Anda di halaman 1dari 6

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK GEMAS Kod Sekolah: NEA5055

NURFADZILAH BINTI FUZAI


1. Nama Guru
Petua Mendidik Anak Menjadi Insan
2. Judul Positif 3. Bidang: Motivasi

2/9/2023
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita untuk mendidik anak-
anaknya menjadi insan positif. Insan positif yang dicadangkan adalah mengikut kerangka Islam
iaitu cemerlang di dunia dan akhirat. Namun realitinya, ramai ibu bapa yang kecewa kerana anak-
anak mereka tidak menjadi orang yang diharap-harapkan. Ahli motivasi ada berkata “Mendidik
anak-anak bermula 20 tahun sebelum ibu dan ayahnya berkahwin”. Ini menunjukkan faktor
keturunan amat penting dalam menentukan sifat generasi akan datang.
Justeru, siapa yang harus memulakan kecemerlangan generasi akan datang. Apakah datuk,
nenek, ibu, bapa atau masyarakat?
Buku ini menyarankan dua pembahagian besar dalam proses untuk menjadikan anak-anak
positif. Ianya bermula dengan latihan lahiriah yang merangkumi kognitif, psikomotor, dan
kerohanian yang dinamakan “latih anak kemahiran diri” dan aspek kedua pula merupakan aplikasi
sosiologi yang dinamakan” latih anak kemahiran bermasyarakat”.
Menerusi “latih anak kemahiran diri” ianya harus dimulai dengan penghayatan keagamaan
seperti bersyahadah, solat, membaca al Quran, berzikir, dan amalan-amalan yang lainnya. Anak-
anak perlu ditunjangi dengan aspek kerohanian jika ingin dilihat positif. Di samping itu, anak-anak
perlu dilengkapkan dengan kemahiran ICT, kemahiran seni & budaya, kemahiran fotografi, aktiviti
lasak, kemahiran berfikir, kemahiran dalam pasukan, public speaking, dan mencintai haiwan dan
alam sekitar.
Melalui “latih anak kemahiran bermasyarakat” anak-anak perlu didedahkan dengan aktiviti-
aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royong, mengikuti kem dan seminar, membantu
masyarakat dan rakan sebaya, semangat berpasukan dalam permainan, latihan komunikasi, kerja
sosial & sukarela, membantu kerjaya ibu bapa, beraktiviti besama-sama keluarga dan
menanamkan minat komitmen sosial yang baik.
Selain daripada itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al
Quran dan al Hadis yang menjadi dalil untuk mendidik anak-anak menjadi positif. Terdapat juga
doa-doa yang disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga supaya dapat diperkenankan oleh
Allah SWT agar cita-cita menjadikan anak-anak positif berjaya.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mendidik anak-anak menjadi insan positif. Nilai
positif merupakan nilai dalam diri individu yang dimiliki oleh semua manusia sejagat tanpa
mengira agama, bangsa, dan keturunan. Oleh sebab itu, orang yang dapat menguasai dirinya
dengan sifat-sifat positif boleh mencapai kecemerlangan luar biasa. Manusia mampu mencapai
cita-cita sekiranya cita-citanya itu mampu dicapai oleh minda. Di samping itu, manusia yang
berpegang teguh pada tali agama akan mampu menempa kecemerlangan. Allah amat bersikap
adil untuk memberikan pembahagian rezeki kepada hamba-hamba yang terikat kepadaNya.

Selain itu, buku ini berupaya menjadi petunjuk dan panduan kepada ibu bapa untuk melahirkan
anak-anak yang cemerlang dan berjiwa positif. Saranan didikan anak-anak adalah berpaksikan
Islam kerana jiwa positif akan memacu kejayaan di dunia dan akhirat. Sebelum anak-anak itu
cemerlang, ibu bapanya haruslah cemerlang dahulu kerana “ bagaimana acuan begitulah
kuihnya”.
“Setiap anak itu dilahirkan mengikut fitrah (suci bersih), maka ibu bapanyalah yang
menjadikannya sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi” maksud Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan pendekatan yang sesuai untuk
mengubah tabiat manusia dari negatif kepada positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar
yang juga masih di usia anak-anak. Apatah lagi guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-
pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru
untuk mendidik pelajarnya dengan nilai keagamaan dan moral.
Kita boleh meniru pendekatan yang diamalkan oleh Lukman Hakim dalam mendidik anak-
anaknya. Pertamanya anak-anak perlu diajar takut dan mentaati Allah, diikuti Rasul dan
menghormati ibu bapa. Inilah kunci jiwa positif. Pelajar yang tertanam sifat mentaati Allah
pastinya akan mentaai semua perintah Allah dan makhluk-makhluk ciptaanNya.
Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah seperti
menyediakan makanan malam. Ianya proses berterusan yang memakan masa yang agak lama.
Kadang-kadang hasilnya dapat dilihat setelah pelajar ini menamatkan bangku persekolahannya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( NURFADZILAH BINTI FUZAI ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK GEMAS Kod Sekolah: NEA5055

1 Nama Pegawai / Kakitangan NURFADZILAH BINTI FUZAI

2. Judul Buku Merancang Kejayaan

Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah,


3. Nama Pengarang Ahmad Zabidi Abdul Razak dan4 Tahun diterbitkan : 2004
Noor Shamshinar Zakaria
5. Tarikh Hantar 2/9/2023

6 Bidang / Fokus Motivasi dan Psikologi

Ringkasan Eksekutif / Sinopsis :

Buku ini mencerita tentang bagaimanakah seseorang itu perlu merancang untuk berjaya dalam apa juga yang dilakukan
dalam hidup ini. Siri motivasi ini mendorong seseorang untuk berjaya dengan menekankan kepada aspek kehidupan. Di
7. dalam dinyatakan tentang pengurusan diri, penetapan matlamat dalam hidup, halangan-halangan yang perlu ditempohi
untuk berjaya, dan menerangkan tentang kejayaan yang sebenar samada di dunia atau akhirat.
Cara pengolahan buku ini juga cukup menarik dengan diselitkan pengkongsian idea daripada individu-individu yang telah
berjaya menempuh cabaran di alam persekolahan dan berjaya dalam pelajaran masing-masing.

Pembelajaran yang diperolehi :

Dapat mengetahui cara-cara dan kaedah yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang individu untuk berjaya dalam hidup
8. melalui perancangan yang berkesan dan bermakna. Di samping itu, boleh menanam motivasi kepada semua masyarakat
tentang penting merancang dalam kehidupan sekaligus mencapai kejayaan yang diingini.
Aplikasi di dalam Organisasi :
9.
Boleh membantu seseorang melakukan perancangan yang berkesan bagi mencapai matlamat organisasi .

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( NURFADZILAH BINTI FUZAI ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK GEMAS Kod Sekolah: NEA5055


1 Nama Pegawai / Kakitangan NURFADZILAH BINTI FUZAI

2. Judul Buku Abu Hasan Ali Al-Nadwi : Pemikiran dan Perjuangan

3. Nama Pengarang Md Sidin b. Ahmad Ishak 4 Tahun diterbitkan : 2001

5. Tarikh Hantar 2/9/2023

6 Bidang / Fokus Pemikiran Islam dan Tokoh-tokoh

Ringkasan Eksekutif / Sinopsis :

Buku ini mencerita tentang peribadi dan sumbangan Abu Hasan Ali Al-Nadwi sebagai salah seorang tokoh pemikir Islam
yang terkenal. Di dalamnya diceritakan tentang latar belakang kehidupan, keperibadian, perjuangan dan sumbangan beliau
7. kepada Islam. Buku ini juga mengupas bagaimana pemikiran beliau tentang pendidikan Islam, fahaman kebendaan dan
bagaimana beliau menyelesaikan masalah umat Islam. Apa yang menarik dalam buku ini ialah bagaimana sumbangan yang
telah diberikan oleh beliau dalam usaha membuka minda umat Islam bagi mewujudkan satu umat yang berpegang kepada
ajaran Islam yang sebenar.
Pembelajaran yang diperolehi :

8. Memahami keperibadian tokoh ini dan sumbangan beliau sekaligus mendorong umat Islam kini untuk terus
memperjuangkan Islam sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Abu Hasan Ali Al-Nadwi ini.
Aplikasi di dalam Organisasi :
9.
Menghayati sikap dan keperibadian tokoh yang murni dan pengorbanan yang telah dilakukan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( NURFADZILAH BINTI FUZAI ) ( )

Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK GEMAS Kod Sekolah: NEA5055

NURFADZILAH BINTI FUZAI


1. Nama Guru

2. Judul 3. Bidang: Pendidikan


Kejurulatihan dan Sains Sukan
2/9/2023
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini mengulas pelbagai kaedah dan persoalan dalam bidang sukan mahupun sains sukan.
Ianya merangkumi aspek teori, latihan fizikal dan mental serta pengaplikasiannya dalam
mempertingkatkan prestasi sukan.
Antara lain, pengkhususan kepada jurulatih sukan yang serius sewaktu merancang dan
melaksanakan latihan untuk meningkatkan prestasi atlet. Kandungannya juga dapat
meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam bidang kejurulatihan. Manakala aspek lain pula
dikhususkan untuk guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan peminat Sains Sukan dalam
bidang pedagogi dan perancangan yang berkesan dalam sukan.
Permulaan buku ini memberi peluang kepada pembaca mengenali aspek yan berkaitan dengan
asas kejurulatihan sukan. Penulis cuba menonjolkan pendekatan saintifik dalam asas
kejurulatihan. Di sampin itu, ianya menjadi sumber rujukan yang baik kepada jurulatih yang giat
melatih dan mencari ilmu kejurulatihan.
Pendekatan buku ini berasaskan teori kejurulatiha sukan yang membahagikan latihan kepada
empat bidan iaitu fizikal dan fisiologikal, teknkal, psikolgikal dan taktikal. Bidang fizikal dan
fisiologikal menyentuh aspek suaian anatomi dan fisilogi asas, teori kecergasan serta prinsip dan
kaedah latihan sukan. Semua aspek ini terdapat dalam buku ini.
Bidang teknkal meliputi aspek kemahiran sukan seperti kemahiran asas, kemahiran lanjutan,
kemahiran individu dan berpasukan. Bidang mental atau psikologikal menyentuh aspek seperti
motivasi, imej kendiri, penetapan matlamat, ketenangan dan komunikasi dalam sukan. Manakala
bidang taktikal pula meliputi aspek sistem pertandingan, kekuatan dan kelemahan lawan, seta
set-pieces.
Pengarang juga berniat untuk menyebarkan ilmu kejurulatihan dengan harapan ramai jurulatih
baru muncul di samping meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang kecergasan fizikal dan
kesihatan masyarakat.

8. Buku ini menerangkan ilmu kejurulatihan sukan amat luas dan dalam skopnya. Oleh itu,
pembelajaran dan kajian secara sainstifik serta usaha-usaha yang lain perlu dilakukan untuk
membantu jurulatih sukan memperkayakan ilmu pengetahuan, memurnikan kaedah dan cara
serta pedekatan dalam membimbing atlet untuk mencapai kecemerlangan.
Buku ini jga memberi kefahaman tentang pengertian sukan dan menghuraikan konsep-konsep
latihan sebagai ilmu asas keperluan melatih. Beberapa huraian mengenai kejurulatihan dan siste
tubuh badan manusia turut membantu pembacanya mengenali aspek-aspek asas mengenai
falsafah serta pembinaan fizikal manusia.
Menelusuri buku ini mengingatkan kita bahawa jurulatih sukan harus sentiasa menimba ilmu
supaya kaedah, pendekatan dan taktikal mereka sentiasa releva dan kemas kini.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk melatih
atlet awal remaja. Idea yang dikemukakan membantu guru mengenal bakat, mengembangkan
bakat dan menajamkan bakat pelajar di sekolah. Di samping itu, terdapat juga idea bagaimana
untuk mengekalkan minat atlet terhadap sukan yang mereka ceburi.
Asas yang penting ialah corak latihan yang baik untuk mengembangkan bakat seseorang atlet.
Setiap atlet perlu diasuh kemahiran asas kepada pemahiran spesifik. Atlet yang ramai perlu
diorganisasikan secara baik. Aspek yang sering dilupai ialah pemakanan atlet. Atlet perlukan
pemakanan yang baik dan lengkap. Ilmu ini penting untuk guru yang melatih pasukan sekolah
untuk memacu pasukannya menempa kejayaan..

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( NURFADZILAH BINTI FUZAI ) ( )

Anda mungkin juga menyukai