Anda di halaman 1dari 11

MAJLIS PENUTUPAN IHYA RAMADHAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 2024

HARI : KHAMIS
TARIKH : 4/4/2024
MASA : 10.00AM – 12.00 PM
TEMPAT : SURAU, KOLEJ VOKASIONAL GERIK

SALUTASI
Yang Berusaha,
 Puan Khuszariah binti Mohd Kalil ( Naib Yang Dipertua PIBG Kolej Vokasional Gerik)
 Puan Hajah Noor Azizah bt Musa ( Pengarah Kolej Vokasional Gerik)
 Tn. Hj. Mohamad Ramli bin Salleh ( Timbalan Pengarah Akademik )
 Tn. Hj. Sirusmini bin Sidik ( Timbalan Pengarah Sokongan Akademik)
 Puan Norazfida Hanim binti Hj Mohamad Arif ( Ketua Jaminan Kualiti )

Yang Dihormati,
 Encik Muhammad Shahir bin Muhammad Sharif ( Penyelaras Program Ihya Ramadhan)
 Ketua-ketua Jabatan
 Ketua-ketua Program
 Jawatankuasa Pelaksana Program
 Barisan Pensyarah
 Barisan MPP
 Dan para pelajar yang dikasihi sekalian
TEKS MC MAJLIS KONVOKESYEN PRA SEKOLAH KOLEJ VOKASIONAL GERIK 2024
MASA/CUE TEKS CATATAN
General Mohon perhatian.
**semua hadirin
mengambil Semua hadirin diminta untuk mengambil tempat duduk kerana majlis akan 09.50 am
tempat duduk di dimulakan sebentar sahaja lagi.
dewan besar
Kerjasama hadirin amatlah dihargai. Terima kasih.

Aluan MC Sirih berlipat sirih pinang, 08.10 am


Sirih dari pulau mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Berusaha,
 Pn. Khuszariah bt Mohd Kalil (Naib Yang Dipertua PIBG KVG)
 Pn. Hajah Noor Azizah bt Musa ( Pengarah Kolej Vokasional Gerik)
 Tn. Hj. Mohamad Ramli bin Salleh (Tim. Pengarah Akademik )
 Tn. Hj. Sirusmini bin Sidik (Tim. Pengarah Sokongan
Akademik)
 Puan Norazfida Hanim binti Hj Mohamad Arif ( Ketua Jaminan Kualiti )
Yang Dihormati,
 Encik Muhammad Shahir bin Muhammad Sharif
(Penyelaras Program Ihya Ramadhan)
 Ketua-ketua Jabatan
 Ketua-ketua Program
 Jawatankuasa Pelaksana Program
 Barisan Pensyarah
 Barisan MPP
 Dan para pelajar yang dikasihi sekalian

Alhamdulillahi robbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa asyrofil anbiyai wal


mursaliin, wa ‘ala alihi wa sohbihi ajma’iin.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, dan Salam


Malaysia Madani.

Majlis mengucapkan selamat datang kepada semua hadirin ke Majlis Penutupan


Ihya Ramadhan Kolej Vokasional Gerik bagi tahun 2024.

Di majlis yang permai ini, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran


kehadrat Ilahi kerana dengan izin serta limpah rahmatNya kita diberikan
kekuatan dan kelapangan masa untuk kita bersama-sama menjayakan Quran
Hour, Majlis Khatam AL-Quran dan penutupan Ihya Ramadhan Kolej
Vokasional Gerik. Terlebih dahulu bagi pihak majlis, kami amat berbesar hati
dan mengalu-alukan kehadiran semua hadirin ke majlis ini.

Hadirin sekalian,
Bacaan Doa 08.15 am
Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah kita sama-sama
mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Saudara Muhammad
Faridz Miqkhail bin Mohd Fazli.
Majlis mempersilakan. Falya Tafadhal masyqura’.

**bacaan doa

Amin. Amin. Amin. Ya Rabbal Alamin. Terima kasih diucapkan kepada


Saudara Muhammad Faridz Miqkhail bin Mohd Fazli atas pimpinan bacaan
doa sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Ucapan Pengarah 08.20 am
Majlis dimulakan dengan menjemput dan mempersilakan Puan Hajah Noor
Azizah bt Musa, Pengarah Kolej Vokasional Gerik untuk menyampaikan
ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

**ucapan

Terima kasih diucapkan kepada Puan Hajah Noor Azizah bt Musa atas ucapan
yang telah disampaikan sebentar tadi.

Hadirin yang dimuliakan,


Ucapan 08.30 am
Perasmian
Majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Pn.
Khuszariah bt Mohd Kalil untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan
Majlis Penutupan Ihya Ramadhan Kolej Vokasional Gerik bagi tahun 2024.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

*ucapan perasmian NYDP.

Maka dengan ini rasmilah sudah Majlis Penutupan Ihya Ramadhan Kolej
Penyampaian
Vokasional Gerik bagi tahun 2024.
hadiah 08.45 am
Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada
Puan Khuszariah bt Mohd Kalil atas kesudian menyampaikan ucapan dan
merasmikan majlis penutupan ihya Ramadhan sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini, pelbagai aktiviti dan pertandingan
yang melibatkan semua warga kolej telah dijalankan oleh jawatankuasa program
Ihya Ramadhan. Oleh itu, tibalah masanya untuk menyampaikan hadiah dan
saguhati kepada semua yang telah melibatkan diri dalam setiap aktiviti tersebut.
Bagi menyempurnakan acara penyampaian hadiah, pihak majlis menjemput dan
mempersilakan Yang Berusaha Tn. Hj. Mohamad Ramli bin Salleh diiringi
Tn. Hj. Sirusmini bin Sidik untuk menyampaikan hadiah. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

1) Sesi penyampaian hadiah akan dimulakan dengan penyampaian saguhati


kepada imam dan bilal solat tarawih.

