Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA CADANGAN

KURSUS BINA INSAN













Disediakan oleh:
IQ CLASS MANAGEMENT
No 17B, Lorong Elmina 2, Sungai Buloh Country Resort
Saujana Utama, 45500 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-6038 8101 / Faks: 03-6038 8102 / Tel (B): 019-277 0412 (Encik Kamarul)
Emel: iqclassmanagement@yahoo.com
Laman Sesawang: http://iqclassmanagement.blogspot.com
Kursus Bina Insan
IQ CLASS MANAGEMENT Penganjur Terbaik Program Latihan Dan Motivasi Yang Holistik [1]

[ PENGENALAN KURSUS ]

Penciptaan manusia merupakan sejarah terbesar yang wajib dan perlu diketahui oleh
setiap mereka yang bernama insan. Ia merupakan sebahagian daripada keperluan dalam usaha
mengenali yang Maha Pencipta. Melahirkan seorang insan yang terbaik harus bermula dengan
tunjangan utama iaitu Iman mereka. Menanamkan kepercayaan tauhid yang akhirnya
melahirkan insan yang mengamalkan Islam dan bersifat Ihsan.

Pembinaan insan merupakan perkara yang perlu diberikan keutamaan dalam
memastikan terbinanya keluarga, masyarakat dan negara. Seseorang insan perlu
membangunkan pelbagai aspek diri termasuk, fizikal, intelektual, sosial dan emosi dan ia
haruslah dipagari dan kukuhkan dengan kerohanian yang berpaksikan keesaan Allah s.w.t.

Menyingkap suasana serta corak kehidupan manusia hari ini, peribadi manusia seolah-
olah sudah hilang kecerdasan dari sudut emosi dankerohanian mereka. Segala tindakan mereka
hanyalah berpaksikan nafsu dan akal semata-mata. Hati mereka mati dan ini menyebabkan
setiap justifikasi mereka tidak lagi terpaut kepada kerohanian yang mantap. Hasilnya, Al-Quran
ditinggalkan dan Sunnah ditertawakan.

Justeru, Program Bina Insan merupakan sebuah modul yang dibangunkan bagi
membantu proses pembinaan diri insan secara holistik. Ia bukanlah satu cara menyelesaikan
masalah khususnya dalam suasana perkembangan gejala dalam masyarakat hari ini, namun
kami berharap ia adalah sebagai sebahagian dri usaha memberikan kesedaran dan peringatan
mengenai kepentingan hidup bertuhankan Allah Yang Esa.

Perlaksanaan Program Bina Insan ini diharapkan dapat membentuk sikap yang positif
pada diri peserta bahkan mampu menjadi pencetus kepada pembinaan generasi melalui
keluarga yang sihat serta masyarakat yang cemerlang.

Kursus Bina Insan
IQ CLASS MANAGEMENT Penganjur Terbaik Program Latihan Dan Motivasi Yang Holistik [2]

[ MATLAMAT AKHIR KURSUS ]

Program Bina Insan mengetengahkan beberapa pendekatan berhubung pembinaan diri
manusia yang perlu kembali kepada pendekatan keagamaan dalam aspek kecemerlangan
kehidupan. Justeru, dengan terlaksanannya program ini, akan dapat melahirkan insan yang
memahami peranan serta tanggungjawab sebenar sebagai manusia di muka bumi ini.
Mempunyai kefahaman yang jelas tentang kehidupan serta amanah yang dipikulkan di atas
bahu mereka.


[ OBJEKTIF KURSUS ]

Selepas mengikuti program ini peserta akan dapat;
1. Memahami makna insanjuga mengetahui peranan insan;
2. Mempelajari proses pembinaan insan;
3. Mengetahui kepentingan ilmu dalam pembinaan insan serta;
4. Menerapkan nilai insan dalam setiap sudut kehidupan.


