohon Kerjasama Daripada Hadirin Sekelian Untuk


Tidak Mengaktifkan Telefon Bimbit Sebaik Sahaja Majlis
Bermula.Terima Kasih.
KATA ALUAN dan TUJUAN:

1. Yang Berusaha Puan Rosliza binti Ahmad,Guru Besar SK Langgar

2. Yang Berbahagia Puan Norhayati binti Hussin,Pegawai


SISC+,Pegawai Perhubungan Sekolah,Pejabat Pendidikan
Daerah Kota Bharu.

3. Yang Berbahagia Tuan Abdullah bin Tuan Man,Yang Di Pertua


PIBG,SK Langgar.

4. Yang Dihormati Para Guru Pendidik, Ibu Bapa Dan Penjaga


Serta Anak-Anak Didik Sekelian.

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Ke Pekan Kuala Membeli Bingka,

Sayang Pesanan Terlupa Sudah

Majlis Bermula Tirai Dibuka

Dengan Alunan Madah Yang Indah.

Hadirin Yang Dihormati Sekelian.

Setinggi Kesyukuran Dipanjatkan Ke Hadrat Illahi.

Kerana Dengan Limpah Kurnianya

Dapat Kita Meluangkan Masa Bersama2 Pada Pagi Yang Permai Ini

Bersempena Dengan Majlis Tamat Sekolah Dan Apresiasi


Kecemerlangan SK Langgar Sesi 2022/2023.
Sebelum Kita Meneruskan Acara…

Saya Bagi Pihak Majlis…Ingin Membingkiskan Ucapan Selamat Datang


Dan Jutaan Terima Kasih Di Atas Kesudian Semua Untuk Hadir
Bersama Meraikan Majlis Pada Hari Ini.

BACAAN AL QURAN:

Sebagai Memberkati Pembukaan Majlis…Marilah Sama2 Kita


Mendengar Dan Menghayati…Bacaan Al Quran dari Surah Al Alaq
Yang Akan Diperdengarkan Oleh Adik Qistina Batrisya binti Mohd
Mahzan…Dari Kelas 5 Al Razi…Dipersilakan.

Sadaqallah…Terima Kasih DiUcapkan Di Atas Bacaan Ayat Suci Al


Quran Sebentar Tadi….Dengan Ini Marilah Sama2 Kita Memahami
Intisari Ayat Tersebut Yang Seperti Berikut….

Nabi Muhammad SAW Pada Ketika Itu berada Dalam Zaman Yang
Penuh Kerosakan…Satu Umat Yang Dipandang Ringan Oleh Parsi Dan
Rom Kerana Tidak Pandai Membaca.

Nabi Muhammad SAW Diselubungi Maslah Kehidupan Sekeliling Bumi


Makkah. Anak-anak Perempuan Ditanam Hidup2 Dan Wanita dijadikan
Hamba.Pesta Ibadah Di Sekeliling Kaabah Tidak Membawa Konsep
hanif Sepertimana Di Zaman Nabi Ibrahim AS.

Nabi Muhammad SAW Bermenung Dan Mengasingkan Diri DI Gua


Hira’…Baginda Berulang Alik Ke Sana Disokong Oleh Isteri Tercinta
Saidatina Khadijah Sehinggalah Turun Wahyu Pertama Iqra’.
Nabi Muhammad SAW Tidak Pandai Membaca….Lantas Dipeluk Untuk
Ke Sekian Kalinya Supaya Mengikut Bacaan Malaikat Jibrail Hingga
Ayat Ke-5 Al Alaq.

Iqra’ Telah Dipersetujui Sebagai Wahyu Pertama Untuk Menjadi


latar Betapa dalam Islam…Membaca Itu Adalah Asas Untuk Membina
Keimanan Dan Beragama.

Bacaan Itu Bukanlah Sekadar Bermaksud Membaca Tulisan Daripada


Buku Atau Majallah…Tetapi Juga Menghimpunkan Beberapa perkara
Sehingga Menjadi Sesuatu Yang Bermakna.Inilah asa Iqra’
BACAAN DOA:

Bismillahirrahmanirrahim…

Sempena Dengan Majlis Tamat Sekolah Dan Apresiasi Kecemerlangan


SK Langgar Sesi 2022/2023 ini…

Majlis Dengan Penuh Takzim Menjemput Dan Mempersilakan Ustaz


Hamzani bin Hassan Untuk Memimpin Bacaan Doa.

Oleh Itu Marilah Sama-Sama Kita Mengaminkannya.

Dengan Segala Hormatnya Dipersilakan.

Pihak Majlis Mengucapkan Terima Kasih Atas Bacaan Doa Itu Tadi.
UCAPAN ALUAN GURU BESAR:

Hadirin Yang Dihormati, Untuk Tidak Melengahkan Masa, Marilah


Kita Sama-Sama Mendengar Ucapan Aluan Daripada Yang Berusaha,
Puan Rosliza Ahmad,Guru Besar SK Langgar.

Majlis Dengan Segala Hormatnya Mempersilakan.

Pihak Majlis Mengucapkan Ribuan Terima Kasih Kepada Puan Guru


besar Atas Ucapan Itu Tadi.
UCAPAN PERASMI:

Kalau Tuan Pikat Kenari


Jangan Patahkan Batang Jerami
Kepada Tuan Sembah Diberi
Mohon Rasmikan Majlis Kami.

Hadirin Yang Dihormati Sekelian…

Ketetapan Acara Kita Diteruskan Lagi.

Majlis Dengan Segala Hormatnya Menjemput Dan Mempersilakan


Yang Berbahagia Puna Norhayati Hussin PegawaiSISC+,Pegawai
perhubungan Sekolah, PPD Kota Bharu Untuk Menyampaikan Ucapan.

Dan Seterusnya Merasmikan Majlis Tamat Sekolah Dan Apresiasi


Kecemerlangan SK Langgar Sesi 2022/2023.

Dengan Segala Hormatnya Dipersilakan.

Majlis Merakamkan Ucapan Terima Kasih Atas Kelangsungan


Perasmian Itu Tadi.

PERSEMBAHAN TAHAP 2

Kini Tibalah Masa Majlis Diserikan Dengan Persembahan Daripada


Murid2 Tahap 2….Dijemput Untuk Naik Ke Pentas.

Terima Kasih Atas Persembahan Yang Menceriakan Itu Tadi.


ANUGERAH & TOKOH

Majlis Bernama Anugerah Cemerlang,


Menjadi Azam Jati Diri,
Sudah Tercipta Kejayaan Gemilang,
Hari Ini Kecemerlangan Dihargai.

Untuk Makluman Semua…Majlis Anugerah Ini Adalah Sebagai Tanda


Penghargaan Daripada Pihak Sekolah Kepada Anak-anak Didik Yang
Cemerlang…Mereka Ini Bukan Sahaja Cemerlang Dalam Bidang
Kurikulum Dan Ko Kurikulum Malah Merangkumi Sahsiah Juga.

ANUGERAH PRA SEKOLAH

Hadirin Yang Dihormati Sekelian…

Mendahului Acara Penyampaian Anugerah Kecemerlangan SK Langgar


Sesi 2022/2023…Majlis Dengan Ini Menjemput Dan Mempersilakan
Puan Maziana Abdullah PKKO SK Langgar Untuk Menyampaikan
Anugerah Pra Kepada Murid2 Pra Sekolah.

Dengan Segala Hormatnya Dipersilakan.

BACA NAMA PENERIMA (Yeop)

Majlis Merakamkan Ucapan Terima Kasih Atas Kesudian Puan PKKO


Itu Tadi.

Kepada Semua Murid Pra Sekolah Diminta Bersedia Untuk Sesi


Fotografi Bersama PKKO.
PERSEMBAHAN MURID PRA SEKOLAH

Majlis Diserikan Lagi Dengan Persembahan Anak2 Cilik Pra Sekolah


SK Langgar…Dipersilakan.

Terima Kasih Diucapkan Atas Persembahan Yang Menghiburkan Itu


Tadi.

ANUGERAH KURIKULUM TAHAP 1 & ANUGERAH NILAM

Seterusnya Bagi Menyempurnakan Penyampaian Anugerah Kurikulum


Tahap 1 Dan Anugerah Nilam…Majlis Dengan Hormatnya Menjemput
En. Mazri bin Ibrahim PKP SK Langgar Untuk Menyampaikan
Anugerah.

