Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN AKTIVITI

TAJUK AKTIVITI : Kejohanan Sukan Mini SK Kumai

Tarikh : 21 Oktober 2019 ( Khamis)

Masa : 8.00 Pagi

Tempat : Padang Sekolah SK Felda Kumai

Perasmi : Encik Zulkepli bin Bedu (YDP PIBG SK Kumai)

Aktiviti : Acara Akhir, Sukaneka , Sukaneka Prasekolah & Penyampaian hadiah..

Objektif : Melahirkan atlit cilik untuk diasah bakatnya dalam bidang sukan masing-
masing agar dapat mengharumkan nama sekolah dan daerah. Murid dilatih agar tabah dan mampu
bersaing untuk mencapai kejayaan.

: Semangat kesukanan, tekun berlatih dan menepati masa ditanam dalam diri
murid agar menjadi ahli sukan yang berjaya. Galakan dan bimbingan daripada guru-guru rumah sukan
membantu murid mencapai kejayaan dalam acara yang disertai.

Kekuatan : Semua murid, guru dan warga sekolah melaksanakan tugas dengan
bersungguh-sungguh seminggu awal dari tarikh sukan sebenar. Latihan rumah sukan, acara saringan
dan persiapan padang dilakukan bersama-sama bagi memastikan kejohanan sukan berjalan lancar.

Kelemahan : tahun ini hanya sukan mini sahaja, tidak melibatkan komuniti setempat.Murid
yang berjaya mendapat tempat pertama, ke dua dan ke tiga biasanya adalah orang yang sama. Tidak
semua murid terlibat dalam acara sukan. Pemilihan dibuat berdasarkan saringan kecuali acara sukaneka.
Namun, semua murid berasa gembira walaupun tidak mendapat hadiah..

Tambahbaik : Jika ada peruntukan sukan yang lebih besar dan meriah diadakan pada tahun
hadapan.Cuaca agak kering dan panas sepanjang waktu sebelum dan semasa kejohanan sukan.

Penutup; ; Keseluruhannya kejohanan sukan kali ini berjalan lancar. Rumah Biru menjadi
johan keseluruhan, ke dua rumah Kuning dan ke tiga rumah Merah. Muhammad Afiq 5K dari rumah
Biru dinobatkan sebagai olahragawan namakala Marisha 6K dari rumah Merah sebagai olahragawati
tahun ini.

ULASAN GURU BESAR:

DISEDIAKAN OLEH; DISAHKAN OLEH;


……………………………….

(ANITA BINTI SULAIMAN)

Anda mungkin juga menyukai