[ BUTIRAN PERLAKSANAAN KURSUS ]

Jangkamasa perlaksanaan: 3 hari 2 malam (masuk hari pertama: 2.00 petang dan
tamat hari ketiga: 12.00 tengahari)
Bentuk aktiviti yang dilaksanakan: Aktiviti in-door atau dalam dewan dan tertutup.
Tempat perlaksanaan: Pusat latihan, resort atau hotel.
Bahasa pengantaraan: Bahasa Melayu (utama) dan Bahasa Inggeris.
Sasaran penyertaan: Mana-mana pelajar diperingkat IPT atau belia dipelbagai
peringkat.
Bilangan penyertaan: Maksimum 40 orang atau minimum 25 orang.
Kursus Bina Insan
IQ CLASS MANAGEMENT Penganjur Terbaik Program Latihan Dan Motivasi Yang Holistik [3]

[ JADUAL DAN MODUS OPERANDI KURSUS ]

MASA / HARI PERTAMA KEDUA KETIGA
4.30 pagi Bangun dan bersiap diri
5.00 pagi Bangun dan bersiap diri Qiyamullail
6.15 pagi Solat Subuh berjemaah Solat Subuh berjemaah
7.00 pagi
Tazkirah Subuh dan
sarapan pagi
Halaqah Subuh dan
sarapan pagi
9.00 pagi Sesi 3 Sesi 7
10.30 pagi
Solat Sunat Dhuha dan
rehat
Solat Sunat Dhuha dan
rehat
11.15 pagi
Peserta tiba, mendaftar
dan urusan penginapan
Sesi 4
Majlis Penutup Kursus
Bina Insan
12.45 tengahari
Makan tengahari, solat
Zohor berjemaah dan
rehat
Makan tengahari, solat
Zohor berjemaah dan
rehat
Makan tengahari, solat
Zohor berjemaah dan
bersurai
2.30 petang Sesi 1 Sesi 5
4.15 petang
Minum petang, solat
Asar berjemaah dan
rehat
Minum petang, solat
Asar berjemaah dan
rehat

6.30 petang
Makan malam, bersiap
diri dan solat Maghrib
berjemaah
Makan malam, bersiap
diri dan solat Maghrib
berjemaah

8.00 malam
Tazkirah Maghrib dan
solat Isyak berjemaah
Halaqah Maghrib dan
solat Isyak berjemaah

9.00 malam Sesi 2 Sesi 6
10.45 malam
Minum malam dan
bersurai
Minum malam dan
bersurai


Bentuk Aktiviti:
1. Taklimat
2. Perbincangan Dalam Kumpulan
3. Pembentangan Kumpulan
4. Aktiviti Kerohanian
5. Ceramah Pendek
6. Permainan bermodul

Kursus Bina Insan
IQ CLASS MANAGEMENT Penganjur Terbaik Program Latihan Dan Motivasi Yang Holistik [4]

[ PELAN PEMBELAJARAN KURSUS ]

TAJUK SLOT
BENTUK
AKTIVITI
ISI KANDUNGAN SLOT
Sesi 1:
Taklimat dan
Suaikenal
Taklimat, PDK*
dan
pembentangan
kumpulan
Aktiviti dimulakan oleh Ketua Jurulatih dengan Ummul
Kitab Al-Fatihah. Ketua Jurulatih akan mengingatkan
peserta berkenaan dengan kehadiran serta mengajak
peserta untuk membetulkan niat hadir ke kursus ini.
Disamping itu, sebagaimana kebiasaan, peserta akan
diberikan taklimat ringkas berkenaan kursus ini serta
diperkenalkan kepada barisan jurulatih yang bersama
sepanjang 3 hari 2 malam. Kemudian, peserta akan
dibahagikan kepada kumpulan dan melakukan beberapa
aktiviti di dalam kumpulan.
Solat
berjemaah 5
waktu sehari
semalam
Aktiviti
Kerohanian
Solat berjemaah merupakan elemen wajib di dalam mana-
mana modul latihan dan pembangunan di IQ Class
Management. Ia merupakan salah satu cara untuk
menerapkan disiplin masa, keagamaan serta cara hidup
yang baik. Dengan melakukan solat berjemaah juga
diharapkan agar dapat mngeratkan hubungan silaturrahim
serta mengukuhkan kesepakatan di dalam pasukan.
Tazkirah
Maghrib:
Setiap Amal
Mestilah
Bermula
Dengan Niat
Ceramah Pendek
Masa yang diambil cuma selama 30 ke 40 minit sahaja.
Aktiviti ini dilaksanakan untuk memberikan ruang kepada
peserta memahami erti sebenar beribadah kepada Allah. Ia
juga akan merungkai perkara tersirat disebalik melakukan
kebaikan untuk Allah serta amalan-amalan yang ditolak
oleh Allah s.w.t..
Sesi 2:
Mengenali
Insan
Ceramah
Pendek, PDK dan
pembentangan
kumpulan
Sesi akan dimulakan oleh Ketua Jurulatih dengan
memberikan perincian tentang siapa itu insan serta apa
yang memandu insan ke arah yang sepatutnya. Dimana
insan itu bermula dan ke mana akhir kita. Kemudian setiap
kumpulan akan diberikan bahan perbincangan dan diminta
untuk membentangkan.
Tazkirah
Subuh:
Al-Quran
sebagai
cahaya
petunjuk
Ceramah Pendek
Sekali lagi masa diambil 30 ke 40 minit sahaja. Kali ini
peserta akan didedahkan dengan keperluan, kepentingan
dan keutamaan menjadikan Al-Quran sebagai pendamping
dalam kehidupan. Bagaimana Al-Quran dapat menjadi
penyelamat dan cahaya pada hari kemudian.
Sesi 3:
Memahami
Konsep
Permainan
bermodul
Peserta akan diberikan tugasan untuk melakukan beberapa
aktiviti di dalam kumpulan. Aktiviti ini akan memandu
peserta untuk memahami makna sebenar sebagai insan
Kursus Bina Insan
IQ CLASS MANAGEMENT Penganjur Terbaik Program Latihan Dan Motivasi Yang Holistik [5]

Hamba dan
Khalifah
yang dipikulkan dengan 2 amanah yang besar yakni
Khalifah dan Hamba. Konsep ini akan diperjelaskan serta
memberikan input besar mengenainya untuk diselami dan
diinsafi oleh para peserta.
Sesi 4: Hamba
dan Pegangan
Aqidah
Ceramah
Pendek, PDK dan
pembentangan
Peserta akan dibimbing untuk memahami konsep aqidah
yang benar meliputi hal berkaitan dengan rukun iman,
Islam dan ihsan. Peserta akan diberikan bahan
perbincangan dan diperdebatkan tentang kepentingan
aqidah dalam menentukan cara hidup serta kefahaman
sebagai seorang Muslim.
Sesi 5:
Pembudayaan
Ilmu dalam
Kehidupan
Khalifah
Permainan
bermodul
Sekali lagi, peserta akan melakukan aktiviti di dalam
kumpulan. Kali ini, kesinambungan dari aktiviti sesi 4,
peserta akan membincangkan tentang kepentingan Ilmu
bagi seorang khalifah dan memahami bagaimana ilmu ini
dapat memberikan kesan yang positif pada diri serta
memberikan manfaat yang sangat besar. Pebudayaan ilmu
juga amat penting dalam usaha untuk memantapkan
aqidah.
Halaqah
Maghrib:
Sebaik-baik
Manusia
PDK dan
pembentangan
Peserta sekali lagi akan diberikan tugasan untuk
pembentangan. Kali ini, perbincangannya ringkas dan
mereka harus membentangkannya untuk melihat
sejauhmana pemahaman mereka terhadap fungsi sebenar
mereka sebagai manusia.
Sesi 6: Akhlak
dan
Keperibadian
Permainan
bermodul
Aktiviti kali ini akan menjuruskan kepada bagaimana akhlak
ini tergambar melalui tindakan hati dan fikiran yang
sentiasa murni dan baik. Namun ia akan menjadi buruk
apabila hati dan fikiran tidak memikirkan kebaikan.
Permainan ini akan diakhiri dengan perbincangan
mengenai pembentukan akhlak dan peribadi diri yang
terbaik.
Halaqah
Subuh:
Keunggulan
Akhlak
Rasulullah
s.a.w.
PDK dan
pembentangan
Peserta akan membincangkan tentang pengetahuan
mereka mengenai sejarah Rasulullah s.a.w.. Mengenai
peribadi, akhlak serta sifat-sifat yang dimiliki oleh Nabi
s.a.w. Ia bertujuan untuk kita sama-sama memahami dan
mengambil manfaat. Cuba untuk menjadikan setiap
perkara pada Nabi s.a.w. itu sebagai ikutan dan contoh
teladan yang baik.
Sesi 7:
Resolusi
PDK dan
pembentang
Setiap kumpulan akan diberikan ruang masa untuk
membincangkan tentang apa yangtelah mereka pelajari
dan apa yang akan mereka lakukan dengan apa telah
mereka ketahui. Dihujung aktiviti ini akan diadakan
pembentangan dan komen akhir para jurulatih.
*PDK; Perbincangan Dalam Kumpulan
Kursus Bina Insan
IQ CLASS MANAGEMENT Penganjur Terbaik Program Latihan Dan Motivasi Yang Holistik [6]

