Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera

1. Yang saya hormati EN. ABDUL RAZAK BIN SALLEH, Pengerusi PIBG
SMK St. Francis Convent ( M ) Kota Kinabalu, Sabah.

2. Yang Berusaha, PUAN MARRY GOMEZ, Pengerusi Lembaga Pengurusan


Sekolah.

3. Yang Berusaha, Pn. Goh Moi Hui, Pk prentadbiran SMK St. Francis convent,
Pn Kuani
4. Kunat Pk Kokurikulum, Pn Aini Sigisimon , Pk Hem dan Pn Nurul Husna,
Pk Petang.

5. Seterusnya Para jemputan khas, para ibu bapa, guru-guru, para pelajar
yang dikasihi dan hadirin sekalian.

Telebih dahulu, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat  Ilahi kerana dengan


limpah kurnianya , dapat kita bersama-sama meraikan Temasya sukan sekolah kali
60. Tahniah diucapkan kepada barisan guru-guru kerana bertungkus lumus 
merealisasikan Temasya Sukan Sekolah pada hari ini.

Hadirin Sekalian,

Terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa yang hadir pada hari ini. Sokongan
yang sebeginilah yang selalu kita harapkan daripada semua ibu bapa. Ini
membuktikan bahawa para ibu bapa sekolah ini amat prihatin dengan aktiviti-
aktiviti yang sekolah adakan untuk anak-anak kita. Tahniah daripada saya.

Tuan-Tuan dan puan,

Temasya Sukan Sekolah diadakan pada setiap tahun adalah untuk  membina
semangat kesukanan anak-anak kita. Ianya bukan sekadar satu temasya bagi
mengukur kemampuan anak-anak kita bertanding dalam acara-acara sukan  tetapi
temasya ini juga membina keyakinan diri serta suntikan kreativiti dan inovasi
dalam kalangan murid-murid. Elemen ini sangat penting bagi mengiktiraf keboleh
mampuan berfikir dalam menjana kemenjadian murid yang cemerlang dan
bersahsiah mulia.
Hadirin sekalian,

Temasya sukan sekolah ini adalah salah satu daripada usaha sekolah dalam
memastikan akses pendidikan yang berkualiti untuk setiap murid berupaya
memberi kesan berganda dalam bidang pembelajaran. Ini secara tidak langsung
dapat melonjakkan  pencapaian murid-murid dalam bidang pembelajaran khasnya. 

Badan sihat otak cerdas  boleh dikaitkan dengan  aktiviti-aktiviti jasmani yang
diadakan di sekolah. Elemen ini sangat dititik beratkan oleh pihak sekolah bagi
melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelektual  dan rohani.
Inilah modal insan yang bersifat holistik yang bakal kita lahirkan pada hari ini dan
juga pada masa akan datang.

Insya Allah. Saya mengharapkan tuan-tuan dan puan-puan dapat memberikan


sokongan kepada anak-anak  untuk bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum
kerana potensi dan penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum akan membantu
pelajar mencipta kecemerlangan dalam bidang kurikulum. Momentum seperti
inilah yang kita perlukan agar anak-anak kita sentiasa cerdas dan cergas sama ada
di sekolah mahupun di rumah. Maka akan lahirlah pelajar minda kelas pertama
yang senantiasa kita harapkan.

Sebelum saya akhiri kalam, saya mengucapkan sekalung tahniah kepada semua
pelajar yang mengambil bahagian. Kalah atau menang bukan ukuran tetapi
semangat kesukanan yang kental itu yang perlu ada dalam setiap jiwa anak-anak.

Dengan lafaz ‘Bismillahhirrahmannirrahim’ saya merasmikan Temasya Sukan


Sekolah SMK ST. FRANCIS CONVENT KALI KE 60 BAGI TAHUN 2019.

Sekian terima kasih.


ACARA PERBARISAN

Anda mungkin juga menyukai