Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA CADANGAN

KEM MOTIVASI DAN JATIDIRI REMAJA

Disediakan oleh:

IQ CLASS MANAGEMENT
No 17B, Lorong Elmina 2, Sungai Buloh Country Resort,
Saujana Utama, 45000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan
No. Tel (hp): 019-277 0412 / No. Tel (p): 03-6038 8101 / No. Faks: 03-6038 8102
http://iqclassmanagement.blogspot.com
iqclassmanagement@yahoo.com

KEM MOTIVASI DAN JATIDIRI REMAJA

[01] DEFINISI DAN PENGENALAN


Kem Motivasi Dan Jatidiri Remaja

Remaja merupakan satu peringkat umur dimana ia melalui proses kematangan bermula dari akhir kanakkanak sehinggalah sebelum belia atau dewasa. Zakiah Darajad mendefinisikan remaja adalah masa
peralihan, yang ditempuh oleh seseorang dari anak-anak menuju dewasa, meliputi semua perkembangan
yang dialami sebagai persiapan memasuki masa dewasa (Zakiah Darajad, Remaja Harapan dan
Tantangan, (Jakarta:Ruhana, 1995)). Kebiasaannya, mereka ini digolongkan dalam kelompok berumur
diantara 13 sehingga ke 19 tahun. Mereka merupakan generasi muda yang merupakan aset penting bagi
sesebuah negara. Melalui remaja, ibu bapa mula mencorakkan mereka sesuai nilai-nilai yang dipegang di
dalam sesebuah keluargan. Bagi sekolah mahupun institusi pendidikan, remaja adalah kelompok yang
perlu dicorak sesuai dengan kehendak dan aspirasi yang ditiupkan oleh dasar-dasar kerajaan melalui
pembabitan golongan pendidik seperti guru dan sebagainya.
Namun, dalam kebanjiran dan lambakan gejala sosial yang wujud pada hari ini, remaja menjadi sebuah
agenda utama dalam masyarakat dek kerana kerosakan yang mula wujud di dalamnya. Ini menjadikan,
remaja-remaja mula dibentuk dengan nilai dan aspirasi yang bertentangan atau tidak sesuai dengan
kehendak dan aspirasi yang dibangunkan oleh ibu bapa, guru-guru serta negara itu sendiri. Sesuai dengan
pendapat seorang ahli psikologi bahawa remaja adalah sebagai masa penuh kegoncangan, taraf mencari
identiti diri dan merupakan jangkamasa yang paling berat (E. B. Hurlock, Psikologi Perkembangan Edisi ke5, (Jakarta:Erlangga, 1993)). Inilah yang menjadi kerisauan atau punca kepada timbulnya pelbagai idea
untuk menjalankan serta mewujudkan pelbagai cara bagi mendepani isu ini yang saban hari semakin
sukar untuk difikirkan.
Sehubungan dengan itu, atas dasar keprihatinan dan rasa bertanggungjawab, kami di IQ Class
Management ingin menawarkan sebuah program yang bertujuan untuk mendasari dan memberikan
kefahaman semula kepada remaja mengenai peranan, tanggungjawab serta fokus yang perlu diberikan
oleh remaja di dalam kehidupan mereka. Kem Motivasi Dan Jatidiri Remaja atau lebih dikenali sebagai
KeMbaRa merupakan sebuah produk yang mengetengahkan beberapa konsep latihan sebagai
pendekatan yang digunakan. Semoga, usaha yang sedikit ini mendapat bantuan daripada Allah dan
diberikan kemudahan dan keberkatan dalam perlaksanaannya akan datang.

[02] OBJEKTIF PENGANJURAN


Kem Motivasi Dan Jatidiri Remaja

Selepas menghadiri kem ini peserta akan dapat;


1. Mengenali lebih mendalam mengenai potensi diri secara individu;
2. Memahami cabaran sebagai remaja di alam persekolahan;
3. Menanamkan motivasi diri untuk belajar dan menjadi cemerlang serta;
4. Menimbulkan rasa kasih sayang dikalangan rakan pelajar, guru dan sekolah.

