Anda di halaman 1dari 2

Yang berusaha pengerusi majlis

Yang dihormati guru besar Bantalosai


Guru-guru, ibu bapa serta murid murid yang dikasihi sekalian

Pertamanya izinkan saya untuk mengucapkan ucapan terima kasih kepada guru besar
dan guru guru sekolah ini kerana sudi menerima kunjungan sekolah kami sekali lagi.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada YDP PIBG dan ahli jawatankuasanya yang
sentiasa gigih dan komited dalam menjayakan lawatan penanda aras kali ini.
Lawatan ini amat penting kepada kedua dua sekolah dalam mewujudkan hubungan
yang rapat dan mesra antara guru dan ibu bapa.

Asas hubungan yang kuat antara pihak kami dan pihak tuan-tuan amat membantu
dalam melonjakkan lagi prestasi anak-anak kita seterusnya melahirkan individu yang
cemerlang gemilang dan terbilang.

Lawatan penanda aras hari ini berfokus kepada beberapa elemen bagi pembentukkan
sesebuah sekolah yang berjaya antaranya yang ingin dilihat disini ialah ciri-ciri
kepimpinan guru besar, pengurususan prasekolah, iklim dan budaya sekolah
seterusnya infrastruktur dan prasarana yang disediakanseperti c.
Selaras dengan itu, kami juga telah mensasarkan beberapa objektif penting untuk
dicapai menerusi program Lawatan Penanda Aras ini .
1. Menambah kemahiran guru-guruprasekolah dalam mengendalikan dan menguruskan
program.
2. Mengetahui cara pengurusan prasekolah cemerlang dan kriteria yang perlu dipenuhi
dalam menjadikannya prasekolah yang cemerlang.
3. Memperkayakan idea-idea dan pemikiran dalam kalangan guru-guru
denganberkongsi ilmu dan pengalaman bersama guru di sekolah bantalosai.
Hadirin sekalian,
Umum mengetahui pendidikan bermula dari prasekolah. Oleh itu, pendidikan
prasekolah amat penting untuk dititikberatkan supaya murid mendapat asas
membaca,menulis dan mengira. Penguasaan murid prasekolah dalam aspek ini akan
membantu murid meneruskan pembelajaran dalam arus perdana. Kegagalan murid
mencapai elemen membaca menulis dan mengira dari prasekolah menyebabkan murid
akan ketinggalan dalam pelajaran.
Sebelum menamatkan ucapan saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan
tahniah dan syabas kepada jawatankuasa kerja yang bekerja keras dan bertungkus-
lumus bagi menjayakan program ini meskipun terhimpit dengan tugasan-tugasan yang
lain. Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memberikan
kerjasama serta menyumbang tenaga untuk menjayakan program ini.
Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan
penghargaan yang tidak terhingga kepada Tuan Guru Besar dan warga sekolah
bantalosai yang sudi menerima kehadiran kami pada hari ini. Besar harapan saya agar
program yang dianjurkan ini dapat melahirkan cetusan idea yang berkualiti.Semoga
bentuk kerjasama dan komitmen yang terjalin ini, dapat diteruskan pada masa-masa
akan datang bagi menjayakan program seumpamanya.

Sekian, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai