Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mendidik anak-anak menjadi insan positif. Nilai positif
merupakan nilai dalam diri individu yang dimiliki oleh semua manusia sejagat tanpa mengira agama,
bangsa, dan keturunan. Oleh sebab itu, orang yang dapat menguasai dirinya dengan sifat-sifat positif boleh
mencapai kecemerlangan luar biasa. Manusia mampu mencapai cita-cita sekiranya cita-citanya itu mampu
dicapai oleh minda. Di samping itu, manusia yang berpegang teguh pada tali agama akan mampu menempa
kecemerlangan. Allah amat bersikap adil untuk memberikan pembahagian rezeki kepada hamba-hamba
yang terikat kepadaNya.
Selain itu, buku ini berupaya menjadi petunjuk dan panduan kepada ibu bapa untuk melahirkan anak-anak
yang cemerlang dan berjiwa positif. Saranan didikan anak-anak adalah berpaksikan Islam kerana jiwa positif
akan memacu kejayaan di dunia dan akhirat. Sebelum anak-anak itu cemerlang, ibu bapanya haruslah
cemerlang dahulu kerana “ bagaimana acuan begitulah kuihnya”.
“Setiap anak itu dilahirkan mengikut fitrah (suci bersih), maka ibu bapanyalah yang menjadikannya sama
ada Yahudi, Nasrani atau Majusi” maksud Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
..................................…....... ............................................
NAMA : AHMAD HAZMAN BIN UDZIR (HJ NORAZMI BIN HJ MD ISA)
JAWATAN : GAB GURU BESAR
TARIKH : 2 MEI 2023 SK TAMING JAYA