Anda di halaman 1dari 2

NAMA : NURANIZATUL BINTI EJOL

KURSUS: 1PISMP BIMBINGAN DAN KAUNSELING

JUDUL BUKU: PETUA MENDIDIK ANAK MENJADI INSAN POSITIF

PENULIS: DATO DR HJ MOHD FADZILAH KAMSAH, HJ MUHAMMAD ZAKARIA dan HUSNA HASSAN.

Sinopsis :

Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita untuk mendidik anak-anaknya
menjadi insan positif. Insan positif yang dicadangkan adalah mengikut kerangka Islam iaitu cemerlang di
dunia dan akhirat. Namun realitinya, ramai ibu bapa yang kecewa kerana anak-anak mereka tidak
menjadi orang yang diharap-harapkan. Ahli motivasi ada berkata “Mendidik anak-anak bermula 20
tahun sebelum ibu dan ayahnya berkahwin”. Ini menunjukkan faktor keturunan amat penting dalam
menentukan sifat generasi akan datang.

Justeru, siapa yang harus memulakan kecemerlangan generasi akan datang. Apakah datuk, nenek,
ibu, bapa atau masyarakat?

Buku ini menyarankan dua pembahagian besar dalam proses untuk menjadikan anak-anak positif.
Ianya bermula dengan latihan lahiriah yang merangkumi kognitif, psikomotor, dan kerohanian yang
dinamakan “latih anak kemahiran diri” dan aspek kedua pula merupakan aplikasi sosiologi yang
dinamakan” latih anak kemahiran bermasyarakat”.

Menerusi “latih anak kemahiran diri” ianya harus dimulai dengan penghayatan keagamaan seperti
bersyahadah, solat, membaca al Quran, berzikir, dan amalan-amalan yang lainnya. Anak-anak perlu
ditunjangi dengan aspek kerohanian jika ingin dilihat positif. Di samping itu, anak-anak perlu
dilengkapkan dengan kemahiran ICT, kemahiran seni & budaya, kemahiran fotografi, aktiviti lasak,
kemahiran berfikir, kemahiran dalam pasukan, public speaking, dan mencintai haiwan dan alam sekitar.

Melalui “latih anak kemahiran bermasyarakat” anak-anak perlu didedahkan dengan aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan seperti bergotong-royong, mengikuti kem dan seminar, membantu masyarakat dan
rakan sebaya, semangat berpasukan dalam permainan, latihan komunikasi, kerja sosial & sukarela,
membantu kerjaya ibu bapa, beraktiviti besama-sama keluarga dan menanamkan minat komitmen
sosial yang baik.
Selain daripada itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al Quran
dan al Hadis yang menjadi dalil untuk mendidik anak-anak menjadi positif. Terdapat juga doa-doa yang
disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga supaya dapat diperkenankan oleh Allah SWT agar cita-cita
menjadikan anak-anak positif berjaya.

Anda mungkin juga menyukai