Anda di halaman 1dari 8

SKRIP PENGACARA

MAJLIS PENUTUPAN IHYA RAMADAN


Penyampai Perkara Skrip
MOHON PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR, BAGI
MELANCARKAN MAJLIS KITA PADA HARI INI SEMUA
PELAJAR DIMINTA DUDUK DALAM KEADAAN TERTIB
DAN MENJAGA TATA SUSILA MAJLIS.

Majlis mempersilakan peserta khatam al- Quran untuk


naik ke pentas dan mengambil tempat masing- masing.

Sirih berlipat Sirih Pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis Kata Selamat Datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Bismillahirrahmanirrahim....

YANG BERUSAHA,
TN HJ ABU HASSAN BIN MOHD SAID
PENGETUA CEMERLANG SMK SULTAN IDRIS
SHAH II

YANG BERUSAHA,
PUAN HAJAH ROSMAH BINTI PIT,
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN,
SMK SULTAN IDRIS SHAH II

YANG BERUSAHA,
PUAN SILAWATI BINTI MOHD AMIN,
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID,
SMK SULTAN IDRIS SHAH II

YANG BERUSAHA,
ENCIK DANIEL BIN HARUN,
PEN KANAN KO-KURIKULUM,
SMK SULTAN IDRIS SHAH II GERIK,

YANG DIHORMATI,
Barisan Pentadbir SMK Sultan Idris Shah II,
Guru-guru dan seterusnya rakan- rakan pelajar yang
dikasihi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam


Malaysia Madani.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah
S.W.T kerana dengan limpahan rahmat dan izinNYA, dapat
kita berhimpun di dewan SMK Sultan Idris Shah II,
membawa satu hajat, sebuah hasrat, iaitu bagi sama-sama
menjayakan Majlis Penutupan Ihya Ramadan peringkat
sekolah bagi tahun 2024.

Terlebih dahulu, majlis merakamkan sekalung penghargaan


dan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua hadirin atas
kesudian meluangkan masa, bersama-sama menjayakan
Majlis Sambutan Penutupan Ihya Ramadan ini.

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat

Bagi memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah


tangan bermunajat, memohon keberkatan agar segala
urusan mendapat rahmat.

BACAAN Justeru itu, majlis menjemput dan mempersilakan saudara


DOA MUHAMMAD AQEEL BIN ABDUL RAHIM untuk memimpin
bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Amin, Amin Ya Rabbal ‘Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan


terima kasih atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dihormati,


Majlis diteruskan lagi dengan majlis khatam al- Quran yang
MAJLIS KHATAM
akan dipimpin oleh
AL- QURAN
saudara_________________________________________
________________________________________________

Demikian tadi bacaan khatam al- Quran oleh barisan


peserta. Mari lah kita sama- sama menjadikan al- Quran
sebagai panduan dan pegangan, moga- moga dengannya
kita beroleh syafaat di akhirat kelak.

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara senyum tertawa,
Kata azimat simpulan kasih,
Sulamkan Mesra, satukan jiwa.

UCAPAN WAKIL Para Hadirin Sidang Dewan Yang dihormati sekalian,


PELAJAR Majlis pada pagi ini dimulakan dengan ucapan daripada
wakil pelajar.
Untuk itu, majlis menjemput saudara
________________________________________________
untuk memberikan ucapan. Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada


SELEPAS saudara_________________________________________
UCAPAN WAKIL
_______________________________________________.
PELAJAR
atas ucapan sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat yang dimuliakan sekalian,

Terbang di awan burung jentayu,


Batu diangkat bunyi meletup;
Kata azimat kami merayu,
Sebagai ucapan kata penutup.
UCAPAN
Dengan itu, majlis dengan segala hormat dan penuh
PERASMIAN
takzimnya, mempersilakan TN HJ ABU HASSAN BIN
MAJLIS
MOHD SAID Pengetua Cemerlang SMK Sultan Idris Shah II
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Majlis Penutupan Ihya Ramadan peringkat sekolah bagi
tahun 2024.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

Demikian tadi ucapan oleh Yang Berusaha TN HJ ABU


SELEPAS
HASSAN BIN MOHD SAID Pengetua Cemerlang SMK
UCAPAN
Sultan Idris Shah II. Pihak majlis merakamkan ucapan
PERASMIAN
terima kasih atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
MAJLIS
TAYANGAN
VIDEO PKKI

Hadirin yang dihormati.


Seterusnya, mari lah kita sama- sama saksikan tayangan
video aktiviti PKKI SMKSIS II sepanjang bulan Ramadan ini.

Terima kasih kepada tenaga pengajar PKKI atas kesabaran


dan kesungguhan dalam mendidik para pelajar.

PENYAMPAIAN Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu penyampaian


HADIAH
hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan
sempena majlis penutupan Ihya Ramadan peringkat sekolah
bagi tahun 2024.

Sebelum itu, dijemput .........................................


……………………………………………………………………
……………………………..diiringi............................................
.................
……………………………………………………………………
…………………..untuk menyampaikan hadiah kepada
peserta. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

1. Dimulakan dengan pemenang daripada pelajar- pelajar


PKKI. Pencapaian ini diambil kira berdasarkan penglibatan
dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang aktiviti
dilaksanakan , dipersilakan;
KETIGA-
NAIB JOHAN-
JOHAN –

2. Seterusnya, penyampaian hadiah bagi


pertandingan kad raya paling kreatif kategori
Menengah Rendah

Dipersilakan penerima hadiah ;


1.
2.
3.
4.
5.

3. Seterusnya, penyampaian hadiah bagi


pertandingan kad raya paling kreatif kategori
Menengah Atas
Dipersilakan penerima hadiah ;
1.
2.
3.
4.
5.

4. Seterusnya, penyampaian hadiah bagi


pertandingan video tazkirah ringkas
1.
2.
Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih
sekalung budi diucapkan
kepada……………………………………………………………
……………………………………………………………………..
kerana menyempurnakan penyampaian hadiah sebentar
tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian saguhati kepada
para peserta khatam al- Quran.

Sebelum itu, dijemput .........................................


……………………………………………………………………
……………………………..diiringi............................................
.................
……………………………………………………………………
PENYAMPAIAN
…………………..untuk menyampaikan hadiah kepada para
SAGUHATI
KHATAM AL- peserta. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.
QURAN
1-20

Terima kasih sekalung budi diucapkan


kepada……………………………………………………………
……………………………………………………………………..
kerana menyempurnakan penyampaian hadiah sebentar
tadi.

PEMBERIAN Seterusnya pemberian duit raya bagi pelajar- pelajar yang


DUIT RAYA
terpilih.
ANAK YATIM
Sebelum itu, dijemput .........................................
……………………………………………………………………
……………………………..diiringi............................................
.................
……………………………………………………………………
…………………..untuk menyampaikan pemberian kepada
pelajar-pelajar berkenaan. Majlis dengan sukacitanya
mempersilakan.
1-53
Seterusnya sumbangan daripada pihak YAPEIM kepada 5
orang pelajar yang terpilih

SUMBANGAN Terima kasih sekalung budi diucapkan


YAPIEM
kepada……………………………………………………………
……………………………………………………………………..
kerana menyempurnakan pemberian sebentar tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan baju raya kepada
pelajar- pelajar yang bertuah.

Sebelum itu, dijemput .........................................


……………………………………………………………………
……………………………..diiringi............................................
PENYERAHAN
BAJU RAYA .................
……………………………………………………………………
…………………..untuk menyampaikan penyerahan baju
raya kepada pelajar-pelajar berkenaan. Majlis dengan
sukacitanya mempersilakan.
1-40
Majlis telah sampai ke penghujungnya. Majlis merakamkan
jutaan terima kasih kepada hadirin sekalian yang sudi hadir
bagi memeriahkan majlis penutupan Ihya Ramadan peringkat
PENGAGIHAN
sekolah pada hari ini.
DUIT RAYA
SEMUA MURID

Akhir Kata

Bunga dedap di atas para


Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta

Terima Kasih Sekalung Budi


Dari Kami seikhlas hati
Sekian saya sudahi dengan lafaz mulia.....

Assalamualaikum W. B. T dan sekian Terima Kasih.

MAJLIS BERSURAI – SELESAI

Anda mungkin juga menyukai