Anda di halaman 1dari 10

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN MPP KOLEJ VOKASIONAL GERIK 2023

HARI : JUMAAAT
TARIKH : 24/3/2023
MASA : 11.00AM – 12.00 PM
TEMPAT : DEWAN BESAR, KOLEJ VOKASIONAL GERIK

SALUTASI
Yang Berusaha,
 SI Zulkifli bin Buang ( Sub Inspektor IPD Gerik )
 Puan Hajah Noor Azizah bt Musa ( Pengarah )
 Tn. Hj. Mohamad Ramli bin Salleh ( Timbalan Pengarah Akademik )
 Encik Sirusmini bin Sidik ( Timbalan Pengarah Sokongan Akademik)
 Puan Norazfida Hanim binti Mohamad Arif ( Ketua Jaminan Kualiti )

Yang Dihormati,
 Ketua-ketua Jabatan
 Ketua-ketua Program
 Jawatankuasa Pelaksana Program
 Barisan Pensyarah
 Barisan MPP
 Dan para pelajar yang dikasihi sekalian
TEKS MC MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN MPP KVG 2023
MASA/CUE TEKS CATATAN
General Mohon perhatian.
**pelajar dan Bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar, semua hadirin diminta bertenang
guru kerana kita akan memulakan majlis sebentar lagi. 10.55 am
berkumpul
dalam dewan Kerjasama hadirin amatlah dihargai.
Sirih berlipat sirih pinang,
Aluan MC Sirih dari pulau mutiara, 11.00 am
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Yang Berusaha,
 SI Zulkifli bin Buang (Sub Inspektor IPD Gerik)
 Puan Hajah Noor Azizah bt Musa ( Pengarah )
 Tn. Hj. Mohamad Ramli bin Salleh (Tim. Pengarah Akademik )
 Encik Sirusmini bin Sidik (Tim. Pengarah Sokongan
Akademik)
 Puan Norazfida Hanim binti Mohamad Arif ( Ketua Jaminan Kualiti )
Yang Dihormati,
 Ketua-ketua Jabatan
 Ketua-ketua Program
 Jawatankuasa Pelaksana Program
 Barisan Pensyarah
 Barisan MPP
 Dan para pelajar yang dikasihi sekalian

Alhamdulillahi robbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa asyrofil anbiyai wal


mursaliin, wa ‘ala alihi wa sohbihi ajma’iin.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, dan Salam
Malaysia Madani.
Sungguh indah dataran gambut,
Angin menyusur di pinggir desa,
Alhamdulillah kita menyebut,
Tanda bersyukur kepada Yang Maha Esa.

Selamat datang saya ucapkan kepada hadirin sekalian ke Majlis Watikah


Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Vokasional Gerik bagi sesi
2023/2024.

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Bacaan Doa Dahan terikat tali perkasa, 11.10 am
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.
Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah kita sama-sama
mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz Mohd Haswazie bin
Ismail.

Majlis mempersilakan. Falya Tafadhal masyqura’


**bacaan doa

Amin. Amin. Amin. Ya Rabbal Alamin. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz
Mohd Haswazie bin Ismail atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Tayangan Hadirin sekalian,


video 11.15 am
keputusan Sebagai makluman, pada 23 Mac 2023 bersamaan 1 Ramadhan telah
pilihanraya
berlangsungnya satu sesi pengundian yang telah diadakan bagi pemilihan Ahli
Majlis Mesyuarat dan Ahli Majlis Tertinggi sebagai wakil pelajar Kolej
Vokasional Gerik.

Seramai 25 orang pelajar telah terpilih untuk menerajui barisan kepimpinan Majlis
Perwakilan Pelajar bagi sesi 2023/2024.

Oleh itu, marilah kita sama-sama saksikan keputusan pilihanraya tersebut melalui
video yang telah disediakan.
Penyampaian Hadirin sekalian, 11.20 am
sijil
pelantikan Majlis diteruskan dengan penyerahan watikah pelantikan kepada semua barisan
MPP
MPP yang telah memenangi pilihanraya.

