Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SJK(C) TONG HUA, MERADONG Kod Sekolah: YCC6305

1. Nama Guru HUAN HUNG DING

Petua Mendidik Anak Menjadi Insan


2. Judul 3. Bidang: Motivasi
Positif

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -

6. Tempat Pembentangan -
7. Sinopsis

Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita untuk mendidik anak-
anaknya menjadi insan positif. Namun realitinya, ramai ibu bapa yang kecewa kerana anak-anak
mereka tidak menjadi orang yang diharap-harapkan. Ahli motivasi ada berkata “Mendidik anak-
anak bermula 20 tahun sebelum ibu dan ayahnya berkahwin”. Ini menunjukkan faktor keturunan
amat penting dalam menentukan sifat generasi akan datang.
Justeru, siapa yang harus memulakan kecemerlangan generasi akan datang. Adakah datuk,
nenek, ibu, bapa atau masyarakat?
Buku ini menyarankan dua pembahagian besar dalam proses untuk menjadikan anak-anak
positif. Ianya bermula dengan latihan lahiriah yang merangkumi kognitif, psikomotor, dan
kerohanian yang dinamakan “latih anak kemahiran diri” dan aspek kedua pula merupakan aplikasi
sosiologi yang dinamakan” latih anak kemahiran bermasyarakat”.
Menerusi “latih anak kemahiran diri” ianya harus dimulai dengan penghayatan keagamaan
dan amalan-amalan yang lainnya. Anak-anak perlu ditunjangi dengan aspek kerohanian jika ingin
dilihat positif. Di samping itu, anak-anak perlu dilengkapkan dengan kemahiran ICT, kemahiran
seni & budaya, kemahiran fotografi, aktiviti lasak, kemahiran berfikir, kemahiran dalam pasukan,
public speaking, dan mencintai haiwan dan alam sekitar.
Melalui “latih anak kemahiran bermasyarakat” anak-anak perlu didedahkan dengan aktiviti-
aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royong, mengikuti kem dan seminar, membantu
masyarakat dan rakan sebaya, semangat berpasukan dalam permainan, latihan komunikasi, kerja
sosial & sukarela, membantu kerjaya ibu bapa, beraktiviti besama-sama keluarga dan
menanamkan minat komitmen sosial yang baik.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mendidik anak-anak menjadi insan positif. Nilai
positif merupakan nilai dalam diri individu yang dimiliki oleh semua manusia sejagat tanpa
mengira agama, bangsa, dan keturunan. Oleh sebab itu, orang yang dapat menguasai dirinya
dengan sifat-sifat positif boleh mencapai kecemerlangan luar biasa. Manusia mampu mencapai
cita-cita sekiranya cita-citanya itu mampu dicapai oleh minda. Di samping itu, manusia yang
berpegang teguh pada tali agama akan mampu menempa kecemerlangan.
Selain itu, buku ini berupaya menjadi petunjuk dan panduan kepada ibu bapa untuk melahirkan
anak-anak yang cemerlang dan berjiwa positif.
“Setiap anak itu dilahirkan mengikut fitrah (suci bersih), maka ibu bapanyalah yang
menjadikannya sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi” maksud Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan pendekatan yang sesuai untuk
mengubah tabiat manusia dari negatif kepada positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar
yang juga masih di usia anak-anak. Apatah lagi guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-
pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru
untuk mendidik pelajarnya dengan nilai keagamaan dan moral.
Kita boleh meniru pendekatan yang diamalkan oleh Lukman Hakim dalam mendidik anak-
anaknya. Pertamanya anak-anak perlu diajar takut dan menghormati ibu bapa. Inilah kunci jiwa
positif.
Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah seperti
menyediakan makanan malam. Ianya proses berterusan yang memakan masa yang agak lama.
Kadang-kadang hasilnya dapat dilihat setelah pelajar ini menamatkan bangku persekolahannya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

___________________ ________________
(HUAN HUNG DING) (TING SIIK NGO)

Anda mungkin juga menyukai