Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN AKTIVITI

NAMA PROGRAM : Watikah Pelantikan Pengawas, Pengawas PSS, Ketua dan Penolong Ketua Kelas

TARIKH : 22 Januari 2020

TEMPAT : Tapak Perhimpunan SK FELDA Kumai

SASARAN : Semua Pengawas, Pengawas PSS, Ketua dan penolong ketua kelas.

JEMPUTAN : SM Rosita binti Wahid (Ketua Balai polis, Balai Polis Bandar 32 Bera).

AKTIVITI :

1. Ucapan Guru Besar & Ucapan Ketua Balai, Balai Polis Bandar 32 Bera (SM Pn. Rozita BT
Wahid).
2. Bacaan Ikrar & Penyampaian Sijil / cenderahati
3. Sesi Bergambar

OBJEKTIF: Mencungkil bakat kepimpinan cilik kearah melahirkan keperibadian yang terpimpin,
berkalibar, dan berwawasan dalam kalangan murid bagi memenuhi enam aspirasi/ tunjang yang
disarankan. Antaranya ialah Bidang Komunikasi, Kemanusiaan, Ketrampilan, Kerohanian, Sikap dan Nilai.

Membentuk personaliti , jati diri dari segi kepimpinan, konsep kendiri, kemahiran,
sahsiah dan akademik sesuai sebagai pemimpin. Mengetahui dan menjalankan tugas sebagai pemimpin.

KEKUATAN: Murid yang dilantik oleh badan disiplin sekolah ini merupakan mereka yang
cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik malah dari segi sahsiah dan kepimpinan. Mereka
dibimbing untuk menjalankan tugas mengikut bidang masing-masing. Mendidik dan menanam ciri-ciri
kepimpinan dalam diri murid agar seimbang dari segi IQ (Intelek), EQ (Emosi) dan SQ ( Sosial ).

KELEMAHAN: Cuaca yang panas ketika penyampaian dan lantikan diadakan. Ada yang mengusik
kawan, bising dan sebagainya walaupun ada guru yang mengawal mereka.

TAMBAH BAIK: Lebih ramai guru diperlukan untuk mengawal murid di bahagian belakang . Ini untuk
memastikan semua murid lebih berdisiplin, memberi tumpuan dan tidak mengganggu semasa program.
PENUTUP : Aktiviti berjalan lancar. Semua pihak memberi kerjasama sebelum, semasa dan
selepas program. Walaupan singkat masanya, namun pelbagai pengetahun diperolehi melalui taklimat
dan ucapan tentang jenayah yang disampaikan oleh pegawai polis tersebut.

ULASAN GURU BESAR:

LAPORAN DISEDIAKAN OLEH; DISAHKAN OLEH;

………………………………… …………………………………………

(SITI A’ESYAH BINTI ABDULLAH) (PN. RAMLAH @ SITI SURIH BT SUANDA)


AJK LAPORAN WATIKAH GURU BESAR
SK FELDA KUMAI SK FELDA KUMAI

Anda mungkin juga menyukai