Anda di halaman 1dari 3

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK (FELDA) KUMAI Kod Sekolah: CBAA 148

1. Nama Guru NOOR AZIAH BT ISMAIL


2. Judul Tuhan sedang menguji kita 3. Bidang: Kemanusiaan

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:-


-
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini banyak memberi motivasi kepada pembaca untuk bangkit dari segala kekecewaan,
duka, sedih dalam setiap ujian Allah. Yang paling penting setiap ujian mempunyai hikmah yang
tersembunyi, yang hanya boleh diperolehi dengan muhasabah diri. Ujian Allah sebenarnya
sangat indah, banyak pengajaran yang diperolehi dengan membaca buku ini. Gaya penulisan
lebih kepada penceritaan, justeru pembaca seakan-akan turut merasai pengalaman yang sama
dengan apa yang disampaikan penulis. Bab demi bab yang dibaca seakan-akan ada
kesinambungan. Pembaca terasa seolah-olah terlibat secara langsung dengan isu-isu yang
dibangkitkan. Indahnya Sabar, Manisnya ujian Allah, Indahnya Iktibar dan banyak lagi dalam
buku Tuhan Sedang Menguji Kita memberi pengajaran kepada individu yang ingin mendekatkan
diri dengan Allah.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Setiap manusia ujiannya berbeza-beza terpulang kepada individu tersebut untuk mencari jalan
penyelesaiannya dan penyelesainnya terbaik adalah tawakkal dan teruskan berdoa kepada Allah

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Sesuai dijadikan sumber motivasi kepada guru-guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran
masa kini yang sangat mencabar
Buku ini banyak memberi pengajaran dan motivasi kepada saya ketika saya merasakan sedang
diuji Allah. Malah dengan bacaan buku ini saya berharap dapat menyesuaikan maklumat yang
diperolehi dan dapat mengaplikasikannya dalam skop kerja saya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.............................................. ........................................................
(NOOR AZIAH BT ISMAIL ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK (FELDA) KUMAI Kod Sekolah: CBAA 148


1. Nama Guru NOOR AZIAH BT ISMAIL
2. Judul HUBUNGAN SESAMA MANUSIA 3. Bidang: KEMAHIRAN
PROFESIONAL
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -

6. Tempat Pembentangan
-
7. Sinopsis

Buku ini memberi panduan kepada kita bagaimana menjalin hubungan dengan manusia lain.
Sama ada kita ketua besar atau ketua kecil, amalkan tutup mulut iaitu jika perkara yang tidak
perlu dihebohkan, maka jangan dihebohkan. Jangan ambil remeh perkara- perkara kecil, jika staf
sakit, bila dia hadir semula tanya tentang kesihatannya dan keadaan keluarganya kerana perkara
yang kecil ini tentu memberi erti yang mendalam. Seorang penyelia yang mencurigai pekerjanya
sukar mendapatkan pekerja yang baik. Kepercayaan dibalas dengan kepercayaan dan begitulah
juga dengan kecurigaan. Seorang pemimpin amat disayangi orang yang dipimpin jika dia
mengingati semua nama orang yang dipimpinnya.

Spesifikasi kerja mestilah jelas supaya setiap orang tahu tugas masing- masing. Jika pekerja
melakukan kesalahan, mula- mula carilah sesuatu yang boleh dipuji, orang akan lebih bersedia
menerima kritikan daripada seseorang yang menghargai kebaikan mereka, jika tidak mereka akan
terus melenting.

Tempoh hidup sangat singkat, mengapa tidak kita jadikan hidup ini suatu suasana yang indah dan
saling menghormati antara satu sama lain? Pernahkah anda terfikir apakah untungnya kita hidup
dalam suasana tidak tenteram dan dipenuhi dengan pelbagai masalah dari hari ke hari? Sifat pilih
kasih juga sangat menyakitkan hati. Sebenarnya banyak ilmu pengurusan dan kemanusiaan dan
kaunseling dalam buku ini dan ia amat berguna kepada para guru dan pengurusan sekolah.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru/ pentadbir dalam melaksanakan tugas
pentadbiran dan komunikasi dengan pelajar atau rakan sejawat. Buku ini juga amat berguna
kerana setiap guru perlu berhubung dengan manusia setiap masa selagi kita hidup di alam fana
ini.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini memberi kemahiran kepada guru/ pentadbir sekolah menjadi pemimpin yang berkesan
sama ada di dalam kelas atau dalam organisasi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


........................................... ..................................................
(NOOR AZIAH BT ISMAIL) ( )

Anda mungkin juga menyukai