Anda di halaman 1dari 2

BORANG SINOPSIS BUKU SYAIFUL AKMAL KHAUSAR BIN ZULKEFLI

Nama Sekolah: SK MERBAU PULAS Kod Sekolah: KBA5012

PETUA MENDIDIK ANAK


1. Judul 2. Bidang: MOTIVASI
MENJADI INSAN POSITIF
3. Tarikh Pegesahan: MAC 2021 4. Bil. Muka Surat: 104
DATO DR HJ MOHD FADZILAH KAMSAH, HJ MUHAMMAD ZAKARIA DAN
5. Pengarang:
HUSNA HASSAN
6. Penerbit: TELAGA BIRU SDN. BHD
7. Sinopsis

Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita untuk mendidik anak-
anaknya menjadi insan positif. Insan positif yang dicadangkan adalah mengikut kerangka Islam iaitu
cemerlang di dunia dan akhirat. Namun realitinya, ramai ibu bapa yang kecewa kerana anak-anak
mereka tidak menjadi orang yang diharap-harapkan. Ahli motivasi ada berkata “Mendidik anak-anak
bermula 20 tahun sebelum ibu dan ayahnya berkahwin”. Ini menunjukkan faktor keturunan amat
penting dalam menentukan sifat generasi akan datang.
Justeru, siapa yang harus memulakan kecemerlangan generasi akan datang. Apakah datuk, nenek,
ibu, bapa atau masyarakat?
Buku ini menyarankan dua pembahagian besar dalam proses untuk menjadikan anak-anak positif.
Ianya bermula dengan latihan lahiriah yang merangkumi kognitif, psikomotor, dan kerohanian yang
dinamakan “latih anak kemahiran diri” dan aspek kedua pula merupakan aplikasi sosiologi yang
dinamakan” latih anak kemahiran bermasyarakat”.
Menerusi “latih anak kemahiran diri” ianya harus dimulai dengan penghayatan keagamaan seperti
bersyahadah, solat, membaca al Quran, berzikir, dan amalan-amalan yang lainnya. Anak-anak perlu
ditunjangi dengan aspek kerohanian jika ingin dilihat positif. Di samping itu, anak-anak perlu
dilengkapkan dengan kemahiran ICT, kemahiran seni & budaya, kemahiran fotografi, aktiviti lasak,
kemahiran berfikir, kemahiran dalam pasukan, public speaking, dan mencintai haiwan dan alam
sekitar.
Melalui “latih anak kemahiran bermasyarakat” anak-anak perlu didedahkan dengan aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan seperti bergotong-royong, mengikuti kem dan seminar, membantu masyarakat dan
rakan sebaya, semangat berpasukan dalam permainan, latihan komunikasi, kerja sosial & sukarela,
membantu kerjaya ibu bapa, beraktiviti besama-sama keluarga dan menanamkan minat komitmen
sosial yang baik.
Selain daripada itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al
Quran dan al Hadis yang menjadi dalil untuk mendidik anak-anak menjadi positif. Terdapat juga doa-
doa yang disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga supaya dapat diperkenankan oleh Allah SWT
agar cita-cita menjadikan anak-anak positif berjaya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran:

Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mendidik anak-anak menjadi insan positif. Nilai positif
merupakan nilai dalam diri individu yang dimiliki oleh semua manusia sejagat tanpa mengira agama, bangsa,
dan keturunan. Oleh sebab itu, orang yang dapat menguasai dirinya dengan sifat-sifat positif boleh mencapai
kecemerlangan luar biasa. Manusia mampu mencapai cita-cita sekiranya cita-citanya itu mampu dicapai oleh
minda. Di samping itu, manusia yang berpegang teguh pada tali agama akan mampu menempa kecemerlangan.
Allah amat bersikap adil untuk memberikan pembahagian rezeki kepada hamba-hamba yang terikat kepadaNya.

Selain itu, buku ini berupaya menjadi petunjuk dan panduan kepada ibu bapa untuk melahirkan anak-anak
yang cemerlang dan berjiwa positif. Saranan didikan anak-anak adalah berpaksikan Islam kerana jiwa positif
akan memacu kejayaan di dunia dan akhirat. Sebelum anak-anak itu cemerlang, ibu bapanya haruslah
cemerlang dahulu kerana “ bagaimana acuan begitulah kuihnya”.
BORANG SINOPSIS BUKU SYAIFUL AKMAL KHAUSAR BIN ZULKEFLI
“Setiap anak itu dilahirkan mengikut fitrah (suci bersih), maka ibu bapanyalah yang menjadikannya sama
ada Yahudi, Nasrani atau Majusi” maksud Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P:

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah tabiat
manusia dari negatif kepada positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang juga masih di usia anak-anak.
Apatah lagi guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu
adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya dengan nilai keagamaan dan moral.
Kita boleh meniru pendekatan yang diamalkan oleh Lukman Hakim dalam mendidik anak-anaknya.
Pertamanya anak-anak perlu diajar takut dan mentaati Allah, diikuti Rasul dan menghormati ibu bapa. Inilah
kunci jiwa positif. Pelajar yang tertanam sifat mentaati Allah pastinya akan mentaai semua perintah Allah dan
makhluk-makhluk ciptaanNya.
Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah seperti menyediakan
makanan malam. Ianya proses berterusan yang memakan masa yang agak lama. Kadang-kadang hasilnya
dapat dilihat setelah pelajar ini menamatkan bangku persekolahannya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

............................................................................ ........................................................
SYAIFUL AKMAL KHAUSAR BIN ZULKEFLI AZMAN BIN ARIFFIN

Anda mungkin juga menyukai