Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PERASMIAN KEJOHANAN OLAHRAGA SK PERMATANG TOK DIK KALI KE 26

Assalamualaikum dan salam Malaysia MADANI

Yang saya hormati, Tuan Haji Ismail Bin Yahaya, Guru Besar SK Permatang Tok Dik,
Yang saya hormati, Encik Anuar Bin Ayob, Yang Dipertua PIBG Skpermatang Tok Dik,
Yang Berusaha En. Mohd Zaidi Bin Mohamad Salleh , Penolong Kanan Kokurikulum SK
Permatang Tok Dik merangkap Pengurus Temasya Sukan Sekolah.
Yang Berusaha, barisan Penolong kanan SK Permatang Tok Dik, Guru- guru, Para Ajk
PIBG sekolah, para ibu bapa dan murid-murid sekalian.

Telebih dahulu, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnianya , dapat kita bersama-sama meraikan Temasya sukan sekolah kali -26.

Tahniah diucapkan kepada barisan guru-guru dan juga barisan PIBG SK Permatang Tok Dik
kerana bertungkus lumus merealisasikan Temasya Sukan Sekolah pada hari ini.

Hadirin Sekalian,

Terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa yang hadir pada hari ini. Sokongan yang
sebeginilah yang selalu kita harapkan daripada semua ibu bapa SK Permatang Tok Dik. Ini
membuktikan bahawa para ibu bapa sekolah ini amat prihatin dengan aktiviti-aktiviti yang
sekolah adakan untuk anak-anak kita. Tahniah daripada saya.

Tuan-Tuan dan puan,

Temasya Sukan Sekolah diadakan pada setiap tahun adalah untuk membina semangat
kesukanan anak-anak kita. Ianya bukan sekadar satu temasya bagi mengukur kemampuan
anak-anak kita bertanding dalam acara-acara sukan tetapi temasya ini juga membina
keyakinan diri serta suntikan kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid-murid. Elemen ini
sangat penting bagi mengiktiraf keboleh mampuan berfikir dalam menjana kemenjadian
murid yang cemerlang dan bersahsiah mulia.

Hadirin sekalian,

Temasya sukan sekolah ini adalah salah satu daripada usaha sekolah dalam memastikan
akses pendidikan yang berkualiti untuk setiap murid berupaya memberi kesan berganda
dalam bidang pembelajaran. Ini secara tidak langsung dapat melonjakkan pencapaian
murid-murid dalam bidang pembelajaran khasnya.

Badan sihat otak cerdas boleh dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti jasmani yang diadakan di
sekolah. Elemen ini sangat dititik beratkan oleh pihak sekolah bagi melahirkan insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, intelektual dan rohani. Inilah modal insan yang bersifat
holistik yang bakal kita lahirkan pada hari ini dan juga pada masa akan datang.

Insya Allah. Saya mengharapkan tuan-tuan dan puan-puan dapat memberikan sokongan
kepada anak-anak untuk bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum kerana potensi dan
penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum akan membantu pelajar mencipta
kecemerlangan dalam bidang kurikulum. Momentum seperti inilah yang kita perlukan agar
anak-anak kita sentiasa cerdas dan cergas sama ada di sekolah mahupun di rumah. Maka
akan lahirlah pelajar minda kelas pertama yang senantiasa kita harapkan.

Dengan adanya kerjasama dua hala ini, saya berharap agar sekolah SK Permatang Tok Dik
akan terus cemerlang dalam bidang Kokurikulum khasnya. Saya juga berharap agar warga
pendidik dan murid –murid dapat bersama-sama menguatkan tekad dan usaha bagi
memastikan bidang kokurikulum akan terus cemerlang pada masa akan datang sesuai
dengan Motto Kejohanan Sukan tahun ini iaitu ‘TOGETHER WE CREATE CHAMPION’.

Sebelum saya akhiri kalam, saya mengucapkan selamat bertanding kepada murid-murid
saya. Kalah atau menang bukan ukuran tetapi semangat kesukanan yang kental itu yang
perlu ada dalam setiap jiwa anak-anak.

Dengan lafaz ‘Bismillahhirrahmannirrahim’ saya merasmikan Kejohanan Olahraga SK


Permatang Tok Dik kali ke -26.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai