Anda di halaman 1dari 13

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK BANDAR RINCHING Kod Sekolah: BEA4632

NORZARINA BINTI JUSOH


1. Nama Guru
Petua Mendidik Anak Menjadi
2. Judul 3. Bidang: Motivasi
Insan Positif
Dato Dr Hj Mohd Fadzilah
4. Nama Penulis Kamsah, Hj Muhammad 5. Tarikh Pengesahan: 2.1.2020
Zakaria dan Husna Hassan
Bilangan Muka
6. 104
Surat
7. Sinopsis

Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita untuk
mendidik anak-anaknya menjadi insan positif. Insan positif yang dicadangkan adalah
mengikut kerangka Islam iaitu cemerlang di dunia dan akhirat. Namun realitinya, ramai
ibu bapa yang kecewa kerana anak-anak mereka tidak menjadi orang yang diharap-
harapkan. Ahli motivasi ada berkata “Mendidik anak-anak bermula 20 tahun sebelum
ibu dan ayahnya berkahwin”. Ini menunjukkan faktor keturunan amat penting dalam
menentukan sifat generasi akan datang.

Justeru, siapa yang harus memulakan kecemerlangan generasi akan datang.


Apakah datuk, nenek, ibu, bapa atau masyarakat?

Buku ini menyarankan dua pembahagian besar dalam proses untuk menjadikan
anak-anak positif. Ianya bermula dengan latihan lahiriah yang merangkumi kognitif,
psikomotor, dan kerohanian yang dinamakan “latih anak kemahiran diri” dan aspek
kedua pula merupakan aplikasi sosiologi yang dinamakan” latih anak kemahiran
bermasyarakat”.

Menerusi “latih anak kemahiran diri” ianya harus dimulai dengan penghayatan
keagamaan seperti bersyahadah, solat, membaca al Quran, berzikir, dan amalan-
amalan yang lainnya. Anak-anak perlu ditunjangi dengan aspek kerohanian jika ingin
dilihat positif. Di samping itu, anak-anak perlu dilengkapkan dengan kemahiran ICT,
kemahiran seni & budaya, kemahiran fotografi, aktiviti lasak, kemahiran berfikir,
kemahiran dalam pasukan, public speaking, dan mencintai haiwan dan alam sekitar.

Melalui “latih anak kemahiran bermasyarakat” anak-anak perlu didedahkan dengan


aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royong, mengikuti kem dan seminar,
membantu masyarakat dan rakan sebaya, semangat berpasukan dalam permainan,
latihan komunikasi, kerja sosial & sukarela, membantu kerjaya ibu bapa, beraktiviti
besama-sama keluarga dan menanamkan minat komitmen sosial yang baik.
Selain daripada itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi,
potongan ayat al Quran dan al Hadis yang menjadi dalil untuk mendidik anak-anak
menjadi positif. Terdapat juga doa-doa yang disarankan untuk menjadi amalan
sekeluarga supaya dapat diperkenankan oleh Allah SWT agar cita-cita menjadikan
anak-anak positif berjaya.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mendidik anak-anak menjadi
insan positif. Nilai positif merupakan nilai dalam diri individu yang dimiliki oleh
semua manusia sejagat tanpa mengira agama, bangsa, dan keturunan. Oleh
sebab itu, orang yang dapat menguasai dirinya dengan sifat-sifat positif boleh
mencapai kecemerlangan luar biasa. Manusia mampu mencapai cita-cita
sekiranya cita-citanya itu mampu dicapai oleh minda. Di samping itu, manusia
yang berpegang teguh pada tali agama akan mampu menempa kecemerlangan.
Allah amat bersikap adil untuk memberikan pembahagian rezeki kepada
hamba-hamba yang terikat kepadaNya.

Selain itu, buku ini berupaya menjadi petunjuk dan panduan kepada ibu bapa
untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang dan berjiwa positif. Saranan
didikan anak-anak adalah berpaksikan Islam kerana jiwa positif akan memacu
kejayaan di dunia dan akhirat. Sebelum anak-anak itu cemerlang, ibu bapanya
haruslah cemerlang dahulu kerana “ bagaimana acuan begitulah kuihnya”.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan pendekatan yang
sesuai untuk mengubah tabiat manusia dari negatif kepada positif. Tugas guru
berhadapan dengan pelajar yang juga masih di usia anak-anak. Apatah lagi
guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping
menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik
pelajarnya dengan nilai keagamaan dan moral.
Kita boleh meniru pendekatan yang diamalkan oleh Lukman Hakim dalam
mendidik anak-anaknya. Pertamanya anak-anak perlu diajar takut dan mentaati
Allah, diikuti Rasul dan menghormati ibu bapa. Inilah kunci jiwa positif. Pelajar
yang tertanam sifat mentaati Allah pastinya akan mentaai semua perintah Allah
dan makhluk-makhluk ciptaanNya.
Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya
mudah seperti menyediakan makanan malam. Ianya proses berterusan yang
memakan masa yang agak lama. Kadang-kadang hasilnya dapat dilihat setelah
pelajar ini menamatkan bangku persekolahannya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ...................................................
( NORZARINA BINTI JUSOH ) ( )

Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK BANDAR RINCHING Kod Sekolah: BEA4632

1. Nama Guru NORZARINA BINTI JUSOH

2. Judul 3. Bidang: Motivasi


. Menangani Sifat Marah
Dato Dr Hj Mohd Fadzilah
5. Tarikh Pengesahan:
4. Nama Penulis Kamsah, Mumtazah Tumian
13.1.2020
dan Mahfuzah Omar
Bilangan Muka
6. 104
Surat
7. Sinopsis

Buku ini membincangkan panduan untuk individu menangani sifat marah yang ada
dalam diri. Sifat marah ini ditamsilkan seperti seekor singa yang berada dalam diri
manusia. Seekor singa yang lepas bebas boleh membahayakan ramai orang. Dia akan
menjadi anti sosial, ego, dan garang. Ianya digelar raja binatang.
Namun sebaliknya, seekor singa yang telah dijinakkan mampu menjadi penghibur
seperti singa sarkas. Ia juga mampu menjadi hero dalam filem, pergerakannya lemah
lembut sehingga kanak-kanak pun mampu terpikat kepadanya,
Begitulah sifat marah dalam jiwa manusia, jika tidak terkawal mampu mengundang
musibah. Marah harus dikawal seperti penjaga zoo melatih singa. Makanannya tetap
daging mentah tetapi tidak menyerang sesuka hati seperti singa di hutan ketika
mencari makanan.
Sifat marah yang terkawal akan mengubah manusia menjadi makhluk “super”
seperti yang terjadi kepada Khalifah Umar Al Khatab. Sebelum Islam dia umpama
singa setelah Islam juga dia tetap singa. Malah singanya Umar setelah Islam telah
menjadikan Islam itu bertambah kuat serta menjadi dalil sejarah yang menjadi contoh
mukmin sejati sehingga ke hari ini.
Antara cadangan buku ini untuk mengawal sifat marah ialah mengamalkan sift-sifat
terpuji, mencintai Allah dan Rasul,dan hidup berkeluarga dengan mewujudkan
suasana tenteram dan harmonis.
Selain itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat
al Quran dan al Hadis yang menjadi panduan untuk mengawal sifat marah. Terdapat
juga doa-doa yang disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga.

Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mengawal sifat marah. Amarah yang
tidak terkawal akan mengundang natijah negatif terhadap individu dan masyarakat di
sekelilingnya. Marah yang tidak terkawal akan mencetuskan pergaduhan,
mengundang kemurungan, menjadikan diri dibenci, mengganggu kesihatan minda,
menjejaskan kesihatan seperti cepat tua, sakit jantung, darah tinggi dan jangkitan
kuman.

Di samping itu, pembaca dicadangkan kaedah-kaedah untuk mengawal kemarahan


seperti beristighfar, kurang menimbulkan provokasi, jangan menambahkan kemarahan
orang lain yang sedang marah, benarkan atau iakan hujah orang yang sedang marah,
segera mengingati diri bahawa marah bukan penyelesaian masalah, segera ingat
marah bukan tindakan manusia bertamadun, memperlahankan intonasi suara ketika di
khalayak, jangan memandang muka orang yang sedang marah, lepaskan kemarahan
dengan menjerit di tempat sunyi dan segera berwuduk dan bersembahyang sunat.
“Firman Allah SWT “Sesungguhnya solat itu akan mencegah daripada perbuatan keji
dan mungkar”. (Al Ankabut : 45)
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai
untuk mengubah tabiat manusia yang sering marah kepada sikap yang positif. Tugas
guru berhadapan dengan pelajar yang juga masih di usia anak-anak yang banyak
karenah. Pelajar sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap kali menimbulkan
provokasi kepada guru.

Oleh itu, guru perlulah bijak mengawal emosi supaya permasalahan pelajar ini
ditangani dengan berkhemah dan bijaksana. Guru perlu mengawal kemarahan kerana
marah yang tidak terkawal akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti
melempang dan memukul di luar batasan manusia. Guru-guru merupakan ibu bapa
kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi
tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya dengan nilai-nilai yang baik.
Berikanlah contoh yang baik kepada mereka.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( NORZARINA BINTI JUSOH ) ( )

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: SMK BANDAR RINCHING Kod Sekolah: BEA4632

1. Nama Guru NORZARINA BINTI JUSOH


Berfikir Dalam Bilik Darjah
2. Judul 3. Bidang: pedagogi
Ainon Mohd & Abdullah 5. Tarikh Pengesahan:
4. Nama Penulis
Hassan 10.1.2020
Bilangan Muka
6.
Surat 163
7. Sinopsis
Buku ini merupakan hasil penyelidikan, ujian dan pengalaman pengarang
sewaktu mengajar kanak-kanak berfikir. Isunya ialah pelajar sering dikatakan
“budak bodoh’, “budak lembam” dan yang seumpamanya. Dapatan pengarang,
terdapat pelajar yang dianggap kurang cerdik sewaktu dibangku sekolah
akhirnya membesar sebagai “taukeh”, tuan punya syarikat ataupun majikan
kepada pelajar yang pintar sewaktu dibangku sekolah. Pengarang juga
menjustifikasikan kepintaran itu kepada kepintaran belajar dan kepintaran
berfikir. Ramai individu yang berjaya pada hari ini merupakan individu yang
mahir berfikir.

Pengarang juga mencadangkan cara-cara mengajar kemahiran berfikir


dalam bilik darjah seperti menghidupkan suasana kelas, mengaplikasi pemikiran
konvergen dan divergen, memuji murid, memberi ganjaran, guru menjadi
pembimbing, mendorong kreativiti, jangan menjadi diktaktor, toleransi pada
ambiguiti, berpersonaliti menarik, mempelbagai rangsangan dan mempelbagai
teknik menyoal.

Pengarang juga turut memperkenalkan teknik mengajar kemahiran berfikir


menggunakan kaedah infusi iaitu kaedah yang dianjurkan oleh pihak
kementerian. Setiap teknik-teknik yang dianjurkan disertakan contoh-contohnya
sekali supaya para guru dapat memahami dan menggunakan teknik tersebut
sewaktu mengajar.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini perlu dimiliki oleh para guru sebagai bacaan tambahan yang mana
kandungannya akan dapat membantu guru ketika berada dalam bilik darjah.
Menerusinya kita akan faham tentang kepelbagaian kepintaran pelajar. Sebagai
contoh terdapat pelajar yang pintar IQ, pintar matematik, kepintaran akademik,
kepintaran praktikal, dan kepintaran EQ. Melalui pengetahuan ini kita boleh
mengesan kepintaran para pelajar di dalam kelas. Oleh itu, potensi diri mereka
akan dapat diketengahkan.

Pengarang juga mencadangkan aktiviti yang perlu dilakukan oleh guru di dalam
kelas. Guru kurang digalakkan mengeluarkan arahan seperti :
“ Saya mahu..
“Kamu perlu...

Soalan seperti itu terlalu berbentuk arahan yang mana akhirnya akan
menenggelamkan kreativiti pelajar. Para guru digalakkan menyoal pelajar
dengan soalan yang mencabar minda seperti:
“ Bagaimana sekiranya..
“Apa yang perlu kita.....
“ Sekiranya.....

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai
untuk guru gunakan di dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran
menjadi menarik. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang berbagai-bagai ragam
dan karenah. Guru juga perlu tahu tahap dan jenis kepintaran pelajarnya. Ini akan
dapat membantu para guru menentukan kaedah paling sesuai yang akan digunakan
sewaktu mengajar. Oleh itu pendekatan kreatif perlu untuk mengekang permasaalahan
ini.

Kita boleh menghayati cara Lukman Hakim dalam mendidik anak-anaknya. Lukman
mengajak anaknya turun ke lapangan dengan menderai seekor keldai. Di akhir
kembara mereka, Lukman menerangkan tentang sifat manusia yang akan sentiasa
mencari kesalahan orang lain walau dalam apa jua situasinya..
Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah
dan perlu ditangani dengan bersabar dan kreatif.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( NORZARINA BINTI JUSOH ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK BANDAR RINCHING Kod Sekolah: BEA4632

1. Nama Guru NORZARINA BINTI JUSOH


2. Judul Mengurus Disiplin Pelajar 3. Bidang: Kaunseling
5. Tarikh Pengesahan:
4. Nama Penulis Abdullah Sani Yahaya
26.1.2020
Bilangan Muka
6.
Surat 244
7. Sinopsis

Buku ini membincangkan tentang disiplin pelajar dan panduan untuk menanganinya.
Kandungannya merujuk Laporan Kabinet 1979 apabila sebahagian besar syor itu,
banyak tertumpu kepada persoalan disiplin pelajar. Selain itu, masalah disiplin dalam
kalangan pelajar tidak akan berhenti dan selesai begitu sahaja, tetapi berkehendakkan
kepada usaha berterusan bagi menjamin keutuhan individu remaja yang kental dan
memacu negara ini ke era yang lebih gemilang.

Disiplin bukan suatu sekatan, tetapi satu cara teratur dalam melaksanakan
satu warisan budaya bangsa yang dapat dilanjutkan dengan pembaikan di sana sini.
Apa yang membimbangkan ialah pengaruh mendatang yang tidak berjaya dijaring dan
dijala oleh generasi muda hari ini.Gejala ini dikhutiri akan memberikan kesempatan
kepada orang luar untuk menguasai minda anak watan kita.

Buku ini menjelaskan tentang disiplin pelajar, pelbagai masalah disiplin,


mengenal sahsiah individu, kesan-kesan sahsiah pelajar yang tidak formal,
kepentingan interaksi pelajar, pelbagai salah laku pelajar, cara pembangunan generasi
mendatang, disiplin dalam bilik darjah, sekolah kondusif, hubungan antara disiplin
dengan sosio emosi, tingkah laku Devian, peranan bimbingan & kaunseling dan
pembimbing rakan sebaya dalam menangani disiplin pelajar.

Oleh itu, harapan dan impian semua pihak agar generasi pelajar ini dapat
membesar menjadi orang yang baik, mempunyai imej bermoral tinggi, bersikap waja
diri dan tidak melihat institusi sekolah sebagai tempat tahanan dan kongkongan.
.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini menerangkan faktor mempengaruhi disiplin pelajar seperti cara asuhan dan
didikan di rumah, sikap negatif ibu bapa terhadap pembelajaran, persekitaran tempat
tinggal juga banyak membentuk perilaku pelajar, sikap guru yang tiada ketulenan
sewaktu mengajar dan ketiadaan motivasi dalaman dalam diri pelajar berkenaan.

Selain itu, permasalahan disiplin yang menjadi isu negara juga dibentangkan
seperti ponteng sekolah, ponteng kelas, datang lewat, pakaian berfesyen dan selekeh,
rambut tidak diurus dengan baik, merokok dan dadah. Permasalah ini berpunca dari
diri pelajar itu sendiri, pengaruh rakan, pengaruh media, kurang kawalan ibu bapa,
kurang kawalan pihak sekolah dan masyarakat yang tidak lagi memainkan peranannya

Di samping itu, terdapat saranan untuk membaiki masalah ini seperti


penerapan nilai dalam bilik darjah, pemupukan nilai d rumah, pemupukan nilai dalam
kalangan rakan, pemupukan nilai di sekolah dan membudayai ilmu. Terdapat juga
cadangan untuk memantapkan program Pembimbing Rakan Sebaya. Hanya rakan
sebaya yang lebih arif dan dekat dengan rakan mereka.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai
untuk mengubah tabiat pelajar kepada sikap yang positif. Tugas guru sering
berhadapan dengan pelajar yang banyak menimbulkan karenah. Pelajar sekolah
seringkali melakukan salah laku dan acap kali menimbulkan provokasi kepada guru.
Oleh itu, kandungan buku ini amat sesuai supaya permasalahan pelajar ini ditangani
dengan berkhemah serta bijaksana.

Guru perlu mengawal disiplin dengan bijak supaya tidak akan mengakibatkan
tindakan yang kurang bijak seperti melempang dan memukul pelajar. Para pelajar
yang baik boleh digunakan untuk membimbing pelajar yang bermasalah ini dan walau
apapun tindakan ingatlah guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di
sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru
untuk mendidik pelajarnya supaya dapat mengamalkan nilai-nilai yang baik.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( NORZARINA BINTI JUSOH ) ( )

Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK. BANDAR RINCHING Kod Sekolah: BEA4632

1. Nama Guru PN AZIZAH BT. ABD RAHMAN


KESALAHAN-KESALAHAN DALAM
2. Judul IBADAH SOLAT 3. Bidang: AGAMA

4. Nama Penulis AKMAL HJ. MHD.ZAIN 5. Tarikh Pengesahan: 14.7.2018

6. Bilangan Muka Surat


227
7. Sinopsis
Buku ini memberikan panduan dan bimbingan untuk seseorang itu mengetahui tentang
kesalahan dan dan kesilapan yang sering dilakukan. Ianya juga sebagai neraca ibadah solat itu
diterima oleh Allah swt atau sebaliknya.

Mengenal kesilapan ketika solat dan membetulkannya adalah satu kewajipan yang tidak wajar
diabaikan. Sesungguhnya setiap individu sedia untuk meningkatkan amalan solatnya ke arah
yang lebih sempurna dan tepat.

Pengabaian tentang ibadah penting ertinya kita bersikap lebih kurang dan sambil lewa dengan
amanah yang diberikan. Lantaran itu Allah swt juga akan sambil lewa dengan urusan hidup kita
di dunia ini.

Buku ini terbahagi kepada 5 tajuk utama iaitu :

a) Kesalahan-kesalahan umum dalam solat (melafazkan niat dengan kuat, mengulan-ulangi


takbir kerana was-was dll).
b) Kesalahan-kesalahan dalam solat berjemaah(imam yang tidak memenuhi syarat, kesalahan
imam dalam membaca surah,dll(
c) Kesalahan-kesalahan dalam solat jumaat(kesalahan khatib ketika berkhutbah, kesalahan
kerana berkata-kata atau tidur ketika khatib berkhutbah, dll).
d) Kesalahan-kesalahan dalam solat sunat(solat sunat tahiyyat al-masjid dll)
e) Bid’ah dan bahayanya terhadap pelakunya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Menjadikan solat lebih berkualiti daripada sebelum ini


2. Menginsafkan betapa pentingnya menjaga ibadah solat yang sempurna

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Membantu meningkatkan profesionalisme sebagai seorang guru dalam menghadapi pelbagai


cabaran dalam alam pendidikan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(PN AZIZAH BT. ABD RAHMAN) ( )
Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK. BANDAR RINCHING Kod Sekolah: BEA4632

1. Nama Guru
PN NOR HAMIMAH BT. MOHAMED TAZALI
2. Judul 3. Bidang: Agama
96 DOA PENGHINDAR NERAKA
ABDULLAH AL-QARI B. HJ.
4. Nama Penulis 5. Tarikh Pengesahan: 30.6.2018
SALLEH
85
6. Bilangan Muka Surat
7. Sinopsis

Antara isi kandungan buku ini ialah :


a) Beriman kepada neraka dan seksaannya
b) Perbandingan kadar kepanasan api neraka
c) Seksaan neraka yang paling ringan
d) Sepintas lalu seksaan neraka
e) Menangis sebab takutkan neraka
f) Nabi menyuruh berlindung dari seksaan neraka
g) Sunnah Nabi memohon perlindungan dari neraka
h) Bentuk-bentuk doa pencegah neraka
i) Terlarang memperincikan doa
j) Permohonan dan perlindungan menyeluruh
k) Ketika dan suasana berdoa
l) Kelepasan dari neraka bagi siapa yang meminta
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Dapat menginsafkan dan berusaha untuk menjadi muslim yang lebih baik
2. Berusaha menambah ikhtiar agar tidak disentuh api neraka malah terus ke syurga.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Membantu semasa aktiviti dalam kelas kepada murid-murid nanti

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

...................................................................... .................................................
(NOR HAMIMAH BT. MOHAMED TAZALI) ( )

Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK. BANDAR RINCHING Kod Sekolah: BEA4632

1. Nama Guru PN RUSIAH BT DAUD


2. Judul 147 KISAH ORANG YANG 3. Bidang: AGAMA
DIKABULKAN DOANYA
4. Nama Penulis MANSUR A’BDUL HAKIM 5. Tarikh Pengesahan: 1.7.2018

6. Bilangan Muka Surat


244
7. Sinopsis

Di dalam buku ini terdapat kisah-kisah mereka yang dikabulkan doanya oleh Allah swt daripada
orang-orang yang beriman dan orang-orang yang tidak beriman. Ini kerana Allah swt telah
mengabulkan doa iblis ketika dia berdoa untuk ditangguhkan sehingga hari kiamat, dan Allah
swt telah menangguhkannya sehingga waktu itu.

Buku ini juga menceritakan kisah-kisah doa yang dikabulkan oleh Allah swt kepada hamba-
hambaNya. Allah swt juga melarang orang muslim berdoa hanya untuk dirinya atau anaknya
atau hartanya. Allah swt boleh mengabulkannya akan tetapi setelah itu dia akan menyesal.

Sesungguhnya akhir doa kita adalah dengan memuji allah swt Tuhan Semesta Alam. Selawat
dan salam semoga tetap tercurahkan kepada junjungan kita Nabi Muhammad saw keluarga dan
para sahabatnya.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
1. Dapat mengetahui jenis-jenis doa
2. Dapat memanfaatkan waktu dan tempat untuk berdoa
3. Mengetahui kelebihan berdoa
.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

MEMANTAPKAN AMALAN SEBAGAI SEORANG MUSLIM YANG SEJATI DALAM KEHIDUPAN DAN
SETERUSNYA MEMBANTU MERUBAH HIDUP KE ARAH YANG LEBIH BAIK.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(PN RUSIAH BT DAUD ) ( )

Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK. BANDAR RINCHING Kod Sekolah: BEA4632

1. Nama Guru SITI NORRIN BT. SALIMAN


100 PESANAN TERAKHIR
2. Judul RASULULLAH 3. Bidang: AGAMA

4. Nama Penulis MUHD. NASRUDDIN DASUKI 5. Tarikh Pengesahan: 27.6.2018


404
6. Bilangan Muka Surat
7. Sinopsis

100 pesanan terakhir Rasulullah ini bisa menggetarkan hati kita andai ada pesanan ini jauh
daripada jangkauan apa yang dilaksanakan.

Di antara pesanan Rasulullah adalah merangkumi :


a) Tawaduk penghapus kesombongan.
b) Bersedekah biarlah ikhlas.
c) Isteri, taatilah suamimu.
d) Peliharalah solatmu.
e) Pertolongan Allah menanti bagi yang sabar.
f) Bersahabat cara Rasulullah
g) Makanan seimbang cara Rasulullah
h) Anak adalah ujian Allah
i) Ziarahilah kubur ingati kematian.
j) Suasanakan keluarga dengan ciri islam.
k) Mengharap keredhaan beribadat.
l) Memberi salam satu sedekah.
m) Al-quran dan sunnah panduan hidup.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Memberi panduan dalam menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba.


2. Menjadi pedoman untuk untuk melayari kehidupan ini sebagai bekalan menuju ke hari akhirat
nanti.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Boleh berkongsi kepada murid semasa proses pdpc

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(SITI NORRIN BT. SALIMAN) ( )

Anda mungkin juga menyukai