Dijemput ……………………………
(senarai bilal dan imam solat tarawih – 15 orang)

2) Seterusnya majlis diteruskan dengan sesi penyampaian cenderamata kepada


wakil kumpulan tadarus dalam kalangan pensyarah dan staf.
- Dijemput wakil bagi kumpulan tadarus dalam kalangan pensyarah dan
staf lelaki
- Dijemput wakil bagi kumpulan tadarus dalam kalangan pensyarah dan
staf perempuan

3) Acara penyampaian hadiah akan diteruskan dengan penyampaian hadiah


untuk setiap aktiviti ihya Ramadhan.

Bagi aktiviti __________________________ dijemput pemenang tempat


ketiga ________________________.
**Terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. Mohamad Ramli dan Tn. Hj.
Sirusmini atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi. Syabas dan tahniah
diucapkan kepada semua pemenang dan penerima saguhati.

Seterusnya, pihak majlis menjemput Yang Berusaha, Puan Khuszariah binti


Mohd Kalil diiringi Puan Hajah Noor Azizah bt Musa untuk menyampaikan
hadiah kepada para pemenang. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Seterusnya, pihak majlis menjemput Yang Berusaha, Puan Hajah Noor Azizah
bt Musa diiringi Puan Norazfida Hanim bt Hj Mohd Arif untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Acara penyampaian hadiah akan diteruskan bagi aktiviti


_______________________ . Pemenang tempat ketiga dimenangi oleh
________________________.

Hadirin yang dimuliakan,

4) Penyampaian sijil dan hadiah akan diteruskan lagi dengan sesi penyampaian
hadiah kepada pemenang untuk program bersempena Minggu Sains dan
Matematik yang telah berlangsung pada 26 hingga 28 Februari 2024 yang
lalu.

Bagi aktiviti kuiz matematik secara online kategori SVM, tempat ketiga
dimenangi oleh ______________________________ .
Manakala tempat kedua pula dimenangi oleh
____________________________________.

Dan tempat pertama dimenangi oleh ______________________________.

*penyampaian hadiah rujuk senarai


*****************************************************************
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta dan pemenang.

Hadirin sekalian,

Majlis akan diteruskan lagi dengan sesi penyampaian duit raya kepada para
pelajar yang kurang berkemampuan. Oleh itu, dijemput pelajar yang pertama
ialah ______________________________________

Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang menerima duit raya daripada pihak
kolej dan semoga ianya dapat memberi kegembiraan kepada anak-anak pelajar.
Semoga anak-anak pelajar yang lain turut gembira melihat kegembiraan rakan-
rakan anda di samping kita sentiasa mensyukuri setiap apa yang kita peroleh
pada hari semalam, hari ini dan hari yang akan datang.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Khuszariah bt Mohd Kalil dan Puan
Hajah Noor Azizah bt Musa atas kesudian menyempurnakan acara
penyampaian hadiah dan sumbangan duit raya itu tadi.
Hadirin sekalian,
Penutup 08.55 am
Dengan berakhirnya pemberian sumbangan sebentar tadi, maka majlis kita sudah
sampai ke penghujungnya.

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Harum baunya Si bunga cengkih


Dibawa orang dari ambon
Buang yang keruh ambil yang jernih
Jari disusun maaf dipohon.

Kutanam-tanam padi seladang


Malang nasibku lalang yang jadi
Andai ada masa terluang
Salam hormat berjumpa lagi.

Sebelum itu, majlis sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Yang Berusaha Puan Khuszariah bt Mohd Kalil, NYDP PIBG dan semua hadirin
kerana sudi untuk bersama-sama kita pada hari yang penuh bermakna ini.

Dikesempatan ini juga, kami seluruh warga kerja program ihya’ ramadhan ingin
merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ihya’ ramadhan
pada tahun 2024 ini.
Saya juga selaku pengerusi majlis memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan
silap sepanjang saya mengacarakan majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Semua hadirin diminta berdiri untuk sama-sama mengalunkan bacaan selawat.

Dijemput Saudara Muhammad Faridz Miqkhail bin Mohd Fazli untuk


memimpin bacaan selawat. Dipersilakan.

**bacaan selawat

Terima kasih diucapkan kepada Saudara Muhammad Faridz Miqkhail bin


Mohd Fazli atas pimpinan bacaan selawat itu tadi.

*Bersalam-salaman

Bersempena syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi, eloklah kiranya kita
bermaaf-maafan antara satu sama lain. Secara tidak langsung hal ini akan
merapatkan lagi ikatan silaturrahim kekeluargaan antara kita.

Rasullullah saw pernah bersabda, siapa yang ingin rezekinya dibanyakkan dan
umurnya dipanjangkan, hendaklah ia menghubungkan tali sillaturrahim.

Sehubungan dengan itu diminta pensyarah lelaki untuk berbaris di sebelah kiri
surau dan pensyarah wanita disebelah kanan surau bagi memudahkan pelajar
bersalaman dengan para pensyarah. Dipersilakan.

Para pelajar bolehlah berbaris dan bersalaman dengan para pensyarah anda. Di
ingatkan juga kepada semua pelajar, anda dibenarkan bersalaman hanya kepada
yang muhrim anda sahaja. Dipersilakan.

Semua hadirin boleh bersurai. Para pelajar diminta untuk tunggu sebentar.
**lepas semua pensyarah keluar baru lepas pelajar keluar.

Anda mungkin juga menyukai