Anda di halaman 1dari 6

TEKS UCAPAN PERASMIAN

HARI POTENSI KEMAS


PERINGKAT TABILKA KEMAS
PARLIMEN TENGGARA
TAHUN 2022
07 Julai 2022 KHAMIS
PADANG AWAM KG BARU SG TELOR

pg. 1
Bismillahir-Rahmanir-Rahim
Alhamdulillahi rabbil ‘alamin,

Wassalatu wassalamu ‘ala saidina muhammadin asrafi mursalin,

Wa ‘ala alihi wasahbihi ajma’in.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Salam Maju Johor

1. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT serta dengan Inayah-Nya


dapat kita bersama-sama pada majlis ini. Terima Kasih
diucapkan kepada pihak penganjur, yang menjemput saya ke
Majlis Perasmian Hari Potensi Kemas Peringkat Tabilka Kemas
Parlimen Tenggara Tahun 2022.

2. Saya juga ingin merakamkan tahniah kepada KEMAS Parlimen


Tenggara di atas kejayaan menganjurkan Hari Potensi Tabika
KEMAS ini. Syabas juga saya ucapkan kepada semua kanak-
kanak Tabika KEMAS yang telah menyertai Hari Potensi pada
tahun ini.

3. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada semua pihak yang


telah memberikan sokongan dan kerjasama terutamanya
kepada ibu bapa/penjaga, ahli jawatankuasa Tabika dan orang
perseorangan. Diharapkan semoga kerjasama ini diteruskan
pada masa yang akan datang.

pg. 2
4. Saya merasa gembira kerana pada hari ini bukan sahaja
kanak-kanak Tabika yang mewakili Tabika tetapi juga para ibu
bapa yang datang untuk bersama-sama meraikan dan
menyaksikan kehebatan anak-anak masing-masing beraksi di
gelanggang sukan sempena Hari Potensi pada kali ini.

5. Penghargaan sewajarnya diberikan kepada Pemaju


Masyarakat atau guru-guru Tabika, para ibu bapa dan ahli
jawatankuasa Tabika yang telah Berjaya mengilap potensi
mereka dengan cemerlang.

6. Teruskan usaha ini, bimbing dan asuhlah anak-anak kita


dengan penuh kasih sayang. Semoga usaha murni ini akan
berkekalan serta mencapai objektif yang disasarkan. Inilah
anak-anak yang akan menjadi pewaris bangsa dan negara
pada masa akan datang.

Para hadirin yang dihormati sekalian.

7. Pertumbuhan kanak-kanak seharusnya dikembangkan dengan


pelbagai potensi dan tidak sewajarnya terhad dalam aspek
pencapaian akademik semata-mata. Tidak dinafikan,
pencapaian dan kecemerlangan akademik sangat penting.

pg. 3
8. Namun, membekalkan mereka dengan pembinaan sahsiah
peribadi serta memberikan peluang kepada mereka
menggilap potensi dan bakat terutama dalam sukan yang
digemari amatlah digalakkan. Tahniah diucapakan kepada
KEMAS kerana pada saban tahun berjaya mengilap bakat dan
potensi kanak-kanak kita melalui penganjuran Hari Potensi ini.

9. Sukan bukan sahaja penting bagi melahirkan seorang kanak-


kanak yang sihat, menguatkan otot dan tulang, tetapi juga
dapat membentuk kanak-kanak menjadi seorang yang
berfikiran positif, rasional, berkeyakinan tinggi dan tidak cepat
berputus asa.

Para hadirin yang dihormati sekalian.

10. Saya amat berbesar hati dan mengalu-alukan


penglibatan Ibu bapa dalam program Hari Potensi ini. Proses
pendidikan seseorang bermula sebaik sahaja ia dilahirkan.
Mereka ibarat kain putih yang menjadi tanggungjawab kita
untuk mewarna, mencorak dan melenturkannya. Mereka
adalah anugerah dan amanah dari Allah SWT yang perlu dijaga
sebaik-baiknya.

11. Ibu bapa merupakan pengasuh yang paling penting dan


mempunyai pengaruh yang besar terhadap perkembangan
sahsiah kanak-kanak.

pg. 4
12. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Setiap anak
dilahirkan dalam keadaan suci bersih. Ibu bapalah
bertanggungjawab mencorak anak itu menjadi Yahudi,
Nasrani atau Majusi” ( Riwayat Bukhari dan Muslim).

Para hadirin yang dihormati sekalian.

13. Oleh itu, perananan mendidik anak-anak bukan sahaja


tanggungjawab guru semata-mata tetapi adalah bergantung
kepada ibu bapa itu sendiri bagi membantu pembangunan
insan dan pembinaan nilai budaya dan moral anak-anak.

14. Sebelum mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya


mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih yang
tidak terhingga kepada semua yang telah bertungkus lumus
menjayakan program ini. Semoga kita semua mendapat
rahmat dan keberkatan daripada-Nya.

15. Marilah kita sama-sama memanjatkan syukur dan doa


mudah-mudahan Allah SWT akan terus melimpahkan rahmat
perlindungan dan peliharaan-Nya kepada kita dan negara
Johor dengan naungan keselamatan, keamanan, dan
kemajuan.

pg. 5
DENGAN lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,

saya merasmikan Hari Potensi Tabika Kemas Parlimen


Tenggara bagi Tahun 2022

Sekian, terima kasih.

pg. 6

Anda mungkin juga menyukai