Oleh itu, majlis menjemput Yang Berusaha SI Zulkifli bin Buang, Sub
Inspektor IPD Gerik diiringi oleh Puan Hajah Noor Azizah bt Musa bagi
menyampaikan sijil watikah pelantikan kepada barisan majlis perwakilan pelajar
sesi 2023/2024.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Sesi penyerahan watikah pelantikan dimulakan dengan menjemput calon yang


telah memenangi kerusi AMM iaitu Ahli Majlis Mesyuarat

bagi jabatan Perniagaan dipersilakan ….


bagi jabatan hospitaliti dipersilakan …
bagi jabatan teknologi maklumat dipersilakan…
bagi jabatan teknologi awam dipersilakan…
bagi jabatan teknologi mekanikal dan pembuatan dipersilakan…

seterusnya penyerahan watikah kepada calon yang memenangi kerusi AMT iaitu
Ahli Majlis Tertinggi
dipersilakan …
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada SI Zulkifli bin Buang dan Puan
Hajah Noor Azizah bt Musa atas kesudian menyampaikan watikah pelantikan
sebentar tadi.

Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada semua barisan MPP bagi sesi
2023/2024 atas pelantikan itu tadi.

Ikrar MPP Hadirin sekalian, 11.30 am

Bagi menyempurnakan Majlis Watikah Pelantikan MPP Kolej Vokasional Gerik


bagi sesi 2023/2024, majlis menjemput saudara Muhammad Farhan bin Adnan
selaku wakil MPP bagi mengetuai bacaan ikrar.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*lafaz ikrar

Terima kasih diucapkan kepada saudara Muhammad Farhan bin Adnan atas
pimpinan bacaan ikrar sebentar tadi. Dengan berakhirnya lafaz ikrar oleh barisan
kepimpinan MPP sebentar tadi, maka bermulalah tugas mereka untuk
melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan jujur, amanah dan
berintegriti tinggi.

Ucapan Wakil Seterusnya, sekali lagi majlis menjemput saudara Muhammad Farhan bin 11.35 am
MPP Sesi Adnan selaku wakil barisan MPP Kolej Vokasional Gerik bagi sesi 2023/2024
2023/2024 untuk memberikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*Ucapan wakil MPP

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada saudara Muhammad Farhan


bin Adnan atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Ucapan oleh Jangan tertawan alpa duniawi, 11.40 am


Pengarah/ Hanya indah serupa mimpi;
Duhai pahlawan kesatria pertiwi,
TPA/ VIP
Hulurkan madah kata perasmi.

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Yang Berusaha SI Zulkifli bin


Buang untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis Watikah
Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Gerik bagi sesi
2023/2024.

*Ucapan perasmian VIP/Pengarah.

Terima kasih diucapkan kepada SI Zulkifli bin Buang atas ucapan sebentar tadi.
Maka dengan ini rasmilah sudah MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN MPP
KOLEJ VOKASIONAL GERIK BAGI SESI 2023/2024.
Penyampaian Seterusnya sebagai tanda penghargaan bagi kesudian tetamu jemputan kita datang 11.50 am
Cenderahati ke Kolej Vokasional Gerik, majlis dengan ini menjemput Puan Hajah Noor
kepada VIP Azizah bt Musa (Pengarah KV Gerik) diiringi oleh Tn. Hj. Mohamad Ramli
bin Salleh (Timbalan Pengarah Akademik) untuk menyampaikan cenderahati.

Oleh itu majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha SI Zulkifli bin
Buang untuk menerima cenderahati.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Hajah Noor Azizah bt
Musa dan Tn. Hj. Mohamad Ramli bin Salleh kerana telah sudi menyampaikan
cenderahati sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Sesi fotografi
Majlis telah tiba ke penghujungnya, sebelum bersurai, diminta semua barisan
MPP, tetamu jemputan, barisan pentadbir, Tn. Hj Mohd Ar Firdaus bin Mohd
Arshad dan Encik Mohamad Helmi bin Yusoff selaku penyelaras MPP ke atas
pentas bagi sesi fotografi.
Hadirin sekalian,
Penutupan 11.55 am
Di kesempatan ini, saya mewakili jawatankuasa pelaksana mengucapkan jutaan
terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung
dalam menjayakan proses temu duga, penamaan calon, berkempen, sesi
pilihanraya sehinggalah ke majlis watikah pelantikan yang diadakan pada hari ini.
Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada semua barisan kepimpinan MPP KV
Gerik bagi sesi 2023/2024.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Saya mewakili seluruh jawatankuasa pelaksana program juga memohon kemaafan
atas kekurangan dan kelemahan kami. Sesungguhnya yang baik itu datang
daripada Allah dan yang khilaf itu datang daripada diri kami sendiri.

Dari Kedah ke pekan sari,


Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.
Sekian terima kasih.
Hadirin boleh bersurai.

Anda mungkin juga menyukai