[03] BUTIRAN PENGANJURAN


Kem Motivasi Dan Jatidiri Remaja

[3.1] PENGANJUR
1. Sekolah Menengah Kebangsaan Syahbandaraya

[3.2] SASARAN BILANGAN DAN PENYERTAAN


Untuk keberkesanan perlaksanaan program ini, kami mensasarkan minimum seramai 100 orang sahaja
peserta maksimum dan untuk satu sesi latihan. Peserta adalah berumur dari lingkungan 12 tahun (tahun
6) sehingga 17 tahun (tingkatan 5).
IQ CLASS MANAGEMENT Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi yang Holistik [1]

KEM MOTIVASI DAN JATIDIRI REMAJA

[3.3] JANGKAMASA PERLAKSANAAN


Jangkamasa perlaksaan kem ini terdapat 3 bentuk pendekatan iaitu 2 hari 1 malam bermalam

[3.4] JANGKAAN DILAKSANAKAN


22 23 November 2010

[3.5] TEMPAT PERLAKSANAAN


Kem Rimba Ria Suara Hutan, Sungai Congkak, Hulu Langat

[04] KOS PERLAKSANAAN


Kem Motivasi Kembara Diri Remaja (KeMbaRa)

Kami menyediakan kos yang minimum dan berdasarkan bilangan peserta. Kos perlaksanaannya adalah
seperti berikut;
BIL
01

02

PENYERTAAN
Peserta Kem
Motivasi dan
Jatidiri Remaja
Guru pengiring
peserta (jangkaan
seorang bagi setiap
40 orang)

KOS SEUNIT

KUANTITI MINIMUM

JUMLAH
KESELURUHAN

RM70.00 seorang

100 orang

RM7,000.00

RM30.00 seorang

3 orang

RM90.00

JUMLAH

RM7,090.00

*Kos ini tidak termasuk kos pengangkutan peserta.

[05] MODUS OPERANDI


Kem Motivasi Kembara Diri Remaja (KeMbaRa)

[5.1] JADUAL PERJALANAN KEM (rujuk lampiran A di mukasurat 3)


[5.2] ISI KANDUNGAN AKTIVITI (rujuk lampiran A di mukasurat 3)

[06] PENUTUP
Kem Motivasi Kembara Diri Remaja (KeMbaRa)

Modul Kem Motivasi Jatidiri Remaja adalah salah satu usaha yang dapat kami di IQ Class Management
sediakan bagi sama-sama mengembleng tenaga dan idea dalam usaha untuk mengembalikan remaja dan
generasi muda ini kepada apa yang sepatutnya mereka lalui. Kedewasaan mereka harus diisi dengan
keremajaan yang bermanfaat serta bimbingan yang tepat. Semoga segala usaha ini mendapat keberkatan
Allah s.w.t.

IQ CLASS MANAGEMENT Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi yang Holistik [2]

KEM MOTIVASI DAN JATIDIRI REMAJA

LAMPIRAN A

Jadual Kem Motivasi Jatidiri Remaja Kursus 2 hari 1 malam


IQ Class Management
Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi yang Holistik

MASA / HARI

PERTAMA

KEDUA

8.30 pagi
11.00 pagi
2.30 petang
5.00 petang
9.00 malam

Tiba dilokasi
Taklimat & Pemecah bendungan
Aktiviti Lasak
Permainan Bermodul
Permainan Bermodul

Kembara Hutan
Survivor
Resolusi dan Majlis Penutup

Isi Kandungan Kem Motivasi Kembara Diri Remaja (KeMbaRa)


IQ Class Management
Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi yang Holistik

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Permainan bermodul
Qiyamullail
Solat berjemaah
Tazkirah
Solat sunat Dhuha
Aktiviti Moral (khusus untuk peserta bukan Islam)
Aktiviti Lasak (air dan tali)

IQ CLASS MANAGEMENT Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi yang Holistik [3]

Anda mungkin juga menyukai