Anda di halaman 1dari 9

TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KOKURIKULUM & HEM 2022

ATURCARA SKRIP PENGACARA

Ketibaan Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Puan Leong Shiau Tien , Yang
YDP &
tetamu Dipertua PIBG SMK Tropicana, diiringi masuk oleh Puan Zurani binti Mohd
jemputan Zain, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Tropicana, dan dif-dif jemputan.

Lagu
Negaraku & Hadirin sekalian, nyanyian lagu Negaraku dan Negeri Selangor akan
Negeri
Selangor berkumandang sebentar lagi. Hadirin diminta berdiri.

..................... Nyanyian Lagu Negaraku & Negeri Selangor..............................

Hadirin dipersilakan duduk.

Bacaan Doa Anugerah dikecap si anak watan,


Mengangkat senjata bidalan suara;
Menadah tangan memohon keberkatan,
Mendapat restu hidup sejahtera

Bagi memberkati majlis pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan ………………………………………………….untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal Aalamin


Demikianlah tadi bacaan doa yang dipimpin oleh ……………………………………..
Alu-aluan Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Hinggap minum di tepi kali,


Penat si helang membelah angkasa ,
Pelajar cemerlang sama dirai,
Agar terlaksana wawasan negara.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan


salam sejahtera. Majlis dengan penuh rasa hormat dan bangganya mengalu-
alukan kehadiran;

Yang Berbahagia, Puan Leong Shiau Tien, YDP PIBG SMK Tropicana,
Yang Berusaha Puan Zurani binti Mohd Zain, Penolong Kanan Kurikulum SMK
Tropicana,
Yang Dihormati Puan Hana Marlin binti Esa, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SMK Tropicana,
Yang Dihormati Puan Cheng Sok Fun, Penolong Kanan Kokurikulum SMK
Tropicana

Ahli Jawatankuasa PIBG,

Guru- guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alu-aluan Hadirin sekalian, pada pagi ini, warga SMK Tropicana berasa amat bertuah
kerana dapat menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan
HEM SMK Tropicana bagi tahun 2022.
Majlis ini amat bersesuaian dengan misi sekolah untuk melahirkan modal insan
yang seimbang dari segala aspek sahsiah, rohani dan jasmani. 
Untuk pengetahuan semua, majlis ini julung-julung kalinya diadakan
melibatkan dua unit serentak. Murid-murid SMK Tropicana yang menunjukkan
ketokohan dalam pelbagai bidang mencakupi kepemimpinan, keperibadian dan
kokurikulum akan diberikan anugerah sebagai bukti penghargaan pihak
sekolah.

Ucapan PK Hadirin yang dihormati,


Pentadbiran

Bertonggakkan adat yang datang disambut, yang pergi diiringi maka majlis
dengan bangganya menjemput Puan Zurani binti Mohd Zain, Penolong Kanan
Pentadbiran SMK Tropicana, untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.
....................................................................

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas


ucapan alu-aluan itu tadi.

Ucapan Pahlawan Iban gagah perkasa,


Perasmian
Musuh datang habis dibasmi,
YDP PIBG
Tuan sudah diberi kuasa,
Sudilah kira, pohon merasmi

Kini, tibalah masanya untuk kita mendengar ucapan perasmian Majlis Anugerah
Kecemerlangan Kokurikulum dan HEM SMK Tropicana bagi tahun 2022.
Majlis dengan segala hormat, mempersilakan Yang Berbahagia Puan Leong
Shiau Tien, YDP PIBG SMK Tropicana untuk menyampaikan ucapan, seterusnya
merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan HEM SMK
Tropicana 2022. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
............................................................

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang


Berbahagia Puan Leong Shiau Tien kerana sudi menyampaikan ucapan dan
merasmikan majlis sebentar itu tadi.

Penyampain Hadirin sekalian, kini tibalah saat yang dinantikan, Penyampaian Anugerah
Sijil / Kecemerlangan Kokurikulum dan HEM SMK Tropicana Tahun 2022. Bagi
Hadiah HEM
menyempurnakannya, pihak majlis dengan berbesar hati menjemput Puan
Zurani binti Mohd Zain, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Tropicana, diiringi
oleh Puan Cheng Sok Fun, Penolong Kanan Kokurikulum untuk ke pentas
utama bagi menyampaikan anugerah.

Majlis dimulakan dengan Anugerah HEM 2023

Penyampaian anugerah dimulakan dengan ANUGERAH SAHSIAH TERPUJI.

Penerima anugerah ini ialah ……………………………..

Dijemput,

-Rujuk Senarai Penerima-

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian ANUGERAH KHAS HEM.


Penerima anugerah ini ialah ……………………………..
Dijemput,
-Rujuk Senarai Penerima-

Seterusnya, penyampaian sijil bagi ANUGERAH KHAS KEPIMPINAN 2022


KETUA TINGKATAN.
Penerima anugerah ini ialah ……………………………..
Dijemput,
-Rujuk Senarai Penerima-

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian ANUGERAH KHAS KEPIMPINAN


2022 KETUA TINGKATAN
Penerima anugerah ini ialah ……………………………..
Dijemput,
-Rujuk Senarai Penerima-

Seterusnya, penyampaian sijil bagi ANUGERAH KHAS KEPIMPINAN 2022


PENGAWAS
Penerima anugerah ini ialah ……………………………..
Dijemput,
-Rujuk Senarai Penerima-

Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian ANUGERAH KHAS


KEPIMPINAN 2022 PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
Penerima anugerah ini ialah ……………………………..
Dijemput,

-Rujuk Senarai Penerima-

Anugerah seterusnya ialah ANUGERAH KEHADIRAN KELAS TERBAIK. Anugerah


ini diberikan kepada kelas yang mencapai purata peratus kehadiran tertinggi
sepanjang tahun. Anugerah ini diberikan kepada kelas 4 Sains 2. Dipersilakan
wakil kelas 4 SAINS 2 untuk menerima anugerah.

Hadirin yang dihormati, penyampaian anugerah diteruskan dengan


penyampain sijil kepada barisan AJK Pembimbing Rakan Sebaya 2022.
Dijemput,

-Rujuk Senarai Penerima-

Seterusnya, dijemput barisan Ketua Tingkatan 2022 untuk menerima sijil


Dipersilakan………….

-Rujuk Senarai Penerima-

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Zurani binti Mohd Zain
dan Puan Cheng Sok Fun kerana sudi menyampaikan anugerah sebentar tadi.
Barisan hadirin yang dihormati sekalian,

Penyampaian anugerah diteruskan lagi. Bagi menyempurnakan penyampaian,


majlis dengan berbesar hati menjemput, Puan Leong Shiau Tien Yang Dipertua
PIBG diiringi oleh Puan Hana Marlin binti Esa, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid untuk ke pentas utama bagi menyempurnakan penyampaian anugerah.

Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Kokurikulum 2022

Anugerah Kokurikulum dimulakan dengan Anugerah Papan Kenyataan


Terbaik.

Bagi papan kenyataan terbaik Badan Unit Beruniform, dipersilakan Ketua Guru
Penasihat  Briged Puteri

Bagi unit Kelab dan Persatuan dipersilakan Ketua Guru Penasihat Kelab
Kerjaya

Seterusnya, bagi unit Sukan dan Permainan dipersilakan Ketua Guru Penasihat
Bola Jaring

Seterusnya, bagi Anugerah Pengurusan Kokurikulum Terbaik

Dipersilakan Ketua Guru Penasihat Badan Beruniform Briged Puteri


Dipersilakan Ketua Guru Penasihat Kelab dan Persatuan Sains dan Matematik
Dipersilakan Ketua Guru Penasihat Sukan dan Permainan Bola Jaring

Hadirin yang dihormati,

Anugerah seterusnya ialah Anugerah Khas Kokurikulum (Guru). Anugerah ini


diberikan sebagai tanda penghargaan pihak sekolah kepada guru yang
melibatkan diri secara aktif serta memberi banyak sumbangan di dalam bidang
kokurikulum.

Bagi Anugerah Guru Aktif Kokurikulum dipersilakan Encik Mohd Fadzeren


untuk naik ke pentas utama.

Seterusnya, bagi Anugerah Khas & Sumbangsih dipersilakan Pn.Khor untuk


naik ke pentas utama.

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan Anugerah Khas Kecemerlangan Kokurikulum 


(Murid).

Bagi Anugerah Tokoh Sukan & Permainan

Pertama, dipersilakan Lee Seng Yee dari kelas 4S2


Seterusnya, Arabella dari kelas 5SK1

Seterusnya ialah, Anugerah Tokoh Ko-akademik

Pertama, dipersilakan Alfred dari kelas 4SK2


Seterusnya, Queeniee dari kelas 5S1

Seterusnya, bagi Anugerah Tokoh Harapan Sukan & Permainan

Pertama, dipersilakan Hong Yew Man dari kelas 2B


Amanda dari kelas 2C

Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Khas Pasukan Harapan


Sukan & Permainan. Anugerah ini diberikan kepada Pasukan Frisbee Sekolah
yang terdiri daripada 7 orang pemain. Dipersilakan,

-Rujuk Senarai Penerima-


Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil bagi Anugerah Khas Pasukan
Sukan & Permainan Terbaik. Anugerah ini diberikan kepada 4 orang pemain
Pasukan Bola Tampar sekolah. Dipersilakan,

-Rujuk Senarai Penerima-

Seterusnya, ialah Anugerah Khas Koakademik Tahun 2022. Anugerah ini


dianugerahkan kepada 11 orang ahli pasukan Robotik kerana penglibatan aktif
mereka di dalam pelbagai peringkat pertandingan. Dipersilakan

-Rujuk Senarai Penerima-

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil penghargaan bagi Anugerah


Kehadiran Unit Kokurikulum Terbaik. Anugerah Kehadiran Unit Kokurikulum
Terbaik bagi unit

Badan Berunifrom, dipersilakan KETUA GURU PENASIHAT BRIGED PUTERI

Seterusnya, unit Kelab dan Persatuan dipersilakan KETUA GURU PENASIHAT


BAHASA INGGERIS

Seterusnya, unit Sukan dan Permainan dipersilakan KETUA GURU PENASIHAT


BOLA SEPAK

Anugerah seterusnya ialah, Anugerah Unit Kokurikulum Terbaik.

Dipersilakan

Ketua Guru Penasihat BADAN BERUNIFROM BRIGED PUTERI


Ketua Guru Penasihat KELAB DAN PERSATUAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
Ketua Guru Penasihat SUKAN & PERMAINAN BOLA JARING

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Leong Shiau Tien dan
Puan Hana Marlin binti Esa kerana sudi menyampaikan anugerah sebentar
tadi.

Tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga penghargaan yang


diterima pada hari ini menjadi dorongan dan sokongan kepada guru-guru dan
murid-murid untuk mengejar, meningkatkan, serta mengekalkan prestasi yang
cemerlang.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, setiap pertemuan pasti ada
perpisahan, itu adat itu lumrah kehidupan, begitulah rentetan perjalanan,
walau sukar untuk ditelan, tapi kaki tetap mengorak jalan, selagi hayat
dikandung badan.

Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan HEM 2022, hampir


sampai ke penghujungnya. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga
saya ucapkan kepada semua warga kerja yang terlibat dalam menjayakan
majlis ini. Bagi pihak ahli jawatankuasa pengelola dan seluruh warga
SMK Tropicana memohon kemaafan jika terdapat sebarang kesilapan
sepanjang majlis ini berlangsung.

Sekian sahaja, salam hormat, wabillahi taufiq walhidayah


wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai