Anda di halaman 1dari 3

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : JOAN ANAK LUCAS MONET


(b) Sektor / Unit/ Organisasi : SEKTOR PEMEBELAJARAN, PPDL
(c) Kumpulan Perkhidmatan : DG44 / P&P
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKENAAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif

2. Pengarang: Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Hj Muhammad Zakaria dan


Husna Hassan

3. Tahun
2016
diterbitkan:

4. Diterbitkan oleh: Telaga Biru sdn. bhd

5. Sinopsis Buku
Yang Dibaca: Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-
cita untuk mendidik anak-anaknya menjadi insan positif. Insan positif
yang dicadangkan adalah mengikut kerangka Islam iaitu cemerlang di
dunia dan akhirat. Namun realitinya, ramai ibu bapa yang kecewa
kerana anak-anak mereka tidak menjadi orang yang diharap-harapkan.
Ahli motivasi ada berkata “Mendidik anak-anak bermula 20 tahun
sebelum ibu dan ayahnya berkahwin”. Ini menunjukkan faktor
keturunan amat penting dalam menentukan sifat generasi akan datang.

       Justeru, siapa yang harus memulakan kecemerlangan generasi akan


datang. Apakah datuk, nenek, ibu, bapa atau masyarakat?

       Buku ini menyarankan dua pembahagian besar dalam proses untuk


menjadikan anak-anak positif. Ianya bermula dengan latihan lahiriah
yang merangkumi kognitif, psikomotor, dan kerohanian yang
dinamakan “latih anak kemahiran diri” dan aspek kedua pula
merupakan aplikasi sosiologi yang dinamakan” latih anak kemahiran
bermasyarakat”.

       Anak-anak perlu ditunjangi dengan aspek kerohanian  jika ingin


dilihat positif. Di samping itu, anak-anak perlu dilengkapkan dengan
kemahiran ICT, kemahiran seni & budaya, kemahiran fotografi, aktiviti
lasak, kemahiran berfikir, kemahiran dalam pasukan, public speaking,
dan mencintai haiwan dan alam sekitar.

     Melalui “latih anak kemahiran bermasyarakat” anak-anak perlu


didedahkan dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-
royong, mengikuti kem dan seminar, membantu masyarakat dan rakan
sebaya, semangat berpasukan dalam permainan, latihan komunikasi,
kerja sosial & sukarela, membantu kerjaya ibu bapa, beraktiviti besama-
sama keluarga dan menanamkan minat komitmen sosial yang baik.

       Selain daripada itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita


motivasi, untuk mendidik anak-anak menjadi positif. Terdapat juga doa-
doa yang disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga supaya dapat
diperkenankan oleh Tuhan agar cita-cita menjadikan anak-anak positif
berjaya.

6. Manfaat/   Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mendidik anak-


pengajaran yang
diperoleh anak menjadi insan positif. Nilai positif merupakan nilai dalam diri
daripada buku individu yang dimiliki oleh semua manusia sejagat tanpa mengira
yang dibaca:
agama, bangsa, dan keturunan. Oleh sebab itu, orang yang dapat
menguasai dirinya dengan sifat-sifat positif boleh mencapai
kecemerlangan luar biasa. Manusia mampu mencapai cita-cita sekiranya
cita-citanya itu mampu dicapai oleh minda. Di samping itu, manusia
yang berpegang teguh pada tali agama akan mampu menempa
kecemerlangan. Allah amat bersikap adil untuk memberikan
pembahagian rezeki kepada hamba-hamba yang terikat kepadaNya.

   Selain itu, buku ini berupaya menjadi petunjuk dan panduan kepada
ibu bapa untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang dan berjiwa
positif. Saranan didikan anak-anak adalah berpaksikan Islam kerana
jiwa positif akan memacu kejayaan di dunia dan akhirat. Sebelum anak-
anak itu cemerlang, ibu bapanya haruslah cemerlang dahulu kerana “
bagaimana acuan begitulah kuihnya”.

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan pendekatan


yang sesuai untuk mengubah tabiat manusia dari negatif kepada positif.
Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang juga masih di usia anak-
anak. Apatah lagi guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar
ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi
tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya dengan nilai
keagamaan dan moral.

7. Tandatangan:

Anda mungkin juga menyukai