Anda di halaman 1dari 4

Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif

Ringkasan Eksekutif
Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercitacita untuk mendidik anak-anaknya menjadi insan positif. Insan positif yang
dicadangkan adalah mengikut kerangka Islam iaitu cemerlang di dunia dan
akhirat. Namun realitinya, ramai ibu bapa yang kecewa kerana anak-anak
mereka tidak menjadi orang yang diharap-harapkan. Ahli motivasi ada
berkata Mendidik anak-anak bermula 20 tahun sebelum ibu dan ayahnya
berkahwin.
menentukan

Ini

menunjukkan

sifat

generasi

faktor

akan

keturunan

amat

datang. Justeru,

penting

siapa

yang

dalam
harus

memulakan kecemerlangan generasi akan datang. Apakah datuk, nenek, ibu,


bapa atau masyarakat?
Buku ini menyarankan dua pembahagian besar dalam proses untuk
menjadikan anak-anak positif. Ianya bermula dengan latihan lahiriah yang
merangkumi kognitif, psikomotor, dan kerohanian yang dinamakan latih
anak kemahiran diri dan aspek kedua pula merupakan aplikasi sosiologi
yang dinamakan latih anak kemahiran bermasyarakat.
Menerusi latih anak kemahiran diri ianya harus dimulai dengan
penghayatan keagamaan seperti bersyahadah, solat, membaca al Quran,
berzikir, dan amalan-amalan yang lainnya. Anak-anak perlu ditunjangi
dengan aspek kerohanian jika ingin dilihat positif. Di samping itu, anak-anak
perlu dilengkapkan dengan kemahiran ICT, kemahiran seni & budaya,
kemahiran fotografi, aktiviti lasak, kemahiran berfikir, kemahiran dalam
pasukan, public speaking, dan mencintai haiwan dan alam sekitar.
Suhaida binti Othman (2015)

Page 1

Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif


Melalui

latih

anak

kemahiran

bermasyarakat

anak-anak

perlu

didedahkan dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti bergotongroyong, mengikuti kem dan seminar, membantu masyarakat dan rakan
sebaya, semangat berpasukan dalam permainan, latihan komunikasi, kerja
sosial & sukarela, membantu kerjaya ibu bapa, beraktiviti besama-sama
keluarga dan menanamkan minat komitmen sosial yang baik.
Selain daripada itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita
motivasi, potongan ayat al Quran dan al Hadis yang menjadi dalil untuk
mendidik anak-anak menjadi positif. Terdapat juga doa-doa yang disarankan
untuk menjadi amalan sekeluarga supaya dapat diperkenankan oleh Allah
SWT agar cita-cita menjadikan anak-anak positif berjaya.

Pembelajaran Yang Diperolehi


Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mendidik anak-anak
menjadi insan positif. Nilai positif merupakan nilai dalam diri individu yang
dimiliki oleh semua manusia sejagat tanpa mengira agama, bangsa, dan
keturunan. Oleh sebab itu, orang yang dapat menguasai dirinya dengan
sifat-sifat positif boleh mencapai kecemerlangan luar biasa. Manusia mampu
mencapai cita-cita sekiranya cita-citanya itu mampu dicapai oleh minda. Di
samping itu, manusia yang berpegang teguh pada tali agama akan mampu
menempa kecemerlangan. Allah amat bersikap adil untuk memberikan
pembahagian rezeki kepada hamba-hamba yang terikat kepadaNya.

Suhaida binti Othman (2015)

Page 2

Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif


Selain itu, buku ini berupaya menjadi petunjuk dan panduan kepada
ibu bapa untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang dan berjiwa positif.
Saranan didikan anak-anak adalah berpaksikan Islam kerana jiwa positif akan
memacu kejayaan di dunia dan akhirat. Sebelum anak-anak itu cemerlang,
ibu bapanya haruslah cemerlang dahulu kerana bagaimana acuan
begitulah kuihnya. Setiap anak itu dilahirkan mengikut fitrah (suci bersih),
maka ibu bapanyalah yang menjadikannya sama ada Yahudi, Nasrani atau
Majusi maksud Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Aplikasi Dalam Organisasi


Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan pendekatan
yang sesuai untuk mengubah tabiat manusia dari negatif kepada positif.
Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang juga masih di usia anak-anak.
Apatah lagi guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di
sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab
seorang guru untuk mendidik pelajarnya dengan nilai keagamaan dan moral.
Kita boleh meniru pendekatan yang diamalkan oleh Lukman Hakim
dalam mendidik anak-anaknya. Pertamanya anak-anak perlu diajar takut dan
mentaati Allah, diikuti Rasul dan menghormati ibu bapa. Inilah kunci jiwa
positif. Pelajar yang tertanam sifat mentaati Allah pastinya akan mentaai
semua perintah Allah dan makhluk-makhluk ciptaanNya.

Suhaida binti Othman (2015)

Page 3

Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif


Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini
bukannya mudah seperti menyediakan makanan malam. Ianya proses
berterusan yang memakan masa yang agak lama. Kadang-kadang hasilnya
dapat dilihat setelah pelajar ini menamatkan bangku persekolahannya.

Suhaida binti Othman (2015)

Page 4

Anda mungkin juga menyukai