[ PENERAJU KURSUS BINA INSAN ]

KETUA JURULATIH

NAMA PENUH : KAMARUL AZAMI B. MOHD ZAINI
NO. KAD PENGENALAN : 811204-08-5085
NO. PERHUBUNGAN : 019-277 0412 / 012-689 1738
ALAMAT EMEL : kamygzhebat@gmail.com
ALAMAT BLOG : http://kamarulazami.blogspot.com
UMUR : 29 TAHUN
JANTINA : LELAKI
TARIKH LAHIR : 04 DISEMBER 1981
AGAMA : ISLAM
KETURUNAN : MELAYU
WARGANEGARA : MALAYSIA
TARAF PERKAHWINAN : BERKAHWIN



MAKLUMAT PENDIDIKAN TERTINGGI

INSTITUSI : UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA
GOMBAK, SELANGOR DARUL EHSAN
BIDANG PENGAJIAN : IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN
TAMAT : NOVEMBER 2006

INSTITUSI : PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT KUISCELL
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)
BIDANG PENGAJIAN : SIJIL ASAS KAUNSELING (1)
TAMAT : JANUARI 2009



PENGLIBATAN

1. Jurulatih Program Integrasi, Program Latihan Khidmat Negara (Starza Corporation Sdn Bhd).
2. Jurulatih Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
3. Penasihat Facilitating and Development Team.
4. Fasilitator Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Malaysia (YATIM).
5. Setiausaha Kewangan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor.
6. Yang Di Pertua ABIM Daerah Kuala Selangor.
7. Bendahari Agung Kebangsaan Briged Bakti Malaysia.

Kursus Bina Insan
IQ CLASS MANAGEMENT Penganjur Terbaik Program Latihan Dan Motivasi Yang Holistik [7]

JURULATIH


NAMA PENUH : JOHARI BIN HAMZAH
TARIKH LAHIR : 21 OGOS 1981
AGAMA : ISLAM
KETURUNAN : MELAYU
WARGANEGARA : MALAYSIA
TARAF PERKAHWINAN : BUJANG
INSTITUSI : UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA
GOMBAK, SELANGOR DARUL EHSAN
BIDANG PENGAJIAN : IJAZAH SARJANA MUDA ILMU WAHYU DAN WARISAN ISLAM
(PERBANDINGAN AGAMA)


NAMA PENUH : MOHAMMAD ZAKI BIN MELATUSAMSI
TARIKH LAHIR : 8 JUN 1981
AGAMA : ISLAM
KETURUNAN : MELAYU
WARGANEGARA : MALAYSIA
TARAF PERKAHWINAN : BERKAHWIN
INSTITUSI : UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA
GOMBAK, SELANGOR DARUL EHSAN
BIDANG PENGAJIAN : IJAZAH SARJANA MUDA PSIKOLOGI


NAMA PENUH : MOHD HUZAIMI BIN MOHD ZAINI
TARIKH LAHIR : 21 JUN 1977
AGAMA : ISLAM
KETURUNAN : MELAYU
WARGANEGARA : MALAYSIA
TARAF PERKAHWINAN : BERKAHWIN
INSTITUSI : UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM), SHAH ALAM
BIDANG PENGAJIAN : IJAZAH SARJANA MUDA KOMUNIKASI MASSA

Anda mungkin juga menyukai