Anda di halaman 1dari 6

SK DATO’ KAMARUDDIN, BEHRANG STESEN, PERAK

LAPORAN AKTIVITI
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH
KALI – 28 2016

TARIKH :
25 FEBRUARI 2016

TEMPAT :
PADANG SK DATO’ KAMARUDDIN
1.0 PENDAHULUAN

1.1 Kursus kokurikulum penting bagi mendidik bakal guru dalam


melahirkan guru yang proaktif dan berdaya saing dalam
menguruskan kokurikulum di sekolah. Ia dapat membuktikan
bahawa seorang guru tersebut mampu untuk membimbing
pelajar dalam meningkatkan semangat kesukanan. Ia juga
membantu pelajar dalam menonjolkan dan mengembangkan
bakat yang ada dalam diri pelajar serta semangat bersaing
secara positif.
1.2 Aktiviti sukan sekolah yang diadakan penting bagi
menyemarakkan semangat kesukanan dalam diri pelajar. Selain
itu, ia mampu menonjolkan dan mengembangkan bakat dalam
diri pelajar.

2.0 OBJEKTIF
1.1 Memberikan peluang kepada pelajar untuk mengembangkan
bakat mereka ke tahap yang lebih optimum.
1.2 Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan pelajar
dalam gerak kerja yang diceburi.
1.3 Melahirkan pelajar yang berkeyakinan dan memantapkan diri
untuk berjaya dengan lebih cemerlang.
1.4 Pelajar yang aktif dan berpotensi akan dipilih dan dihantar
mewakili sekolah ke peringkat daerah.

Pada hari Khamis (25.2.2016) yang lalu, SK Dato’ Kamaruddin telah


mengadakan kejohanan Sukan Balapan dan Padang. Acara bermula pada
pukul 2:30 pagi sehingga 5:00 petang bertempat di padang sekolah.
Program ini disertai oleh semua pelajar SK Dato’ Kamaruddin. Pada petang
itu, kesemua ahli beratur mengikut rumah masing-masing untuk masuk ke
padang bagi menjalankan acara perbarisan kontinjen rumah sukan dengan
iringan rentak muzik menghangatkan lagi suasana temasya sukan tahunan
kali ini. Mereka memberikan tabik sebagai tanda hormat kepada tetamu
VIP, guru-guru dan ahli PIBG serta ibu bapa. Sejurus selepas itu, Ketua
Kontinjen membaca ikrar sukan. Ketua Balai Polis Behrang Stesen, SM Rosli bin
Lisut telah dijemput sebagai perasmi sukan ini sekaligus dijemput berucap
dan merasmikan kejohanan sukan tersebut.
Selepas itu bermulalah acara sukan. Antara acara yang
dipertandingkan termasuklah acara 60m ,80m, 100m, 4x100m dan 4x200m.
Selain itu acara sukaneka, tarik tali dan 4x200m jemputan sekolah turut
dipertandingkan.Berapa acara seperti acara 200m, lontar peluru, lompat
tinggi, lompat jauh pula telah dipertandingkan sebelum hari sukan
berlangsung. Perasmi,YDP PIBG,Guru Besar dan AJK PIBG serta beberapa
orang ahli Jawatankuasa Temasya Sukan juga dijemput untuk
menyampaikan pingat dan hadiah kepada s juga mengucapkan tahniah
kepada pemenang.

3.0 PERBELANJAAN KEWANGAN


(Seperti Lampiran)

