Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah:
1.

Nama Guru

2.

Judul

4.

Tarikh Pembentangan

6.

Tempat Pembentangan

7.

Sinopsis

Kod Sekolah:
NURAISYAH ADNIE ABD RAHMAN
PETUA MENDIDIK ANAK MENJADI
INSAN POSITIF

3. Bidang:
5. Masa:

Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita untuk mendidik anak-anaknya
menjadi insan positif. Insan positif yang dicadangkan adalah mengikut kerangka Islam iaitu cemerlang di
dunia dan akhirat. Namun realitinya, ramai ibu bapa yang kecewa kerana anak-anak mereka tidak menjadi
orang yang diharap-harapkan. Ahli motivasi ada berkata Mendidik anak-anak bermula 20 tahun sebelum
ibu dan ayahnya berkahwin. Ini menunjukkan faktor keturunan amat penting dalam menentukan sifat
generasi akan datang.
Justeru, siapa yang harus memulakan kecemerlangan generasi akan datang. Apakah datuk, nenek,
ibu, bapa atau masyarakat?
Buku ini menyarankan dua pembahagian besar dalam proses untuk menjadikan anak-anak positif.
Ianya bermula dengan latihan lahiriah yang merangkumi kognitif, psikomotor, dan kerohanian yang
dinamakan latih anak kemahiran diri dan aspek kedua pula merupakan aplikasi sosiologi yang
dinamakan latih anak kemahiran bermasyarakat.
Menerusi latih anak kemahiran diri ianya harus dimulai dengan penghayatan keagamaan seperti
bersyahadah, solat, membaca al Quran, berzikir, dan amalan-amalan yang lainnya. Anak-anak perlu
ditunjangi dengan aspek kerohanian jika ingin dilihat positif. Di samping itu, anak-anak perlu dilengkapkan
dengan kemahiran ICT, kemahiran seni & budaya, kemahiran fotografi, aktiviti lasak, kemahiran berfikir,
kemahiran dalam pasukan, public speaking, dan mencintai haiwan dan alam sekitar.
Melalui latih anak kemahiran bermasyarakat anak-anak perlu didedahkan dengan aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan seperti bergotong-royong, mengikuti kem dan seminar, membantu masyarakat dan rakan
sebaya, semangat berpasukan dalam permainan, latihan komunikasi, kerja sosial & sukarela, membantu
kerjaya ibu bapa, beraktiviti besama-sama keluarga dan menanamkan minat komitmen sosial yang baik.
Selain daripada itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al Quran
dan al Hadis yang menjadi dalil untuk mendidik anak-anak menjadi positif. Terdapat juga doa-doa yang
disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga supaya dapat diperkenankan oleh Allah SWT agar cita-cita

menjadikan anak-anak positif berjaya

8.

Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mendidik anak-anak menjadi insan positif. Nilai positif
merupakan nilai dalam diri individu yang dimiliki oleh semua manusia sejagat tanpa mengira agama,
bangsa, dan keturunan. Oleh sebab itu, orang yang dapat menguasai dirinya dengan sifat-sifat positif
boleh mencapai kecemerlangan luar biasa. Manusia mampu mencapai cita-cita sekiranya cita-citanya itu
mampu dicapai oleh minda. Di samping itu, manusia yang berpegang teguh pada tali agama akan mampu
menempa kecemerlangan. Allah amat bersikap adil untuk memberikan pembahagian rezeki kepada
hamba-hamba yang terikat kepadaNya.
Selain itu, buku ini berupaya menjadi petunjuk dan panduan kepada ibu bapa untuk melahirkan anakanak yang cemerlang dan berjiwa positif. Saranan didikan anak-anak adalah berpaksikan Islam kerana
jiwa positif akan memacu kejayaan di dunia dan akhirat. Sebelum anak-anak itu cemerlang, ibu bapanya
haruslah cemerlang dahulu kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya.
Setiap anak itu dilahirkan mengikut fitrah (suci bersih), maka ibu bapanyalah yang menjadikannya sama
ada Yahudi, Nasrani atau Majusi maksud Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

9.

Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah tabiat
manusia dari negatif kepada positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang juga masih di usia anakanak. Apatah lagi guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping
menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya dengan nilai
keagamaan dan moral.
Kita boleh meniru pendekatan yang diamalkan oleh Lukman Hakim dalam mendidik anak-anaknya.
Pertamanya anak-anak perlu diajar takut dan mentaati Allah, diikuti Rasul dan menghormati ibu bapa.
Inilah kunci jiwa positif. Pelajar yang tertanam sifat mentaati Allah pastinya akan mentaai semua perintah
Allah dan makhluk-makhluk ciptaanNya.
Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah seperti
menyediakan makanan malam. Ianya proses berterusan yang memakan masa yang agak lama. Kadangkadang hasilnya dapat dilihat setelah pelajar ini menamatkan bangku persekolahannya.

Disediakan oleh,
........................................................
(NURAISYAH ADNIE BINTI ABD RAHMAN
)

Disahkan oleh,
)

........................................................
(

Anda mungkin juga menyukai