BACA NAMA PENERIMA (Yeop)

Terima Kasih Diucapkan Kepada PKP SK Langgar Kerana Sudi


Menyampaikan Anugerah2 Tersebut.

ANUGERAH KURIKULUM TAHAP 2

Hadirin Sekelian…Acara Majlis Diteruskan Lagi Dengan Penyampaian


Anugerah Kurikulum Tahap 2 Yang Akan Disempurnakan Oleh Puan
Rosliza binti Ahmad Guru Besar SK Langgar…Majlis Dengan Segala
Hormatnya Mempersilakan.

BACA NAMA PENERIMA (Yeop)

Ucapan Terima Kasih Buat Puan Guru Besar SK Langgar Atas


Kesudian Menyampaikan Anugerah Kepada Penerima2.
ANUGERAH HEM & KO KURIKULUM

Seterusnya Majlis Disusuli Pula Dengan Menyampaikan Anugerah


HEM & Ko Kurikulum Kepada Penerima2 Terpilih…Dengan Itu majlis
Dengan Takzimnya Ingin Menjemput En. Fadlilah Bin Deraman Untuk
Melengkapkan Upacara Penyampaian…

Dengan Hormatnya Dipersilakan.

BACA NAMA PENERIMA (Yeop)

Majlis Mengucapkan Terima Kasih Kepada PKHEM SK Langgar Atas


Kesudian Menyampaikan Anugerah.

PERSEMBAHAN MURID TAHAP 1

Tibalah Masanya Majlis Memberi Laluan Kepada Murid2 Tahap 1


Untuk Membuat Persembahan Mereka…Dengan Sukacitanya
Dipersilakan.

Majlis Mengucapkan Terima Kasih Ke Atas Persembahan Yang


Menghiburkan Itu Tadi.
ANUGERAH APRESIASI TAHUN 6 & ANUGERAH TOKOH

Hadirin Yang Dihormati Sekelian…Tibalah Masa Yang Dinanti2 Dan


Ditunggu2…

Penyampaian Anugerah Apresiasi Tahun 6 & Anugerah Tokoh SK


Langgar Yang Akan Disempurnakan Oleh Puan Norhayati Binti
Hussin,Pegawai SISC+,Pegawai Perhubungan Sekolah,PPD Kota
Bharu…

Majlis Dengan Segala Hormat Dan Takzimnya Mempersilakan.

BACA NAMA PENERIMA (Yeop)

BACA BIODATA TOKOH (Yeop & Yong)

Majlis Merakamkan Ucapan Terima Kasih Atas Kesudian Puan PPD


Dalam Menyempurnakan Penyampaian Anugerah

Kepada Penerima Anugerah Sebentar Tadi Diminta Bersedia Untuk


Sesi Fotografi Bersama Puan PPD.
PENUTUP
Dengan Berakhirnya Penyampaian Itu Tadi, Maka Majlis Tamat
Sekolah Dan Apresiasi Kecemerlangan Sesi 2022/2023, SK Langgar
Kota Bharu pada kali Ini Melabuhkan Tirainya.

Jutaan Terima Kasih Kepada Semua Pihak Yang Terlibat Dalam


Menjayakan Dan Menghadiri Majlis Ini.

Dikesempatan Ini Sebelum Langkah Diatur Pergi… Izinkan Kami


Sekali Lagi Mewakili Semua Warga SK Langgar, Kota Bharu…
Menyusun Sepuluh Jari Memohon Kemaafan Seikhlas Hati…Andai
Terkasar Bahasa Mahupun Terlanjur Bicara.

Tuan Puteri Pergi Ke Rasah

Pulang Semula Sebelah Pagi

Kita Bertemu Akhirnya Berpisah

Diizin Tuhan Bersua Lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

PERSEMBAHAN:
Majlis Seterusnya Akan Disusuli Pula Dengan Acara Persembahan
Daripada Anak-Anak Didik Sk Langgar..

Dijemput…………………………………Untuk Mempersembahkan…………………………

Persembahan Yang Kita Saksikan Sebentar Tadi Adalah Daripada

Anak-Anak Didik…………………………………………………………………………………………..

Anda mungkin juga menyukai