Anda di halaman 1dari 5

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK TAMAN BUNGA RAYA 2 Kod Sekolah:


BBA5033

FAIZAHTUL SALMA BINTI OTHMAN


1. Nama Guru
KOMUNIKASI ASAS KEMAHIRAN
MEMBACA DAN MENULIS UNTUK 3. Bidang: PENGETAHUAN
2. Judul
PELAJAR PROFESIONAL

4. Tarikh Pembacaan 2 Februari 2021 5. Bilangan Halaman: 138


Ahmad Marzuki Ismail
6. Pengarang
7. Sinopsis

Buku ini disediakan khas untuk pelajar dengan memberi penekanan kepada dua aspek iaitu kemahiran
membaca dan menulis. Ia menerangkan tentang manfaat membaca, kadar kekerapan membaca, tujuan
membaca, kaedah membaca, peralatan membaca, sifat, tempat dan faktor-faktor yang mempengaruhi
kelancaran membaca. Buku ini juga mengupas tentang manfaat menulis, perkara- perkara penting dalam
menulis, langkah meningkatkan kemahiran menulis, halangan-halangan menulis dalam karangan pelajar dan
cabaran-cabaran dalam kemahiran membaca dan menulis.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini mendedahkan pelbagai kemahiran asas kepada pelajar supaya mereka tidak ketinggalan kemahiran
asas iaitu membaca dan menulis

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Pengurusan bilik darjah menjadi lebih mantap dengan adanya teknik untuk menguruskan pelajar
yang menghadapi masalah membaca dan menulis
2. Teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dan menarik akan menjadikan
pengajaran sesuatu yang menarik dan seronok diikuti oleh para pelajar
3. Kemahiran yang dibincangkan membolehkan guruu mewujudkan suasana PdPr yang menarik
dengan pelbagai ABM.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK TAMAN BUNGA RAYA 2 Kod Sekolah:


BBA5033

FAIZAHTUL SALMA BINTI OTHMAN


1. Nama Guru
Petua Mendidik Anak Menjadi Insan
2. Judul Positif 3. Bidang: Motivasi

4. Tarikh Pembacaan 9 Januari 2021 5. Bilangan Halaman: 104


Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Hj Muhammad Zakaria dan Husna
6. Pengarang
Hassan
7. Sinopsis :
Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita untuk mendidik anak-anaknya
menjadi insan positif. Insan positif yang dicadangkan adalah mengikut kerangka Islam iaitu cemerlang di
dunia dan akhirat. Namun realitinya, ramai ibu bapa yang kecewa kerana anak-anak mereka tidak menjadi
orang yang diharap-harapkan. Ahli motivasi ada berkata “Mendidik anak-anak bermula 20 tahun sebelum
ibu dan ayahnya berkahwin”. Ini menunjukkan faktor keturunan amat penting dalam menentukan sifat
generasi akan datang.
       Justeru, siapa yang harus memulakan kecemerlangan generasi akan datang. Apakah datuk, nenek, ibu,
bapa atau masyarakat?
       Buku ini menyarankan dua pembahagian besar dalam proses untuk menjadikan anak-anak positif. Ianya
bermula dengan latihan lahiriah yang merangkumi kognitif, psikomotor, dan kerohanian yang dinamakan
“latih anak kemahiran diri” dan aspek kedua pula merupakan aplikasi sosiologi yang dinamakan” latih anak
kemahiran bermasyarakat”.
       Menerusi “latih anak kemahiran diri” ianya harus dimulai dengan penghayatan keagamaan seperti
bersyahadah, solat, membaca al Quran, berzikir, dan amalan-amalan yang lainnya. Anak-anak perlu
ditunjangi dengan aspek kerohanian  jika ingin dilihat positif. Di samping itu, anak-anak perlu dilengkapkan
dengan kemahiran ICT, kemahiran seni & budaya, kemahiran fotografi, aktiviti lasak, kemahiran berfikir,
kemahiran dalam pasukan, public speaking, dan mencintai haiwan dan alam sekitar.
     Melalui “latih anak kemahiran bermasyarakat” anak-anak perlu didedahkan dengan aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan seperti bergotong-royong, mengikuti kem dan seminar, membantu masyarakat dan rakan
sebaya, semangat berpasukan dalam permainan, latihan komunikasi, kerja sosial & sukarela, membantu
kerjaya ibu bapa, beraktiviti besama-sama keluarga dan menanamkan minat komitmen sosial yang baik.
       Selain daripada itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al Quran
dan al Hadis yang menjadi dalil untuk mendidik anak-anak menjadi positif. Terdapat juga doa-doa yang
disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga supaya dapat diperkenankan oleh Allah SWT agar cita-cita
menjadikan anak-anak positif berjaya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

     Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mendidik anak-anak menjadi insan positif. Nilai positif
merupakan nilai dalam diri individu yang dimiliki oleh semua manusia sejagat tanpa mengira agama,
bangsa, dan keturunan. Oleh sebab itu, orang yang dapat menguasai dirinya dengan sifat-sifat positif boleh
mencapai kecemerlangan luar biasa. Manusia mampu mencapai cita-cita sekiranya cita-citanya itu mampu
dicapai oleh minda. Di samping itu, manusia yang berpegang teguh pada tali agama akan mampu menempa
kecemerlangan. Allah amat bersikap adil untuk memberikan pembahagian rezeki kepada hamba-hamba
yang terikat kepadaNya.

   Selain itu, buku ini berupaya menjadi petunjuk dan panduan kepada ibu bapa untuk melahirkan anak-anak
yang cemerlang dan berjiwa positif. Saranan didikan anak-anak adalah berpaksikan Islam kerana jiwa
positif akan memacu kejayaan di dunia dan akhirat. Sebelum anak-anak itu cemerlang, ibu bapanya haruslah
cemerlang dahulu kerana “ bagaimana acuan begitulah kuihnya”.
   “Setiap anak itu dilahirkan mengikut fitrah (suci bersih), maka ibu bapanyalah yang menjadikannya sama
ada Yahudi, Nasrani atau Majusi” maksud Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah tabiat
manusia dari negatif kepada positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang juga masih di usia anak-
anak. Apatah lagi guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping
menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya dengan nilai
keagamaan dan moral.
     Kita boleh meniru pendekatan yang diamalkan oleh Lukman Hakim dalam mendidik anak-anaknya.
Pertamanya anak-anak perlu diajar takut dan mentaati Allah, diikuti Rasul dan menghormati ibu bapa.
Inilah  kunci jiwa positif. Pelajar yang tertanam sifat mentaati Allah pastinya akan mentaai semua perintah
Allah dan makhluk-makhluk ciptaanNya.
    Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah seperti
menyediakan makanan malam. Ianya proses berterusan yang memakan masa yang agak lama. Kadang-
kadang hasilnya dapat dilihat setelah pelajar ini menamatkan bangku persekolahannya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK TAMAN BUNGA RAYA 2 Kod Sekolah:


BBA5033

FAIZAHTUL SALMA BINTI OTHMAN


1. Nama Guru
2. Judul Menangani Sifat Marah 3. Bidang: Motivasi
4. Tarikh Pembacaan 14 Januari 2021 5. Bilangan Halaman: 104

6. Pengarang Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Mumtazah Tumian dan Mahfuzah Omar
7. Sinopsis
Buku ini membincangkan panduan untuk individu menangani sifat marah yang ada dalam diri. Sifat marah
ini ditamsilkan seperti seekor singa yang berada dalam diri manusia. Seekor singa yang lepas bebas boleh
membahayakan ramai orang. Dia akan menjadi anti sosial, ego, dan garang. Ianya digelar raja binatang.
     Namun sebaliknya, seekor singa yang telah dijinakkan mampu menjadi penghibur seperti singa sarkas. Ia
juga mampu menjadi hero dalam filem, pergerakannya lemah lembut sehingga kanak-kanak pun mampu
terpikat kepadanya,
     Begitulah sifat marah dalam jiwa manusia, jika tidak terkawal mampu mengundang musibah. Marah
harus dikawal seperti penjaga zoo melatih singa. Makanannya tetap daging mentah tetapi tidak menyerang
sesuka hati seperti singa di hutan ketika mencari makanan.
    Sifat marah yang terkawal akan mengubah manusia menjadi makhluk “super” seperti yang terjadi kepada
Khalifah Umar Al Khatab. Sebelum Islam dia umpama singa setelah Islam juga dia tetap singa. Malah
singanya Umar setelah Islam telah menjadikan Islam itu bertambah kuat serta menjadi dalil sejarah yang
menjadi contoh mukmin sejati sehingga ke hari ini.
   Antara cadangan buku ini untuk mengawal sifat marah ialah mengamalkan sift-sifat terpuji, mencintai
Allah dan Rasul,dan hidup berkeluarga dengan mewujudkan suasana tenteram dan harmonis.
       Selain  itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al Quran dan al
Hadis yang menjadi panduan untuk mengawal sifat marah. Terdapat juga doa-doa yang disarankan untuk
menjadi amalan sekeluarga.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mengawal sifat marah. Amarah yang tidak terkawal akan
mengundang natijah negatif terhadap individu dan masyarakat di sekelilingnya. Marah yang tidak terkawal
akan mencetuskan pergaduhan, mengundang kemurungan, menjadikan diri dibenci, mengganggu kesihatan
minda, menjejaskan kesihatan seperti cepat tua, sakit jantung, darah tinggi dan jangkitan kuman.
   Di samping itu, pembaca dicadangkan kaedah-kaedah untuk mengawal kemarahan seperti beristighfar,
kurang menimbulkan provokasi, jangan menambahkan kemarahan orang lain yang sedang marah, benarkan
atau iakan hujah orang yang sedang marah, segera mengingati diri bahawa marah bukan penyelesaian
masalah, segera ingat marah bukan tindakan manusia bertamadun, memperlahankan intonasi suara ketika di
khalayak, jangan memandang muka orang yang sedang marah, lepaskan kemarahan dengan menjerit di
tempat sunyi dan segera berwuduk dan bersembahyang sunat.
 “Firman Allah SWT “Sesungguhnya solat itu akan mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar”. (Al
Ankabut : 45)

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah tabiat
manusia yang sering marah kepada sikap yang positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang juga
masih di usia anak-anak yang banyak karenah. Pelajar sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap
kali menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu, guru perlulah bijak mengawal emosi supaya
permasalahan pelajar ini ditangani dengan berkhemah dan bijaksana. Guru perlu mengawal kemarahan
kerana marah yang tidak terkawal akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti melempang dan
memukul di luar batasan manusia. Guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di
samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya dengan
nilai-nilai yang baik. Berikanlah contoh yang baik kepada mereka
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai