Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Jitra 3 Kod Sekolah: KBA 4061

1. Nama Guru Najwa bt. Aziz


Petua Mendidik Anak Menjadi Insan
2. Judul 3. Bidang: Motivasi
Positif
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini membicarakan cara untuk mendidik anak-anaknya menjadi insan positif. Insan positif yang
dicadangkan adalah mengikut kerangka Islam iaitu cemerlang di dunia dan akhirat. Namun
realitinya, ramai ibu bapa yang kecewa kerana anak-anak mereka tidak menjadi orang yang
diharap-harapkan.
       Buku ini menyarankan dua pembahagian besar dalam proses untuk menjadikan anak-anak
positif. Ianya bermula dengan latihan lahiriah yang merangkumi kognitif, psikomotor, dan
kerohanian yang dinamakan “latih anak kemahiran diri” dan aspek kedua pula merupakan aplikasi
sosiologi yang dinamakan” latih anak kemahiran bermasyarakat”.
       Menerusi “latih anak kemahiran diri” ianya harus dimulai dengan penghayatan keagamaan
seperti bersyahadah, solat, membaca al Quran, berzikir, dan amalan-amalan yang lainnya. Anak-
anak perlu ditunjangi dengan aspek kerohanian  jika ingin dilihat positif. Di samping itu, anak-anak
perlu dilengkapkan dengan kemahiran ICT, kemahiran seni & budaya, kemahiran fotografi, aktiviti
lasak, kemahiran berfikir, kemahiran dalam pasukan, public speaking, dan mencintai haiwan dan
alam sekitar.
     Melalui “latih anak kemahiran bermasyarakat” anak-anak perlu didedahkan dengan aktiviti-
aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royong, mengikuti kem dan seminar, membantu
masyarakat dan rakan sebaya, semangat berpasukan dalam permainan, latihan komunikasi, kerja
sosial & sukarela, membantu kerjaya ibu bapa, beraktiviti besama-sama keluarga dan
menanamkan minat komitmen sosial yang baik.
       Selain daripada itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al
Quran dan al Hadis yang menjadi dalil untuk mendidik anak-anak menjadi positif. Terdapat juga
doa-doa yang disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga supaya dapat diperkenankan oleh
Allah SWT agar cita-cita menjadikan anak-anak positif berjaya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mendidik anak-anak menjadi insan positif. Nilai
positif merupakan nilai dalam diri individu yang dimiliki oleh semua manusia tanpa mengira agama,
bangsa, dan keturunan. Oleh sebab itu, orang yang dapat menguasai dirinya dengan sifat-sifat
positif boleh mencapai kecemerlangan luar biasa. Manusia mampu mencapai cita-cita sekiranya
cita-citanya itu mampu dicapai oleh minda. Di samping itu, manusia yang berpegang teguh pada
tali agama akan mampu menempa kecemerlangan. Allah amat bersikap adil untuk memberikan
pembahagian rezeki kepada hamba-hamba yang terikat kepadaNya.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah
tabiat manusia dari negatif kepada positif. Tugas guru sebagai ibu bapa kepada murid-murid di
sekolah bukan sahaja menyalurkan ilmu tetapi perlu mendidik murid dengan nilai keagamaan dan
moral.
     Guru boleh meniru pendekatan yang diamalkan oleh Lukman Hakim dalam mendidik anak-
anaknya. Pertamanya anak-anak perlu diajar takut dan mentaati Allah, diikuti Rasul dan
menghormati ibu bapa. Inilah  kunci jiwa positif. Murid yang tertanam sifat mentaati Allah pastinya
akan mentaai semua perintah Allah dan makhluk-makhluk ciptaanNya.
    Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah. Mendidik
merupakan proses berterusan sepanjang hayat manusia.
   

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( Najwa bt. Aziz ) ( )

Anda mungkin juga menyukai