PENUTUP

Secara keseluruhannya, Rumah Extra telah mendahului rumah-rumah sukan


yang lain dan muncul sebagai johan. Naib johan pula dimenangi oleh
Rumah Atom manakala Rumah Mega mendapat tempat ketiga. Bagi acara
perbarisan, Rumah Atom berjaya mendapat tempat pertama termasuk juga
anugerah bagi perbarisan terbaik . Olahragawan Sukan Balapan dan
Padang 2016 telah disandang oleh Muhammad Haziq Hilman Bin Azanil dari
rumah Extra, manakala Olahragawati pula disandang oleh Daniela Puteri
Binti Jamal Hakma dari rumah Atom. Guru Besar juga mengucapkan tahniah
kepada pemenang dan memberikan nasihat kepada peserta yang kalah.
Berakhirnya majlis penyampaian hadiah oleh Guru Besar, maka berakhirlah
juga kejohanan sukan sekolah kali ke – 28 2016 dengan jayanya.
KEKUATAN DAN KELEMAHAN
Sepanjang penglibatan saya dalam menjayakan temasya ini, saya
dapati ada beberapa kelebihan yang memberi kesan positif sama ada
kepada warga sekolah atau masyarakat sekeliling. Antara kelebihannya
adalah kerjasama yang ditunjukkan oleh guru-guru SK Dato’Kamaruddin.
Persediaan awal seperti perancangan aktiviti, jadual latihan, buku program
dan sebagainya membantu melancarkan temasya sukan sekolah.
Perancangan jenis acara sukan yang ingin dipertandingkan. Idea-idea
yang diberikan oleh guru-guru yang mana mengambil kira dari sudut
keselamatan murid semasa acara berlangsung adalah satu perkara penting
bagi mengelakkan berlakunya kemalangan yang tidak diingini.
Kerjasama kakitangan sekolah dalam bermesyuarat membantu guru
yang dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan buku program dengan
lebih awal dan tidak membebankan dengan perkara-perkara yang remeh
sehingga menyukarkan guru berkenaan dalam menyempurnakan buku
program tersebut.
Kerjasama yang ditunjukkkan oleh guru-guru, ibu bapa, dan pihak
pentadbiran sekolah menjadikan setiap aktiviti berjalan dengan lancar dan
dalam suasana yang seronok. Dengan itu, hubungan antara guru-guru,
murid-murid, ibu bapa dan masyarakat setempat menjadi lebih rapat dan
mesra. Kesungguhan guru sebelum temasya ini berlangsung sangat
memuaskan. Latihan yang diadakan pada setiap waktu PJPK dan petang
(Kokurikulum) membantu murid-murid agar lebih bersedia pada hari sukan
berlangsung. Kesungguhan guru-guru terutama ketika menghias rumah
sukan masing-masing ini juga menaikkan semangat murid-murid untuk
menjadikan pasukan masing-masing bergelar juara.
Selain itu, temasya sukan ini juga membantu guru untuk mengenalpasti
murid yang berpotensi dalam acara sukan dan membantu murid berkenaan
untuk melangkah keperingkat yang lebih tinggi, samada peringkat daerah,
negeri, kebangsaan atau antarabangsa.
Walaubagaimanapun, setiap majlis atau aktiviti yang berlangsung
pasti mempunyai kelemahan-kelemahan tersendiri. Kekurangan kakitangan
sekolah adalah antara kelemahan sekolah ini untuk mengadakan sesuatu
majlis. Tenaga pengajar dan kakitangan pentadbiran yang terhad
menyukarkan pihak sekolah mengelola sesuatu aktiviti sehingga terpaksa
meminta bantuan daripada pihak lain.
Kekurangan alatan sukan, memaksa pihak sekolah untuk meminjam
alatan-alatan sukan daripada sekolah-sekolah yang berhampiran.
Contohnya tali untuk acara Tarik Tali. Kerosakan alatan yang mana
memerlukan penggantian semula dengan alatan yang baru.
Selain itu, alatan khemah dan pembesar suara juga menjadi satu
masalah apabila sekolah ingin menganjurkan sesuatu majlis sehingga
terpaksa meminjam daripada pihak luar.
Disamping itu, murid-murid berkeliaran di luar khemah rumah juga
menjadi kelemahan dalm sukan ini.
Namun, kelemahan ini boleh diatasi jika pihak sekolah sama-sama
memandang serius masalah ini dan cuba untuk menyelesaikannya dengan
cara yang baik. Bagi masalah kekurangan dan kerosakan peralatan sukan,
pihak sekolah perlu memastikan peralatan mencukupi dan sentiasa dalam
keadaan baik sebelum sesuatu aktiviti berlangsung, ini membantu masalah
yang mungkin timbul apabila hari berkenaan.
Pembesar suara dan alatan khemah sepatutnya dimiliki oleh setiap
sekolah, namun sekolah ini masih lagi meminjam daripada pihak lain.
Kekurangan ini perlu diatasi dengan pembelian segera oleh pihak pentadbir
kerana ia sangat penting apabila sekolah ingin mengelola sesuatu majlis.

Disediakan oleh ; Disemak oleh ;

................................................ ...............................................
(EN. SHAMSI BIN HJ.AHMAD) ( EN.ZULKIFLI BIN HJ.OMAR )
Setiausaha Sukan PK Kokurikulum,
SK Dato’ Kamaruddin. SK Dato’ Kamaruddin.

Anda mungkin juga menyukai